Monday, December 13, 2010

Kiosk oh kiosk.. Sale!

Sempena menjelangnya tahun 2011, aku ada buat promosi jualan akhir tahun & lelong di Kiosk Serlah Bintang @ JUSCO Tebrau City. Banyak tudung-tudung awning & juga syria yang boleh didapati hanya RM15 sahaja dan juga selendang yang berharga RM7. Banyak yang lawa-lawa tau..

Dapatkan juga diskaun 10% bila-bila masa dengan menjadi ahli, PERCUMA sahaja. Dapat lagi diskaun pada hari-hari JCard. Diskaun 50% pada Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 jam 12-1 tengahari untuk 5 pelanggan pertama. Singgahlah..






Sunday, December 5, 2010

Si Abang Yang Jeles

Hari ni genap umur anak bujangku, Najmi Hadif 2 tahun. Dan sudah baru 2 bulan juga jadi abang long kepada Najma Nayli. Pejam celik cepat betul masa berlalu.

Si abang ni walaupun dah macam-macam dia pandai tapi sikap cemburunya kepada adik dia masih belum hilang. Sekarang ni dah malas nak cakap kalau nak mintak apa-apa. Dia cakap nak.. tapi tak bagi tau atau bagi isyarat nak apa.. Itu yang buat aku angin & geram kadang-kadang. Tapi kalau tengok dia tengah tidur kesian pulak bila teringat aku marahkan dia. Hadif, hadif..

Mudah-mudahan cepatlah hilang jelesnya tu. Tapi dalam masa yang sama sayang gak adik dia. Kadang dia nak tolong pegangkan botol susu adik dia. Kadang-kadang cium, usap kepala adik dia.. Semalam dia dah cakap-cakap dengan adik dia. Adik pulak macam faham jek.. Boleh dia sengeh.. Hehe..

Wahai anak-anakku.. cepatlah besar ye..

 Sampai tertidur dalam stroller adik dia.. cian..

Tinggi dah tu deep..

Saturday, November 27, 2010

Cuti dah habis..

Alhamdulillah.. Selamat dah 1 lagi urusan atau tugas seorang ibu (lahirkan seorang lagi permata hati). Sudah hampir 2 bulan tidak menulis di dalam blog ni. Sikit hari agi bersawanglah blog ni..

Subuh jam 5.50 pagi pada 2 Oktober lalu aku selamat melahirkan seorang lagi zuriat yang dinanti-nanti kami sekeluarga. Anak perempuan, Najma Nayli. Dah sepasang dah anak-anakku. Semuanya berjalan lancar & tidak ada sebarang masalah. Syukur Alhamdulillah..

Bagaimanapun kami juga berasa sedih di atas pemergian ibu mertua (tiri) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Oktober lalu. Agak mengejut pemergiannya selepas 2 bulan arwah bapanya pergi.

Bagaimanapun kami yang tinggal ni perlu meneruskan hidup. Sentiasa berdoa & insaf selalu..

1 Disember pula aku akan mula bertugas semula. Rutin harian sudah kembali.. Mudah-mudahan segala urusanku dipermudahkanNya. Tahun 2010 juga akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Teruskan usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan awal tahun lalu. Jadikan hari mendatang lebih baik dari hari ini.

Semoga kita semua akan berjaya di dunia & juga untuk akhirat kelak.  Sama-sama kita berusaha.

Friday, October 1, 2010

01.10.01 - 01.10.10

Wahh.. bukan main angka 0 & 1 ni. Dah macam kod binari pulak. Almaklumlah orang komputer. Sebenarnya angka 01.10.01 - 01.10.10 ni merujuk kepada genapnya 9 tahun aku berkhidmat di Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ), tempat aku bekerja makan gaji sekarang. Ringkasnya institusi/syarikat ni dipanggil KP. Jika dibuat kronologi, banyak pengalaman kerja yang aku dapat daripada syarikat di bawah kerajaan Negeri Johor ni. Alhamdulillah bersyukur juga dapat berkhidmat di KP ni walaupun syarikat ni takdelah besar sangat. Ni secara ringkas kronologi jawatan aku sepanjang perkhidmatan di KP ni :

Okt. 2001 - Dis. 2006 = Pensyarah, Kolej Islam Johor
Jan. 2007 - Mac 2007 = Pegawai Pemasaran, Institut Hospitaliti YPJ
Apr. 2007 - Apr. 2010 = Pegawai Pentadbiran & Kewangan, Bhgn. Penerbitan & Percetakan KPYPJ
Mei 2010 - kini = Pegawai IT, Bhgn. Pentadbiran & Korporat KPYPJ

Syoknya di KP ni selain dapat pengalaman kerja yang macam-macam, masa kerja yang amat fleksibel. Fleksibel tu bukanlah sesuka hati masuk kerja & balik kerja sesuka hati tapi kita boleh menyelesaikan urusan-urusan peribadi bila-bila masa selagi tidak mengabaikan tugas-tugas hakiki. Dari segi hubungan kengkawan juga sangat ok. Tapi ada juga yang tak geng. Biasalah.. Mana-mana pun sama.

Banyak-banyak jawatan yang telah aku pegang, aku lebih suka berkhidmat di Bhgn. Penerbitan & Percetakan (CETAK). Walaupun banyak kerja & kadang-kadang stress tapi aku rasa gembira je di sana. Mungkin disebabkan aku juga boleh membuat kerja-kerja rekabentuk grafik yang memanglah aku suka. Almaklumlah.. Aku ni memang suka kepada kerja-kerja seni ni.

Terima kasih buat kawan-kawan yang banyak membantu aku jika aku memerlukan. Kawan-kawan  & senior masa mengajar dulu, kengkawan di CETAK terutamanya dan tak lupa juga kengkawan di ibu pejabat. Ehh.. macam ucapan nak berhenti kerja pula. Bagaimanapun insya allah aku masih lagi terdaya berkhidmat di KPYPJ ni. Sampai masanya nanti aku akan bawa pengalaman kerja yang aku dapat di KP ni ke syarikat aku sendiri insya allah.

Moga KPYPJ akan bertambah baik, maju & mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Mudah-mudahan lebih ramai pelajar yang akan menyambung pelajaran di mana-mana institusi di bawah KPYPJ ni. Sama-samalah kita (utk. rakan sekerja KP) membantu memajukan anak bangsa kita sendiri. Itu yang penting. Kerjalah dengan seberapa ikhlas yang boleh. Moga rezeki yang kita dapat tu diberkati walaupan tak banyak yang kita dapat.


Monday, September 20, 2010

Bukak Kedai..

Salam Lebaran buat semua... Tahun ni famili aku menyambut raya dengan kondisi yang amat sibuk sekali. Malam raya kedai masih dibuka. Itupun tengah sibuk-sibuk kemas masih lagi ada pelanggan.. Macam mana pun Alhamdulillah.. Kedai tutup 2 hari je. Raya ke-3 dah bukak balik. Aku & famili balik kampung pun pagi-pagi sebelum subuh. Raya ke-4 balik JB dah. Gembira jugalah raya tahun ni. Gembira sebab anak dah besar sikit. Yelah.. biasanya budak-budaklah yang gembira sebab jumpa dengan ramai sedare mara, sepupu, dapat duit raya, main bunga api, mercun dll.

Bz nampaknye tokey kedai nih..

Bukan main lagi ye..

Aku pulak tengah sarat ni. Dah pun masuk minggu 37. Tapi masih larat lagi menguruskan itu ini. Harap-harap bersalinlah pada tarikhnya. Persiapan pun dah 98%. Lagi 2% tu cuma lom beli barang kecil je. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkanNya..

Buat kawan-kawan semua, jemputlah datang ke rumah ye bila senang. Untuk raya famili aku tak buat open house pun. Datang jelah bila-bila.. Tak masa raya pun boleh datang. Yang penting dapat jumpa & mengeratkan sillaturrahim.


Monday, August 9, 2010

1st Time Gunting Rambut Kat Kedai..

Khamis lepas aku & Pahmi telah bawa Hadif gunting rambut buat pertama kalinya di kedai gunting kat Taman Daya, JB. Sebelum sampai kedai tu dia sempat tidur. Bukan main nyenyak lagi. Kejut-kejut tak bangun juga. Aku pun bawa jelah. Akhirnya bangun juga masa masuk kedai tu. Terpaksalah Pahmi dukung si Hadif ni. Tak pernah gunting kat kedai la katakan. Takutlah tu. Sian dia. Tapi terpaksa juga la potong sebab dah panjang sangat. Dahlah muka tu macam perempuan. Kang orang ingat memang pempuan... ahh sudah..




Hensem dah pun anak ibu nih..

Friday, July 23, 2010

Kembali Kuat Untuk Bertugas..

Lama tidak mengemaskini blog ini. Selain daripada sedikit sibuk, minggu lepas aku telah berehat seketika di hospital a.k.a masuk wad selama 3 hari disebabkan ada rasa nak bersalin (kontraksi) pada masa yang tidak sepatutnya (kandungan baru berusia 27 minggu). Paling lama duduk kat hospital.. Memang bosan betul rasanya. Tambahan pula sakitnya cuma sekejap tetapi pemantauannya amat lama & memerlukan perhatian pakar pula. Bagaimanapun ia pengalaman yang mengerikan jugalah. Pengalaman masa mengandung & melahirkan anak pertama pun tidak setakut ini.

Kronologi kejadian pada Rabu, 14 Julai 2010:

6.30 petang:
Teman Hadif main di taman permainan di kawasan rumah (masa balik dukung dia masuk ke kereta).

7.00 malam:
Jemput suami pulang dari tempat kerja (telah mula rasa sakit tetapi boleh tahan)

8.00 malam:
Ke JUSCO jaga kiosk sebab pekerja cuti (sakit semakin kuat tetapi terpaksa tahan)

11.00 malam:
Sampai juga rumah walau dalam keadaan yang sakit (menahan sakit).

12.00 malam:
Sedia untuk tidur & mula baring (dah sakit sangat sampai tak boleh bangun)

1.00 pagi:
Ku gagahi juga untuk bangun sebab tak nak ambulan datang (sakitnya Ya Allah.. sampai tak boleh bergerak langsung).

1.30 pagi:
Hubungi sepupu suami untuk ambil Hadif (minta tolong dia jagakan Hadif).

2.00 pagi:
Masuk bilik bersalin (lama juga doktor nak mengenalpasti sakit apa yang aku rasa). Tanda-tanda seperti darah & air juga tiada. Tu yang doktor pun pening sakit apa yang aku alami. Akhirnya sah tu ialah kontraksi..

4.00 pagi:
Akhirnya sakit tu hilang setelah diberi suntikan untuk hilangkan rasa sakit & tahan baby daripada keluar (sebab baby pun tak sampai 2 kg). Tiada bukaan/jalan. Lega rasa..

1.30 tghari:
Baru dipindahkan ke wad biasa (itu pun wad untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak). Jenuh juga nak menjawab soalan mereka. Mana taknya.. aku masuk wad tu tapi tak bersalin pun.

Dari hari Khamis hingga Sabtu tu memang rasa bosan sebab orang yang masuk wad tu silih berganti. Jumaat petang & Sabtu pagi memang aku sorang je dalam wad tu. Dah macam wad kelas satu pula walaupun duduk dalam wad kelas 2 (Hosp. Sultan Ismail, JB). Akhirnya selepas pakar buat pemeriksaan pagi Sabtu tu, aku dibenarkan keluar wad tengahari tu. Syukurnya Ya Allah.. Rindunya aku dengan Hadif. Tak sabar nak jumpa dia.

Sekarang ni aku dah mula kuat sedikit untuk menjalankan tanggungjawab & rutin harian. Mudah-mudahan segala urusanku dipermudahkanNya. Harapanku yang paling utama diberikan kekuatan fizikal & mental. Doaku agar baby keluar pada tarikh yang sepatutnya (10.10.2010).

Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi melawatku dan yang sentiasa mendoakanku. Sokongan kalian amatlah berharga buatku. Moga Allah membalasnya.. Ameen..

Friday, July 2, 2010

Alhamdulillah.. Akhirnya..

Minggu lepas aku sibuk dengan setup kiosk kat JUSCO Tebrau City. Very short notice from JUSCO.. Banyak jugak dugaannya walaupun hanya nak buka kiosk kecil je. Macam-macam emosi ada. Tapi akhirnya aku tabahkan juga untuk mengharunginya. Alhamdulillah ia dapat dibuka pada 24 Jun yang lepas, tapi pekerja lom dapat lagi. Macam mana pun jualan boleh tahan setakat seminggu ni. Terima kasih banyak-banyak buat kawan-kawan yang bagi sokongan. Yang paling penting restu suamiku. Buat Yan & Kudin yang banyak mengajar & menyedarkan aku terhadap cabaran yang mungkin kecil bagi mereka tetapi cabaran besar buatku untuk melawan & mengharunginya.

Jemputlah datang shopping ke JUSCO Tebrau City ye.. Singgah-singgah ke kioskku kat Level 1 (depan butik Ti:zed & dekat-dekat butik Ladylike & Primevera).

Gambar-gambar di bawah ni diambil semasa hari pertama. Sekarang barang dah penuh dah kat kiosk tu.





Baba & Adeep pun teman Bubu..

Jom la singgah sini ye..

Friday, June 18, 2010

Award to the blogger..

Tahniah kepada Kaff. Juga kepada K.Ninie, Fadh & Reds. Anda adalah antara pengkomen terbanyak blog cheekongsejuk setakat hari ini 18 Jun 2010. Walaupun blog ini ala kadar sahaja tetapi bila anda membaca apa yang kutulis di blog ini, ia menunjukkan anda memberi sokongan & sentiasa keep in touch dengan penulis blog ini (aku la tu). Terima kasih tak terhingga juga kepada kawan-kawan yang lain yang sudi mengkomen & membaca entri-entri blog cheekongsejuk ni sejak dicipta 3 tahun lalu. Mudah-mudahan hubungan kita tidak putus. Itu yang penting.
Walaupun blog ni tak sekuat facebook, namun ia juga mempunyai penulis yang ramai. Dari dunia blog ni juga kita dapat ramai kawan-kawan baru. Dapat berkongsi macam-macam cerita dan banyak juga faedah-faedah lain jika kita gunakannya dengan betul.

Ok, berceloteh lagi kita di lain segmen.. Adios..


Thursday, June 17, 2010

CD oh CD..

CD apa la yang aku nak cari ni? ... Sebenarnya sekarang ni aku tengah sibuk cari cloth diaper (CD) atau dalam bahasa melayunya lampin kain moden untuk anak-anakku. Niat nak menggantikan penggunaan lampin pakai buang.

Walaupun agak mahal harga 1 set tetapi jika dibuat pengiraan (bajet) untuk jangka masa panjang, ianya jauh lebih menjimatkan. Cuma mula-mula nak keluarkan duit sekelepuk banyaknya tu memang la agak berat. Ada pelbagai jenis & harga. Nak beli kene ikut bajet sendirilah. Bagi sesiapa yang tak pernah dengar mengenai cloth diaper ni bolehlah tengok web-web di bawah ni (atau cari saje kat web) :-


Antara sebab kenapa aku nak gunakan CD ni untuk anak-anakku :-


Sesape yang ada pengalaman gunakan CD ni bolehlah share k..
Sekarang ni aku lom beli lagi. Tengah survey harga..

Wednesday, June 9, 2010

Adeep dah beso...

Lama dah tak update blog ni.. Sibuk la kononnye.. Diam tak diam dah besar dah anak bujangku ni. Dah 1 setengah tahun usia dia. Tak lama lagi dah ada adik ye.. Insya Allah. Macam-macam dah dia belajar. Dah bole suruh dah. Cuma lom pandai cakap je lagi.. Hehe.. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah dia tak banyak ragam masa aku mengandung ni. Cuma lasak je.. Budak lelaki la katakan. Sejak dia di jaga di taska ni, macam-macam dah dia belajar. Pandai letak botol dalam singki kalau dah abis minum. Pinggan mangkuk semua dia akan letak dalam singki kalau dah abis makan atau minum. Kadang-kadang ketawa sendiri aku bila dengar bunyi apa-apa barang yang dia masukkan dalam singki tu.

Kalau petang-petang tu aku rajin la siram pokok-pokok aku kat rumah tu. Sekarang ni tugas aku tu dia dah ambil alih. Pintu pagar pun aku dah tak payah tutup. Dia pandai dah tutup kalau aku suruh. Baba dia kata aku suka buli dia.. Hehe.. Tak la buli.. Cuma nak ajar dia berdikari dan jangan susahkan orang lain bila besar nanti. Kalau bole buat sendiri.. buatlah sendiri selagi terdaya. Jangan bergantung sangat dengan orang lain. Itu jugalah yang aku buat sepanjang hidup aku ni.

Mudah-mudahan Adeep jadi anak yang berguna dan berjasa bila besar nanti. Insya Allah..

Ni la Adeep sekarang..

Dah pandai panjat tangga ye.. baik2..

Main gelongsor dengan awek tu..

Kadang-kadang tolong baba dia basuh kete a.k.a main air la tu

Ni masa duduk kat luar sebab karen takde.. panas beb

Dah panas tu.. main la air jawabnye..

Ok.. bersambung lagi dalam entri akan datang.

Thursday, May 13, 2010

Blog Aktiviti KPYPJ

Website KPYPJ telah sedia dilayari. Walaubagaimanapun banyak lagi yang perlu diperbetulkan dan perlu ditambah. Untuk capaian kepada aktiviti semasa, aku masih lagi menggunakan blog (untuk sementara waktu - bolehlah daripada takde). Kiranya status website KPYPJ ni masih lagi dalam pembikinan la. Harap ia dapat diselesaikan dengan seberapa segera. Sasaran aku sebelum bersalin, semua fungsi yang perlu ditambah dan struktur yang lebih baik telah siap sepenuhnya.

Blog aktiviti semasa KPYPJ

Sila beri komen & cadangan kepada blog & juga website KPYPJ ni ye kengkawan ...

Wednesday, May 5, 2010

1st Week At New Place

Sudah masuk hari ketiga aku berada di Bhgn Korporat & Unit Komputer ni. Setakat ni belum ada tugasan yang mencabar lagi. Masih mengemaskini fail-fail sedia ada yang tidak pernah terurus di sini. Almaklumlah.. sebelum ni semuanya hero-hero yang uruskan. Terima kasih buat anak-anak buah yang menyediakan tempat untuk aku ni terutama Mr. Napee. Masalah-masalah sebelum ni telah aku kenalpasti. Tapi belum dapat berbuat apa-apa kerana kebanyakannya melibatkan bayaran yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. Jadi... buatlah keje lain dulu. Setakat ni tak ada masalah besar yang aku hadapi. Belum lagi la tu..

Hadif juga dah dihantar ke taska setiap pagi sebelum aku bergerak ke tempat keje. Hari pertama ibunya yang menangis. Masuk hari kedua & ketiga ni Hadif yang nangis bila aku nak tinggalkan dia. Terpaksa tahanlah.. Sebak rasanya bila meninggalkan anak ni. Lagi-lagi kalau dia menangis. Tapi nak buat camne. Kene bekerja untuk meneruskan kehidupan hari ini. Hadif pula dah kene belajar dengan kawan-kawan. Mudah-mudahan bila keadaan dah stabil bolehlah ibu bekerja sendiri & bila anak-anak dah bersekolah nanti bolehlah ibunya ni bagi sepenuh perhatian untuk anak-anak ibu. Mudah-mudahan Allah mudahkanlah lagi segala urusan & perancanganku..

Monday, April 26, 2010

A week to hijrah..

Lama tak berusik blog ni. Tetiba je muncul dengan entri nak berhijrah. Tinggal seminggu lagi aku akan ke ibupejabat. Aku belum rasa sedih lagi. Mungkin aku mempunyai rasa akan kembali semula ke Cetak ni lagi.. Tapi hijrah kali ni bukan sebab aku tidak trampil atau mempunyai masalah. Tugasku selepas ini memperbetulkan dan memperbaharui web KPYPJ yang sekian lama terkubur dan juga sistem-sistem sedia ada yang aku rasa macam menyusahkan je. Walhal sistem ni sepatutnya memudahkan kerja dan meminimakan tugas. Bersedialah wahai technicians semua.. Hehe.. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.

Itu hijrah aku. Hadif juga akan berhijrah minggu depan. Dia akan dijaga di nurseri pula. Memang niat aku nak dia belajar berkawan. Sabtu lepas aku berkesempatan menyinggah ke nurseri di taman aku tu. Bolehlah.. itulah pilihan terbaik setakat ni. Nanti bila Hadif dah bole berkawan, aku akan hantar ke tempat yang lebih baik. Nampaknya Hadif suka dengan budak-budak di situ. Harap dia dapat membiasakan diri dengan cepat dan yang paling penting tak mudah berjangkit penyakit dengan budak-budak lain.

10 Oktober 2010 pula Insya Allah Hadif akan menjadi Abang Long. Harap hadif akan bertambah gembira sebab dah dapat adik merangkap kawan la tu. Tolong ibu jaga adik Deep.. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar sepertimana Hadif dulu.

Lepas ni mungkin tugas harianku makin sibuk. Bila lagi agaknye blog ni akan berusik.. Harap ada masa yang boleh diselitkan untuk menulis entri seperti hari ini. 

Monday, March 29, 2010

Lunch at LC catering..

Hari ni akhirnya sempat gak aku lunch dengan sahabatku K.Yan yang dah lama tak jumpa.. Tak de la lama sangat tak jumpa. Dalam 2 bulan je.. jadi dia belanjalah aku makan sempena lama tak jumpa. Hehehe.. bole gitu. Kene selalu tak jumpa la kalau camni.. dapat makan free.. hehe.. takde lah.. Gurau-gurau je.

Agaknye K.Yan ni mengidam kot.. Sampai nun jauh di Jalan Tebrau sana JJCM (jalan2 cari makan). Sampailah juga kami ke LC Catering yang dikatakan sedap tu. Tapi memang sedap pun. Aku pun order la Nasi Serai Ayam Penyet (lauk ayam 1/4 bhgn ayam, sambal sotong, pecal) & air epal. K.Yan pula order Nasi Ikan Keli & air tembikai. Emmm.. Sedapnye.. Sementara menunggu tu, kami dihidangkan dengan jeli kelapa. Mmmm.. sedapnye.. sebab ia sejuk. Kene plak tengah cuaca panas.

Nasi Serai Ayam Penyet

Apa ntah nama menu nye ni, aku panggil Nasi Ikan Keli jelah

Nilah K.Yannyer..

Duduk kat luar je.. Saje nak dapat kipas besar.
Kalau ikut pemerhatian aku, tempat ni menyediakan
3 jenis tempat duduk. (Yang macam kat kedai makan biasa - kerusi plastik je,
meja lawo skit dgn kerusi yg lawo gak & satu lagi
sama macam yang kedua - beza ia ber aircond je)

Thursday, March 25, 2010

Where is new entry?

Rasa kesibukan melanda sejak dua minggu kebelakangan ni.. Tak dapat nak tulis apa-apa yang menarik dalam blog ni. Minggu lepas dengan program Jalinan Korporat KPYPJ di Sekakap Mersing. Minggu ni pula sibuk dengan beberapa job urgent tahap gaban. Esok pula ada sambutan Maulidur Rasul Peringkat KPYPJ. Oklah jugakan.. Taklah nanti dikata makan gaji buta.

Tapikan sian seorang sahabatku yang sorang ni.. Lama juga aku tak menjenguk dia di kopitiamnye.. Sori kak yan.. Bz sokmo.. Insya Allah Anor berkunjung ke tempat akak minggu depan. Jangan kecik hati ye.. (Terus aku melayangkan 1 SMS untuk dia...) Kalau tak.. senyap je tanpa berita.

Apapun jaga diri kawan-kawan semua.. Maaflah kalau tersenyap seketika. Facebook pun tak terjenguk lagi ni.. Adios...

Thursday, March 11, 2010

Apalah yang sibuk2 & pening nih..

Rasa macam banyaknye keje nak kena buat sekarang ni.. Tapi kejenye macam tu la jugak tiap bulan.. Agaknya banyak kerja luar & untuk peribadi yang buat aku macam sibuk. Tambahan pulak aku tengah pening memikirkan macam mana nak tamatkan jagaan pengasuh Hadif. Sekarang ni aku hantar Hadif Isnin sampai Jumaat je. Jadi apa2 program pada hari Sabtu aku tak dapat hadirkan diri. Aku macam sedihlah sebab semua perancangan aku untuk memajukan diri & keluarga tak dapat dilaksanakan lagi. Sedangkan sekarang dah bulan 3. Aku masih juga macam tu. Perkembangan yang amat lambat. Exam untuk agen insuran pun aku tak dapat buat lagi. Studi nye pun tak abis-abis lagi.. Kalau dapat ada yang nak jaga Hadif setengah hari Sabtu pun jadi lah. Syukur alhamdulillah.. (Masa muda nilah kene kerja kuat.. Nanti dah tua kita nak berehat pulak. Kalau panjang umur la..).

Perancangan aku memang nak masukkan Hadif ke nursery. Ni tengah cari alasan dan sebab-sebab yang tak akan mengecilkan hati pengasuh Hadif tu. Nampaknye kene tunggu aku dan Pahmi dapat tawaran keje tempat baru. Aku mungkin akan ke HQ. Tapi aku pun macam belum bersedia lagi. Pahmi pulak kebetulan tengah tunggu tawaran tempat keje lama dia.

Tahun depan Hadif pasti akan ke nursery. Dah sampai masa untuk dia belajar berkawan. Bujang dah anak ibu nih.. Insya Allah adiknye pulak mungkin akan ganti tempat dia sekarang. Harap-harap takde masalahlah nanti. Mudah-mudahan Allah permudahkanlah segala urusanku.. Ameen..

Thursday, February 18, 2010

keje tapi macam x keje..

Gong Xi Fa Cai..  Ni khas untuk kawan-kawan yang berbangsa Cina la.  Bila mau start bisnes?

Mmm.. "Kalau Cina raya semua orang susah ooo.. Semua operasi jammed. Kalau melayu atau india raya ok je semua". Mengeluh nampaknya aku dengan situasi sekarang ni. Situasi ni juga menunjukkan penguasaan besar bisnes oleh orang Cina. Apa nak buat ni?.. Melangok la aku di tempat kerja dengan beberapa job tergendala gara-gara CNY ni. Mana taknye.. semua job tu ada link dengan syarikat-syarikat Cina. Haiiiyyyaa.. Susah ooo... 

Kalau keadaan ekonomi sangat baik lagi la panjang cuti CNY ni.. Dia orang ok la sebab dah setahun bertungkus-lumus kerja. Kita yang tak beraya ni.. Susah ooo... "Taukeh.. cepat buka lu punya kedai"..

Tuesday, February 9, 2010

cabutan bertuah yang jadi kurang bertuah...

Baru-baru ni, tempat kerja Pahmi mengadakan sesi cabutan bertuah sempena Tahun Baru Cina. Alhamdulillah dah 3 tahun berturut-turut dapat. Tahun lepas dapat DVD player Phillips, tahun sebelumnya apa ek.. Lupa pulak. Ke tak dapat.. Hehe.. Seingat aku dua ke tiga tahun lalu dapat lampu study. Oklah tu.

Tahun ni plak.. Bila dicabut jer, cabutan tu merujuk kepada TV LCD Samsung 32". Wahh.. syoknya. Tapi malangnya cabutan tu ditarik balik. Isk isk.. Mereka suruh cabut semula hari berikutnya.. Pergh.. Baik punya ayat. Geramnye.. Menyirap betul.. Ni mesti ada orang yang dah 'aim' TV tu. Mmmm.. dah takde rezeki gaknya. Bila dicabut semula, dapatlah 'food steamer'. Tak tahulah apa brand. Pahmi Lom bawa balik lagi. Ok jugaklah kan.. Dapat barang yang kita takde. Setakat TV LCD tu aku pun dah ada. Kang jadi kedai TV plak rumah aku. Yang sedia ada pun dah dua unit.

Macammana pun bersyukur sebab dapat. Daripada tak dapat langsung. Nampak gayanya, aku kenalah belajar banyak lagi jenis masakan terutama yang melibatkan 'food steamer' tu. Hehe..

Ayat nak sedapkan hati : TV tu mesti jangka hayatnya tak panjang.. mesti cepat rosak.. padan muka sapa yang dapat.

Monday, February 1, 2010

Alhamdulillah.. we on the right track

Semalam aku dan Pahmi sekali lagi ke Seminar Kenali Potensi Diri 2010 oleh Dr Azizan Osman di Stadium Tertutup MBJB.

Sekali lagi aku teruja dengan apa yang disampaikan walaupun kandungannya sama seperti sebelum ini. Tetapi banyak lagi yang aku dapat. Tambah sekali ganda dari apa yang aku dapat pada sesi lepas. Tak rugi kami pergi lagi. 


Mula-mula aku agak keberatan nak pergi kerana ia dibuat pada Ahad. Maklum sajelah.. Siapa plak yang nak tolong jaga anak bujangku, Hadif tu. Tapi Alhamdulillah ada K.Pah yang tolong jagakan walaupun untuk setengah hari.. Syukur sangat.. Terima kasih banyak-banyak ye kak..

Pada seminar kali ni kami ditawarkan satu lagi tiket yang sangat kami perlukan.. Kursus 2 hari + sistem mentoring & followup untuk setahun yang hanya berharga RM350.00 sahaja untuk seorang. Harga asalnya aku tak berapa ingat, tapi ribuan ringgitlah. Sangatlah murah.. Tak sangka dapat tawaran sebegitu. Alhamdulillah..

Mungkin perjalanan hidup aku dan keluarga yang aku telah dibina setahun jagung ni baru nak bermula. Mudah-mudahan ia berjalan lancar. Setakat ni walaupun hidup kami bermula dengan keadaan yang sederhana dan ada juga masa-masa susah, tapi setiap tangga-tangga perancangan untuk berjaya dalam hidup telah kami lalui dan ia berada pada landasan yang betul. Tangga tu masih di bawah tapi tak mengapa. Masih dikira dalam masa yang tidak terlalu lewat untuk berubah. Ramai peserta yang aku jumpa semalam pun dah hampir atau telah pencen dan berumur.. Takpelah.. rezeki masing-masing.

Oleh kerana aku pergi separuh hari saja, tak dapatlah sijil. Pahmi aje yang dapat. Takpelah, yang penting dapat ilmu dan apa yang kita nak tahu.. Terima kasih Dr. Azizan..

Sijil kosong lagi ni.. hehe

Wednesday, January 27, 2010

byk yg saya tak faham versi anor pula

Entri kali ni ekoran daripada entri k.ninie yang lepas bertajuk "byk yg saya tak faham.." . Lepas baca entri k.ninie tu, aku mengalami kemalangan dua hari lepas. Pada masa tu aku dilanggar dan melanggar pekerja Bangla yang berlari dari arah kiri menuju ke bas tanpa melihat kenderaan yang lalu lalang. Kejadian berlaku masa aku nak ambik Pahmi balik keje jam 7.00pm. Tu la rutin aku tiap hari.. Pahmi pula berada tak sampai 100 meter dari tempat kejadian. Nasib baik tak mampos!! Sori la agak kasar.. Kalau aku berlembut selalu aje ada orang yang suka ambik kesempatan. So, lepas kejadian tu aku lebih kasar dan terpaksa la me'laser' balik orang yang buat aku marah dan suka menyusahkan hidup orang. Yang aku tak faham tu:

1). Kenapa la berlari limpas jalan masa kereta dah hampir sangat. Memang tak boleh nak elaklah. Jadi.. salah siapa??? Tolonglah jangan bajet kenderaan yang kita nampak tu jauh lagi atau perlahan kalau memang tak pasti.

2). Bila dah tergolek tu.. Bole pulak semua orang kat situ berkerumun kat mat bangla tu. Pergilah angkat ke tepi jalan. Buat sesak jalan yang dah memang sesak aje..

3).Usia dah tua dan bukannya budak-budak tapi masih berperangai macam budak-budak. Budak sekolah pun reti nak beratur bila nak naik bas. Bukannya bas tu akan tinggalkan dia. Dah lama keje pun tak tau cara nak naik bas ke?.. Ni dialog Pahmi masa dalam kereta anto mat bangla tu ke klinik berdekatan.

4). Ada pulak MAKCIK yang sound aku kata kenapa bawak laju kat jalan tu... HEY MAKCIK! Kalau tak tau cerita cuba jangan memandai & me'laser' orang. Buat menyemak tempat kejadian aje. Bole jalan la!

5). Dalam kekalutan tu, aku nampak ada orang ambik no plat kereta lagi.. Apa lagi tujuannya.. Faham-faham jelah..

6). Kat jalan tu dah selalu berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian pun dah ramai.. Tapi masih lagi buat kesilapan yang sama. Langsung tak ambik peduli dan peringatan untuk diri sendiri. Pada hal sebelum kejadian tu, baru jer minah Indon kene langgar dengan motor. Sama la sebabnya. Limpas sesuka hati.

Geram aku masih ada lagi sampai hari ni.. Sampai aku berkata dalam hati, bawak laju ke perlahan ke sama je.. Tapi make sure hati-hati la waktu memandu tu.. Janganlah sibuk memandu, sibuk plak dengan handphone la, berangan...

Ni sebenarnya peringatan untuk kita supaya lebih berhati-hati. Dah berhati-hati pun kene lebih lagi berhati-hati. Biar betul-betul pasti barulah bertindak.. Haiiyyaaa.. my ESQ is down right now..

Monday, January 18, 2010

Happy Birthday Anak-anakku..

Pada 12 Januari yang lepas bertempat di rumah penjaga Eusoff & Iemran, Taman Kenanga, aku menyertai K.Yan menyambut hari kelahiran anaknya Eusoff yang ke-3 tahun. Tak rancang awal pun sebenarnya. Kebetulan hari lahir Iemran & Hadif tak jauh daripada Eusoff. Jadi aku pun joinkan sekalilah harijadi mereka. Aku sponsor goodies untuk budak-budak yang datang. Kelam kabut juga aku buat stiker & cari jajan-jajan untuk mereka.

Saje jer aku nak memeriahkan majlis harijadi Eusoff. Nak ajar Hadif bergaul dengan orang. Walaupun ringkas tapi aku rasa seronok lihat budak-budak ni bergaul mesra. Padahal baru je kenal. Kita yang tua ni pun patut contohi budak-budak ni. Kadang-kadang menyombong tak tentu hala dengan orang yang baru kenal. Baru sekali jumpa tapi dah beranggapan yang bukan-bukan. Tengok orang macam tak puas hati.. Tak faham.. Sekurang-kurangnya senyumlah. Bukannya kene bayar pun.. Senyumkan satu sedekah.

Mudah-mudahan anak-anakku ni menjadi anak yang soleh, bijak, berguna kepada keluarga, bangsa dan negara, sentiasa sihat dan diberkati Allah, ceria-ceria selalu dan mudah-mudahan menjadi anak-anak yang berjasa kepada ibubapa di kemudian hari. Insya allah..


Coklat susu, gula-gula durian & jelly

Operasi di pejabatku

Dalam perjalanan ke lokasi

Birthday boy, Eusoff

Iemran dan Hadif

Jom makan..


Iemran a.k.a Adik Lan

Friday, January 8, 2010

hadif a.k.a adeep | akek | ajeep | ateep | ucuk-ucuk

Lama tak update blog ni disebabkan PC & laptop yang masuk wad.. Ermm.. susah nak buat keje. Ni pun terpaksa menumpang PC Kaff. Cerita untuk entri ni bukan la pasal komputerku itu. Saje nak cerita tentang anak bujangku yang sorang tu. Siapa lagi kalau bukan Najmi Hadif.. Nampaknye banyak panggilan yang telah dihasilkan mungkin kerana aksi-aksi & telatahnya yang membuatkan kita selalu geram .. Sepatutnya dipanggil Hadif. Tapi dah macam-macam pula nama panggilannya merangkap nama manja la tu.

1. Hadif -  memang nilah panggilan sepatutnya.
2. Adeep - akulah yang bagi.. Macam sedap & senang lak nak sebut.
3. Akek - nama yang digunakan bila sms kat hubby untuk melaporkan aktiviti hariannya masa aku cuti.
4. Ajeep - ni mak aku & bapa mertuaku yang panggil.
5. Ateep - aku lagi yang bagi nama ni..
6. ucuk-ucuk - aku dan abahnya la yang panggil nama ni bila bangun pagi..

Kadang-kadang aku panggil dia 'budak gemok'. Sebab.. banyak makan & perut buncit. Hehehe...
Anak-anak korang pun mesti ada nama-nama panggilan yang mungkin melucukan & kadang-kadang entah apa-apa entah ek..

Dah lama tak tag orang ni.. So nak tag K.NINIE, FADH, K.LONG (K.PAH), UNCLE KAFF (ni kene nama anak buah dia yang tersayang), UNCLE HALIM (ni pun sama dgn Kaff), UNCLE HARRIS, UNTIE ZAIDAH SOHIB, ADIQUE (p.a CEO KPYPJ).. tambahan adik ERIN