Friday, July 23, 2010

Kembali Kuat Untuk Bertugas..

Lama tidak mengemaskini blog ini. Selain daripada sedikit sibuk, minggu lepas aku telah berehat seketika di hospital a.k.a masuk wad selama 3 hari disebabkan ada rasa nak bersalin (kontraksi) pada masa yang tidak sepatutnya (kandungan baru berusia 27 minggu). Paling lama duduk kat hospital.. Memang bosan betul rasanya. Tambahan pula sakitnya cuma sekejap tetapi pemantauannya amat lama & memerlukan perhatian pakar pula. Bagaimanapun ia pengalaman yang mengerikan jugalah. Pengalaman masa mengandung & melahirkan anak pertama pun tidak setakut ini.

Kronologi kejadian pada Rabu, 14 Julai 2010:

6.30 petang:
Teman Hadif main di taman permainan di kawasan rumah (masa balik dukung dia masuk ke kereta).

7.00 malam:
Jemput suami pulang dari tempat kerja (telah mula rasa sakit tetapi boleh tahan)

8.00 malam:
Ke JUSCO jaga kiosk sebab pekerja cuti (sakit semakin kuat tetapi terpaksa tahan)

11.00 malam:
Sampai juga rumah walau dalam keadaan yang sakit (menahan sakit).

12.00 malam:
Sedia untuk tidur & mula baring (dah sakit sangat sampai tak boleh bangun)

1.00 pagi:
Ku gagahi juga untuk bangun sebab tak nak ambulan datang (sakitnya Ya Allah.. sampai tak boleh bergerak langsung).

1.30 pagi:
Hubungi sepupu suami untuk ambil Hadif (minta tolong dia jagakan Hadif).

2.00 pagi:
Masuk bilik bersalin (lama juga doktor nak mengenalpasti sakit apa yang aku rasa). Tanda-tanda seperti darah & air juga tiada. Tu yang doktor pun pening sakit apa yang aku alami. Akhirnya sah tu ialah kontraksi..

4.00 pagi:
Akhirnya sakit tu hilang setelah diberi suntikan untuk hilangkan rasa sakit & tahan baby daripada keluar (sebab baby pun tak sampai 2 kg). Tiada bukaan/jalan. Lega rasa..

1.30 tghari:
Baru dipindahkan ke wad biasa (itu pun wad untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak). Jenuh juga nak menjawab soalan mereka. Mana taknya.. aku masuk wad tu tapi tak bersalin pun.

Dari hari Khamis hingga Sabtu tu memang rasa bosan sebab orang yang masuk wad tu silih berganti. Jumaat petang & Sabtu pagi memang aku sorang je dalam wad tu. Dah macam wad kelas satu pula walaupun duduk dalam wad kelas 2 (Hosp. Sultan Ismail, JB). Akhirnya selepas pakar buat pemeriksaan pagi Sabtu tu, aku dibenarkan keluar wad tengahari tu. Syukurnya Ya Allah.. Rindunya aku dengan Hadif. Tak sabar nak jumpa dia.

Sekarang ni aku dah mula kuat sedikit untuk menjalankan tanggungjawab & rutin harian. Mudah-mudahan segala urusanku dipermudahkanNya. Harapanku yang paling utama diberikan kekuatan fizikal & mental. Doaku agar baby keluar pada tarikh yang sepatutnya (10.10.2010).

Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi melawatku dan yang sentiasa mendoakanku. Sokongan kalian amatlah berharga buatku. Moga Allah membalasnya.. Ameen..

3 comments: