Saturday, November 27, 2010

Cuti dah habis..

Alhamdulillah.. Selamat dah 1 lagi urusan atau tugas seorang ibu (lahirkan seorang lagi permata hati). Sudah hampir 2 bulan tidak menulis di dalam blog ni. Sikit hari agi bersawanglah blog ni..

Subuh jam 5.50 pagi pada 2 Oktober lalu aku selamat melahirkan seorang lagi zuriat yang dinanti-nanti kami sekeluarga. Anak perempuan, Najma Nayli. Dah sepasang dah anak-anakku. Semuanya berjalan lancar & tidak ada sebarang masalah. Syukur Alhamdulillah..

Bagaimanapun kami juga berasa sedih di atas pemergian ibu mertua (tiri) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Oktober lalu. Agak mengejut pemergiannya selepas 2 bulan arwah bapanya pergi.

Bagaimanapun kami yang tinggal ni perlu meneruskan hidup. Sentiasa berdoa & insaf selalu..

1 Disember pula aku akan mula bertugas semula. Rutin harian sudah kembali.. Mudah-mudahan segala urusanku dipermudahkanNya. Tahun 2010 juga akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Teruskan usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan awal tahun lalu. Jadikan hari mendatang lebih baik dari hari ini.

Semoga kita semua akan berjaya di dunia & juga untuk akhirat kelak.  Sama-sama kita berusaha.