Monday, November 14, 2011

Inspirasi Kawan-kawan Sekolah

SPM bermula hari ini.. Teringat 15 tahun dulu, zaman aku ambil SPM. Memang seram sejuk dibuatnya. Tapi dalam 15 tahun selepas SPM tu ada lagi waktu-waktu seram lain iaitu masa ambil ujian memandu. Pehh.. memang lagi seram. Hehe.. sedikit pengalaman hidup aku. Apa pun diharapkan adik-adik yang menduduki peperiksaan SPM tu janganlah terlalu gabra & takut. Anggap ia seperti peperiksaan biasa. Apa yang telah diusahakan pasti ada hasil yang menanti. 

Bercerita tentang SPM ni. Aku antara yang berjaya ke menara gading. Tapi bukan aku nak bercerita tentang kisah aku di universiti. Kali ini aku ingin bercerita tentang rakan-rakan sebaya aku yang belajar setakat SPM sahaja.

Sebenarnya, berjaya dalam peperiksaan dengan cemerlang bukanlah kayu pengukur kejayaan seseorang. Jadi walaupun gagal dalam peperiksaan SPM sekali pun bukanlah anda telah gagal. Ia cuma mengukur sejauh mana kita memahami apa yang diajar oleh cikgu di sekolah. Walaupun aku ni dianggap berjaya oleh rakan-rakan yang belajar sampai habis sekolah sahaja tapi aku tidak berfikiran begitu. Pada aku belajar sampai ke menara gading tu adalah satu kelebihan sahaja. Kalau belajar tinggi-tinggi tapi ilmu tu tak digunakan pun tak berguna juga. Yang aku nampak ramai di antara lepasan universiti ni menganggap dia pandai. Tu la silap kebanyakkan mereka. Apa yang penting di sini ialah apa yang anda belajar dan bagaimana ia digunakan dalam kehidupan. Tidak kiralah di mana sekali pun kita memperoleh ilmu itu.

Aku sangat kagum dengan rakan-rakan aku yang belajar tidak setinggi mana (maksud aku ialah yang tidak ke mana-mana institusi pengajian tinggi). Mereka pada hari ini telah membuktikan mereka berjaya. Malah pada aku mereka lebih berjaya daripada aku. Mereka bangkit dari kesilapan lalu dan terus berusaha untuk maju. Lebih-lebih lagi mereka yang di dalam dunia usahawan. Pengalaman susah senang mereka adalah tidak ternilai. Yang itulah yang ingin sangat aku belajar daripada mereka. Harap-harap dapat kita berkongsi pengalaman masa ke China nanti. Haaa... pengalaman ke China ini pastinya pengalaman aku yang lebih daripada mereka dan aku sangat suka untuk berkongsi dengan mereka. Mudah-mudahan kita semua akan sama-sama berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Sesungguhnya cabaran 9/10 rezeki daripada bidang perniagaan ini akan sama-sama kita harungi dan tempuh. Dan yang penting jangan lupa untuk banyak memohon daripadaNya.

Selamat berjaya semua dalam bidang masing-masing..