Monday, July 27, 2009

Unlock Your Potentials

A billion tq to Dr Azizan Osman, CEO of Richwork Resources. Last Saturday I've got opportunity to attend his seminar - Rahsia Tarikh Lahir di Dewan Sultan Iskandar UTM. Bagi sesape yg first time dengar, it's like ''ala yang mcm penceramah tu mcm penceramah yang already popular di Malaysia ni".. But you're wrong!
Alhamdulillah.. Rasa amat bertuah dapat gi.. Thanx a lot to Mr Kafi also.. coz offer me the tickets.
Aku banyak attend seminar utk motivasi ni especially masa buat network marketing dulu. Mmg betul apa yg mereka suruh buat dulu.. but this time Dr ajar the method to do that.. So valuable to me and also to my hubby. It's will change 360 degrees to our lifes.. We will prove it Dr..

Jalan nak masuk ke UTM sampai sesak.. Patut la tak jadi buat kat Persada..

Hubby tak sabar2 nak masuk dewan.. Semangat!

We cant wait for the next seminar Dr..

Friday, July 24, 2009

Must Alert!

Semalam petang balik ikut highway Bandar Dato' Onn.. As usual. But kene lalu Tmn Bkt Mutiara la coz nak ambik hubby yg kuar awal. Timing mmg baik.. Mesti sampai kat tempat hubby in few minutes. But tersangkut plak kat terowong Bkt Mutiara tu. Ni trelar punya hal la.. Dia x boleh agak ke ketinggian terowong tu.. Aiiyaaa... Habis dirempuhnya.. as a result dia terpaksa la undur. Tu yang buat jam tu. But on my way x berapa teruk la jam nya. The other side yg jam..

terpinga2 pakcik bawak motor tu

ni la terowong yang dirempuh tu.. nasib x de apa sgt

abis kemek.. ehh ada persona kafi plak...

Tuesday, July 14, 2009

Fully recovered at last..

Seperti yang telah diceritakan dalam entri sebelum ni, Hadif mendapat chicken pox dari aku. Aku pulak walaupun dah pernah kene masa kecik dulu, dapat juga dari suamiku Pahmi. Punyalah berhati-hati dan sentiasa membersihkan diri daripada terkena pada Hadif, akhirnya dia kene juga. Mungkin masa mandikan dia.. (Tak dapat nak elak sebab penjaga dia terpaksa balik kampong). Nak tak nak kene mandikan juga. Mungkin masa tu la dia kene.

Macam mana pun syukur juga dah kene masa dia kecik ni.. Dia pun tak banyak ragam. Macam biasa je. Cuma gatal2 je la.. Budak kecik mana la tau apa2. Main garu je la. Alang2 dah bercerita tentang chicken pox ni, aku nak berkongsi la tips penjagaan bila kene virus ni:

- jangan takut nak mandi, mesti sentiasa bersih (kalau tak mandi nanti lagi lama nak baik melainkan nak cuti lama.. hehe..)

- elakkan daripada cepat berpeluh untuk elak daripada gatal (bila peluh cepat2 keringkan dan terus mandi)

- tak semestinya minum air kelapa, tak minum pun tak apa

- banyakkan minum air masak supaya kuman2 tu keluar ikut air urin tu. Lagi kerap buang air lagi bagus

- jangan dipecahkan biji2 yang berair tu.. mudah melarat jika airnya kene bahagian kulit yang lain.

- bila dah nak kering jangan dikopek.. nanti bekasnya susah nak hilang. Lagi2 yang dah tua.. kulit dah terlalu matang.

- sentiasa sapu ubat yang klinik kasi tu selepas mandi. Tak kiralah yang mahal atau yang murah. Antibiotik pun habiskan.

- antiseptik juga kene disapu kat mana2 tempat yang kita sentuh.. ni nak elak dari orang2 yang tak kene daripada kene.
Emmm… Apa lagi yek??.. Kalau ada tips lain dari kawan2 bole la share..

Tuesday, July 7, 2009

Kisah Si Kura-kura

Malam semalam rumahku dikunjungi pula oleh seekor kura-kura.. Siap masuk dalam pagar rumah lagi. Dari mana pulak la kura-kura ni datang?.. Agaknya kura-kura tu dah berjumpa dengan tempat atau habitatnya yang sesuai kot.. Maklum la, tanaman2 di tanah yang sekangkang kera rumahku itu subur2 belaka. Aku pun alih la ke tepi tembok rumah sebab aku nak kuarkan kereta. Aku pun kunci sliding door & grill. Belum sempat aku masuk dalam kereta, kura-kura tu dah sampai ke pagar balik.. Aik! Cepat betul.. Ni dah macam cerita Arnab dan Kura-kura yang semestinya menjadi bahan bacaan masa kita kanak-kanak dulu yang akhirnya Si Kura-kura yang menang. Sahlah kisah tu memang betul.. Hehe..

Jika nak diulas tentang cerita tu, banyak pengajaran yang boleh diambil. Antaranya jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian, tidak semestinya ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap.

Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya. Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal.

Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita padankan dengan kehidupan manusia sebenarnya. Ada manusia yang kita lihat kadang-kadang mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tak berjaya juga dalam hidup. Kenapa? Ini kerana sikap mereka. Mungkin mereka ada sikap buruk seperti arnab tadi. Mereka tidak konsisten, tiada harga diri, angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.
Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak seorang anak itu tidaklah mempunyai pemikiran yang tinggi. Kecerdikan ataupun IQ yang juga tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai disiplin diri dan sikapnya betul seperti menepati waktu, mempunyai matlamat, berjiwa besar dan sebagainya, maka dialah yang akan berjaya. Sekalipun anak itu tiada bakat atau kepandaian, tetapi dia tampil lebih berjaya daripada anak yang lain yang mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan diri, tidak komited dalam melakukan dan sebagainya. Kita boleh belajar dari kisah arnab dan kura-kura ini.

Banyak lagi pengajaran yang tersirat dalam kisah tersebut. Sila lawati amiroel.blogspot.com.