Tuesday, July 14, 2009

Fully recovered at last..

Seperti yang telah diceritakan dalam entri sebelum ni, Hadif mendapat chicken pox dari aku. Aku pulak walaupun dah pernah kene masa kecik dulu, dapat juga dari suamiku Pahmi. Punyalah berhati-hati dan sentiasa membersihkan diri daripada terkena pada Hadif, akhirnya dia kene juga. Mungkin masa mandikan dia.. (Tak dapat nak elak sebab penjaga dia terpaksa balik kampong). Nak tak nak kene mandikan juga. Mungkin masa tu la dia kene.

Macam mana pun syukur juga dah kene masa dia kecik ni.. Dia pun tak banyak ragam. Macam biasa je. Cuma gatal2 je la.. Budak kecik mana la tau apa2. Main garu je la. Alang2 dah bercerita tentang chicken pox ni, aku nak berkongsi la tips penjagaan bila kene virus ni:

- jangan takut nak mandi, mesti sentiasa bersih (kalau tak mandi nanti lagi lama nak baik melainkan nak cuti lama.. hehe..)

- elakkan daripada cepat berpeluh untuk elak daripada gatal (bila peluh cepat2 keringkan dan terus mandi)

- tak semestinya minum air kelapa, tak minum pun tak apa

- banyakkan minum air masak supaya kuman2 tu keluar ikut air urin tu. Lagi kerap buang air lagi bagus

- jangan dipecahkan biji2 yang berair tu.. mudah melarat jika airnya kene bahagian kulit yang lain.

- bila dah nak kering jangan dikopek.. nanti bekasnya susah nak hilang. Lagi2 yang dah tua.. kulit dah terlalu matang.

- sentiasa sapu ubat yang klinik kasi tu selepas mandi. Tak kiralah yang mahal atau yang murah. Antibiotik pun habiskan.

- antiseptik juga kene disapu kat mana2 tempat yang kita sentuh.. ni nak elak dari orang2 yang tak kene daripada kene.
Emmm… Apa lagi yek??.. Kalau ada tips lain dari kawan2 bole la share..

2 comments:

  1. part mandi tu, lebeh baik air panas.. baru mati kuman2 tuh.. & liang2 kulit terbuka, mudah lagi bg ubat tu nk serap ke dalam..

    ReplyDelete