Friday, October 1, 2010

01.10.01 - 01.10.10

Wahh.. bukan main angka 0 & 1 ni. Dah macam kod binari pulak. Almaklumlah orang komputer. Sebenarnya angka 01.10.01 - 01.10.10 ni merujuk kepada genapnya 9 tahun aku berkhidmat di Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ), tempat aku bekerja makan gaji sekarang. Ringkasnya institusi/syarikat ni dipanggil KP. Jika dibuat kronologi, banyak pengalaman kerja yang aku dapat daripada syarikat di bawah kerajaan Negeri Johor ni. Alhamdulillah bersyukur juga dapat berkhidmat di KP ni walaupun syarikat ni takdelah besar sangat. Ni secara ringkas kronologi jawatan aku sepanjang perkhidmatan di KP ni :

Okt. 2001 - Dis. 2006 = Pensyarah, Kolej Islam Johor
Jan. 2007 - Mac 2007 = Pegawai Pemasaran, Institut Hospitaliti YPJ
Apr. 2007 - Apr. 2010 = Pegawai Pentadbiran & Kewangan, Bhgn. Penerbitan & Percetakan KPYPJ
Mei 2010 - kini = Pegawai IT, Bhgn. Pentadbiran & Korporat KPYPJ

Syoknya di KP ni selain dapat pengalaman kerja yang macam-macam, masa kerja yang amat fleksibel. Fleksibel tu bukanlah sesuka hati masuk kerja & balik kerja sesuka hati tapi kita boleh menyelesaikan urusan-urusan peribadi bila-bila masa selagi tidak mengabaikan tugas-tugas hakiki. Dari segi hubungan kengkawan juga sangat ok. Tapi ada juga yang tak geng. Biasalah.. Mana-mana pun sama.

Banyak-banyak jawatan yang telah aku pegang, aku lebih suka berkhidmat di Bhgn. Penerbitan & Percetakan (CETAK). Walaupun banyak kerja & kadang-kadang stress tapi aku rasa gembira je di sana. Mungkin disebabkan aku juga boleh membuat kerja-kerja rekabentuk grafik yang memanglah aku suka. Almaklumlah.. Aku ni memang suka kepada kerja-kerja seni ni.

Terima kasih buat kawan-kawan yang banyak membantu aku jika aku memerlukan. Kawan-kawan  & senior masa mengajar dulu, kengkawan di CETAK terutamanya dan tak lupa juga kengkawan di ibu pejabat. Ehh.. macam ucapan nak berhenti kerja pula. Bagaimanapun insya allah aku masih lagi terdaya berkhidmat di KPYPJ ni. Sampai masanya nanti aku akan bawa pengalaman kerja yang aku dapat di KP ni ke syarikat aku sendiri insya allah.

Moga KPYPJ akan bertambah baik, maju & mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Mudah-mudahan lebih ramai pelajar yang akan menyambung pelajaran di mana-mana institusi di bawah KPYPJ ni. Sama-samalah kita (utk. rakan sekerja KP) membantu memajukan anak bangsa kita sendiri. Itu yang penting. Kerjalah dengan seberapa ikhlas yang boleh. Moga rezeki yang kita dapat tu diberkati walaupan tak banyak yang kita dapat.