Wednesday, August 17, 2011

Persiapan Aidilfitri

Diam tak diam dah setengah bulan kita berpuasa (aku je yg x cukup.. dh cuti dh..). Bila dah masuk minggu ke 3 puasa ni, pastinya masing-masing dah sibuk dengan persiapan raya. Tahun ni aku tidak dapat menyiapkan persiapan raya sebelum Ramadhan. Perlu lagi perancangan lebih rapi untuk tahun depan.. insya allah jika panjang umur.

Baju-baju raya semua dah selesai. Tinggal baju yang ditempah siap je. (ni tak tahulah kalo terbeli baju-baju yang berkenan nanti). Shopping memanjang je aku ni.. Hikhik..

Tinggal 2 weekend je lagi ni. Dinding rumah aku belum cat lagi. Nak buat 'feature wall' baru. Nampaknya minggu ni la aku kene kerjakan dinding rumah aku tu. Baru ada style.. Cewah!

Tikar pun aku lom gantikan lagi. Ingat nak cari karpet. Lom jumpa yang berkenan. Hari tu gi KL sampai tawaf 10 kali tapi aku tak singgah beli pun.. Hmmm.. Murah tu. Karpet yang sama jenis kalau di JB ni harganya RM300-400 la. Kat KL baru RM200-300 je. Jumpa nanti yang berkenan aku belilah. Kalau tak, tikar lama akan kujadikan baru. Wahh, ada projek baik ni.

Raya, raya.. Orang perempuan ni memang macam-macam nak beli. Bagi duit bape banyak pun boleh habis. Hehe..

Belanja-belanja jugak. Tapi kenelah beringat. Kenelah berjimat jugak. Menyimpan tu wajib. Akan datang tak tau apa akan jadi. Sediakan payung sebelum hujan.

Apapun, aku jemputlah semua kawan-kawan dan saudara mara datang ke rumah. Macam biasa.. rumah terbuka setiap masa. Bukan hari raya pun dijemput datang ke rumah.

Selamat menjalani ibadah puasa & selamat menyambut Hari Raya!

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Kali Ini

Alhamdulillah dapat lagi aku menempuh bulan Ramadhan yang dinanti pada tahun ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini semangat untuk beramal & beribadah sangat tinggi. Bagaimanapun aku rasa ia masih lagi berada pada tahap paling rendah. Tetapi bershukur juga bila dapat jumpa semula Ramadhan ni. Mula semula untuk mengingatiNya lebih kerap lagi. Mudah-mudahan ia menjadi momentum untuk peningkatan ibadah & amalan untuk bulan-bulan mendatang. Ameen..

Tahun lepas aku berpuasa bersama suami dan berbuka bersama-sama si Abang Long, Najmi Hadif. Tahun ini pula, aku dapat berbuka dengan 2 orang anak dah. Meriahlah sikit bila dah ada si Adik, Najma Nayli. Tidak lama lagi jika dipanjangkan umur mereka pula sudah boleh berpuasa dan berbuka besama-sama kami. Cepat masa berlalu.

Setakat hari ini, aku masih lagi belum mengunjungi mana-mana bazar Ramadhan pun. Alhamdulillah.. Rasa rajin pula nak masak hari-hari walaupun menunya tidaklah hebat macam di restoran atau hotel. Biasanya aku tidak mempunyai masalah untuk memikirkan apa nak masak kerana kawan-kawan di pejabat dari pagi dah pening dengan memikirkan apa nak masak. Bila petang mereka semua dah membuat keputusan untuk masak apa. Aku cuma ambil sahaja menu mereka (yang mana bahan-bahan masaknya ada di dapurku itu la). Hehe.. Beres..

Tahun ini, bertambah 1 lagi tapak bisnes aku bukak iaitu menjual baju kanak-kanak berjenama di Larkin Sentral (Terminal Bas Larkin). Bagaimanapun rakan kongsi aku yang banyak menguruskannya. Aku hanya tolong sikit-sikit aje. Terima kasih ye sahabat.. Jangan marah tau.
Mudah-mudahan bisnes yang baru diceburi ini dapat berkembang cepat.

Bercerita tentang Larkin Sentral ni, sudah bertahun aku tidak datang ke situ. Dah bertambah cantik rupanya. Banyak dah berubah & lain dah suasananya. Syabaslah untuk pihak yang menguruskan terminal bas ni. Semoga lebih ramai pengunjung ke situ.

Buat kawan-kawan semua, kalau pening nak mencari baju anak-anak untuk raya ini jemputlah datang ke kedai kami (berhadapan dengan Cosway - tingkat 1). Selamat bershopping..