Wednesday, October 28, 2009

apa2 ntah..

lama tak update blog ni.. tak ada citer menarik pulak. sambil-sambil buat keje ni, tukar sikit la rupa blog yang dah agak tak bermaya ni.. bole la ni ekk.. nanti ada masa lagi banyak bole tukar lagik.. macam dah takde keje plak. jangan mare ye kawan-kawan terutama mr. kaff.. bagi la apa-apa job design.. jawi untuk kemas tu pun dah nak settle.. report semuanya dah nak siap..

Wednesday, October 21, 2009

Berakhir Syawal..Terima kasih kepada yang sudi datang!

Image: Credit to Kaff

Alhamdulillah.. Musim Aidilfitri sudah pun berakhir. Kini Aidiladha pula dinanti. Bagaimanapun Syawal lalu rasa seronok juga la. Aku menutup sesi raya tahun ini dengan menjamukan tetamuku Lee, A.Azhar dan keluarga dengan mi wantan (buat pertama kalinya aku memasak untuk tetamu.. Aku mana la pandai masak). Terima kasih buat Kafi yang sudi berbuka puasa kat rumah Anor, Chef Mizan yang sudi menunjuk ajar cara mencelur mi wantan tu.. Terima kasih yang amat sangat.. Buat Fadh yang bagi resepinya (chef ni bz la.. bagi separuh resepi je..). Terima kasih juga buat K.Halijah yang sudi meminjamkan set mangkuk-mangkuk tu. Ni Anor dah kene beli ni.. Best la K.Ija punya set ni.

Image: Credit to Kaff

Ada 3 resepi mi wantan ni yang aku ambil daripada sumber internet. Amat berguna.. Nasib baik menjadi.. Cuma pedas skit la.. Macam mana pun aku puas hati juga la bila melihat mereka berselera makan. Lee kata tak pernah seumur hidup dia pergi beraya rumah orang Melayu dijamukan mi wantan.. Hehe.. Ni semua idea Fadh tahun lepas.. Aku pun memang suka buat kelainan. Bila kene puji.. alahai.. kembang setaman la aku..

Antara gambar-gambar masa raya tahun ni:

Lee yang suka betul bergambar dengan Hadif. Ni kat rumah A.Azhar (kawan Pahmi)

Hadif di rumah jiran belakang rumah (jp perdana)

Jajan untuk anak-anak kecil selain angpow dari aku sekeluarga

Berjumpa lagi kita di tahun hadapan insya allah. Mudah-mudahan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Monday, October 12, 2009

Dinner@Tasek Merdeka..

Sabtu lepas bertempat di Tasek Merdeka aku dan suamiku Pahmi bersama-sama keluarga rakan-rakan sekerjanya telah mengadakan majlis makan-makan sempena hari raya. Kira bos belanja anak-anak buahnya la ni.. Selalunya dia orang belanja bos tak kira apa perayaan.. Semua raya dia orang belasah. Best gak.. Hadif pula kami terpaksa tinggalkan di rumah bapa & mak saudaranya di belakang rumah kami. Kang tak dapat makan lak kita orang.

Seronok juga sebab dapat jumpa & kenal famili kawan-kawan suami. Macam-macam kerenah.. Terutama mat-mat warga asing.. Makanannya pula ok la.. Yang bestnya cuma nasi arab je la.. Yang lain biasa-biasa saja. Juadah hari raya..
Jom tengok!

Sape nak bagi ucapan ni.. Lapo dah..

Nasi Arab..

Jemput makan..
Kiri: Kak Mina (Indonesia) & Lee (T-shirt Hijau)

Dia orang ni makan sikit.. Bergambo yang lebih.. Rugi-rugi..

Kita orang pun sempat bergambo gak.. Macam tengah honeymoon lak..

Ni je tinggal..

Sebelum balik ambil gambar lagi.. macam pro jek..

Semua bos & leaders

Harap tahun depan buat lagi yek.. Kat tempat lain pulak.. Asik kat Tasek Merdeka jek..

Tuesday, October 6, 2009

Selamat Pengantin Baru Abah & Mak Yati

Sabtu lepas, 3 Oktober 2009 bersamaan 14 Syawal 1430 H abah selamat diijabkabulkan dengan Mak Yati setelah 2 tahun 5 bulan arwah mak meninggalkan kami semua. Tumpang gembira untuk abah walaupun kami anak beranak dan adik-adik ipar rasa amat sedih sebab teringat arwah mak. Apapun mudah-mudahan kami dapat menyesuaikan diri dengan kehadiran mak baru terutamanya adik-adik ipar semua. Fikirkan yang baik-baik je la.. Jangan diikutkan perasaan sangat. Diharap mak Yati juga dapat sesuaikan diri dan dapat melaksanakan apa yang anak-anak ambil alih tugas arwah mak dulu.
Antara gambar-gambar semasa majlis nikah yang dapat diambil menggunakan Sony Eric ku ini:

Hadiah dari aku dan famili

Hadif yang comel
Sibuknya si kecik ni..
Tido la jap lagi ni..
Kan betul.. Acik Zia tolong jaga jap.. Tu la.. main byk sangat.. kan dah penat

Suami dan adik-adik ipar

Jiran-jiran rapat abah

Abah menanti bakal isteri

Pengantin perempuan yang malu-malu

Abah menyarung cincin ke jari mak Yati

Moga berbahagia hingga akhir hayat..

Thursday, October 1, 2009

cina berhari raya..

Part 1:

Dua malam lepas aku sekeluarga, K.Tie & Lynn sekeluarga (jiran-jiran rapat) sempat berkunjung ke rumah masing-masing dan kami sempat juga singgah ke rumah Syikin (mualaf). Rasa seronok sangat sebab dapat sama-sama berhari raya di rumah jiran-jiran. Dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim. Di rumah Syikin kami dijamukan dengan masakan cina ala-ala hot plate gitu.. Sedapp. Dua kali aku tambah. Nak tambah lagi malu lak.. Hehehe.. Anak-anak K.Tie yang tak nak makan pada mulanya pun menambah lagi..

Aku kenal Syikin ni tahun lepas. Cuma raya kali ni berkesempatan berborak panjang dan berkenal-kenalan dengan suaminya. Banyak cerita dapat dikongsi mereka berdua. Suamiku & K.Tie pada mulanya segan-segan nak datang. Tapi akhirnya dia orang yang macam tak mahu balik.. Hehe..

Budak-budak pula pantang di offer mercun dan bunga api.. Apa lagi??.. Paham-paham je la..

Gembira betul mereka bermain..
(Tak dapat nak ambil gambar.. Tertinggal lak Sony Eric ku tu..)

Part 2:

Malam tadi pula, rakan sekolah suamiku (E-sam) pula berkunjung ke rumah kami. Kalau tak silap, selepas mereka habis sekolah je terus dah tak jumpa. Masa Ramadhan hari tu mereka terjumpa balik di Bazaar Ramadhan Jalan Nibong Tmn Daya.

Esam ni telah berkahwin dengan cina, Nurul Ain namanya. Sepasang anaknya. Yang sulung, Eddy memang tak ada muka Esam. Anak cina la katakan.. Datang-datang je mereka bawakan kami kuih muih. Ini dah memang adat mereka. Kalau tak silap aku kaum cina selalu buat begitu kalau berkunjung ke rumah saudara mara & kawan-kawan. Tahun depan tak yah beli kuih raya banyak-banyak la nampaknya. Jimat-jimat... Hehe..

Lama mereka tak jumpa, banyaklah cerita-cerita yang dikongsikan. Yang wajib dibualkan ialah kartun Naruto la.. Apa lagi.. Ermm tak habis-habis.. Ain pun pening tengok suaminya.. CD lain, yang download lain, komik lain.. Semua jenis ada lah.. Itu baru satu kartun. Belum lagi masuk cerita kartun lain.. Hehehe..
_______________________________________________
Kepada kawan-kawan lain.. Jemputlah datang ke rumah ye.. Esp K.Yan-Kudin, K.Ninie-Ijam, Fadh-Syed2, Kafi n gang, Lina-Latip, NahamPhoto group, Julia..