Thursday, August 7, 2014

Kembali Menulis

Assalamulaikum wbt & Selamat Hari Raya!

Alhamdulillah diberi kekuatan dan sedikit ruang untuk kembali menulis di blog ini setelah sekian lama tidak mengusik apatah lagi menjenguk blog ini. Sejak Disember 2011 dahulu. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tempoh tidak menulis di blog ini. Tidak dapat saya nak ceritakan semuanya. Cuma akan berkongsi cerita-cerita yang terkini sahaja. 

Alhamdulillah kini saya telah dikurniakanNya 3 orang cahaya mata. Nilah dia anak-anak saya atau panggilan saya di rumah "Ami" juga panggilan kawan-kawan mereka di taska kepada saya. Saya suka semua anak-anak  panggil saya Ami. Hee..

Najmi Hadif 6 tahun, Najma Nayli 4 tahun & Najmi Ziyad 2 bulan. Comel tak?

Ogos 2014 ni juga telah genap setahun saya tidak bekerja dengan mana-mana majikan. Buat masa ini saya hanya menguruskan 2 outlet yang menjual pakaian muslimah dan pelbagai jenis tudung di AEON Tebrau City & AEON Bukit Indah Johor Bahru. In sha Allah dalam masa terdekat juga saya akan membuka 1 lagi outlet iaitu butik yang menjual barangan untuk keperluan ibu & anak. Nanti sedikit demi sedikit saya akan kongsikan pengalaman membuka sebuah butik.

Cukuplah dahulu catatan ringkas ini buat permulaan ini. Rindu anda selalu..




34 comments: