Wednesday, May 27, 2009

secret blend of 11 herbs and spices


Dua hari lepas 25 Mei, aku sempat gi membeli 2 set dinner plate KFC untuk makan malam. Banyak sangat kupon KFC yang dihadiahkan oleh operator-operator suamiku, Pahmi. Bulan lepas dapat daripada Toyota. Sekali sekala takpe la makan makanan yang sedia maklum ketidakbaikannya kepada tubuh badan kita ni.

25 Mei tu sebenarnya ulang tahun kelahiran ku.. Semalam pulak ulang tahun perkahwinan kami yang ke-2. Taklah buat sambutan yang beria-ria, cukup sekadar memperingatinya dan muhasabah diri sikit untuk jadikan hari-hari mendatang yang dilalui lebih bermakna.
Sedikit gambar-gambar yang diambil untuk dikongsi bersama:

Kegemaranku ni.. Sorang2 melantak sebab Pahmi x suka..

Tapi yang lain2 dia melantak la.. tengok la saiz badan..

Hadif suka je bila dapat tiarap kat toto..

Tuesday, May 19, 2009

Barang Baru vs Barang Terpakai

Sejak dua menjak ni, aku tercari-cari stroller/buggy/walker untuk Hadif. Akhirnya dapat juga aku sebuah buggy berjenama (Graco Citisport) yang masih baik kondisinya dan berpatutan harganya. Walaupun ia terpakai, tapi aku cukup berpuas hati la.. Semua berfungsi dengan baik kecuali rupanya yang sedikit lusuh.

Ni semua gara-gara si Fadh la yang mengajo aku.. Hehehe... Tapi bila difikirkan balik tentang apa yang dikatakan Fadh tu, betul juga. "Ukur baju di badan sendiri..". Bukan la tak mampu nak beli yang baru dan mahal-mahal tu. Ada baiknya kita berjimat-jimat & banyakkan menyimpan untuk kemudahan masa depan. Lagi pun, aku bukannya selalu bawa Hadif ke tempat-tempat yang ramai orang seperti pusat-pusat membeli belah dll.. sebab belum masanya lagi.. Tapi kalau beli yang baru pun apa salahnya.. Boleh guna untuk anak-anak yang seterusnya. (Hadif dah isap kaki dia... huwaa.. nak adik dah..)

Wednesday, May 13, 2009

Trio CETAK di Kenny Rogers

Semalam kami (Anor, Kaff & Fadh) sempat menghabiskan masa 'lunch' kat Kenny Rogers Angsana walaupun tengah bz dengan job yang melambak-lambak. Aku pulak bz dengan preparation untuk audit kedatangan staf.. Seronok juga joli-joli waktu tengah banyak kerja ni. Jangan marah ye boss! Cari idea ni.. Apapun terima kasih banyak-banyak kat Fadh yang sudi belanja kita orang. Sempena apa yek?? Ermm.. UTM kot ni..

Antara gambar yang diambil guna kamera phone Sony Eric aku ni:


Sedapnyaa! baru tengok menu ni..

Ni Kafi punya salad... Yummy..

Gambar aku x de lak..