Tuesday, May 19, 2009

Barang Baru vs Barang Terpakai

Sejak dua menjak ni, aku tercari-cari stroller/buggy/walker untuk Hadif. Akhirnya dapat juga aku sebuah buggy berjenama (Graco Citisport) yang masih baik kondisinya dan berpatutan harganya. Walaupun ia terpakai, tapi aku cukup berpuas hati la.. Semua berfungsi dengan baik kecuali rupanya yang sedikit lusuh.

Ni semua gara-gara si Fadh la yang mengajo aku.. Hehehe... Tapi bila difikirkan balik tentang apa yang dikatakan Fadh tu, betul juga. "Ukur baju di badan sendiri..". Bukan la tak mampu nak beli yang baru dan mahal-mahal tu. Ada baiknya kita berjimat-jimat & banyakkan menyimpan untuk kemudahan masa depan. Lagi pun, aku bukannya selalu bawa Hadif ke tempat-tempat yang ramai orang seperti pusat-pusat membeli belah dll.. sebab belum masanya lagi.. Tapi kalau beli yang baru pun apa salahnya.. Boleh guna untuk anak-anak yang seterusnya. (Hadif dah isap kaki dia... huwaa.. nak adik dah..)

5 comments:

  1. aku tambah lagi.. alah membeli menang memakai. Beli barang terpakai yang branded ni, lebih baik kualitinya dari barang baru tapi kualiti biasa2. Terutamanya barang2 bayi dan juga toys. Kalau nak beli baru, memang mahal berdentum, sebab tu kite gunakan alternative lain bagi membolehkan kite guna barangan seperti tuh.

    ReplyDelete
  2. aku beli kasut dr. martin, marry jane. RM15. Hehehe... Hantar polish, RM2.. baru RM17 hengget. Condition perfect! kalau beli baru, tak makan 2 3 ratus?

    ReplyDelete
  3. caya la fadh! aku suka kasut ko tuh.. tapi kalau aku pakai mesti mcm kartun.. :)

    ReplyDelete
  4. fadh kan mukanya memang macam kartun...sesuai la tu...lariiiiiiiikkkkkk

    ReplyDelete