Thursday, October 1, 2009

cina berhari raya..

Part 1:

Dua malam lepas aku sekeluarga, K.Tie & Lynn sekeluarga (jiran-jiran rapat) sempat berkunjung ke rumah masing-masing dan kami sempat juga singgah ke rumah Syikin (mualaf). Rasa seronok sangat sebab dapat sama-sama berhari raya di rumah jiran-jiran. Dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturrahim. Di rumah Syikin kami dijamukan dengan masakan cina ala-ala hot plate gitu.. Sedapp. Dua kali aku tambah. Nak tambah lagi malu lak.. Hehehe.. Anak-anak K.Tie yang tak nak makan pada mulanya pun menambah lagi..

Aku kenal Syikin ni tahun lepas. Cuma raya kali ni berkesempatan berborak panjang dan berkenal-kenalan dengan suaminya. Banyak cerita dapat dikongsi mereka berdua. Suamiku & K.Tie pada mulanya segan-segan nak datang. Tapi akhirnya dia orang yang macam tak mahu balik.. Hehe..

Budak-budak pula pantang di offer mercun dan bunga api.. Apa lagi??.. Paham-paham je la..

Gembira betul mereka bermain..
(Tak dapat nak ambil gambar.. Tertinggal lak Sony Eric ku tu..)

Part 2:

Malam tadi pula, rakan sekolah suamiku (E-sam) pula berkunjung ke rumah kami. Kalau tak silap, selepas mereka habis sekolah je terus dah tak jumpa. Masa Ramadhan hari tu mereka terjumpa balik di Bazaar Ramadhan Jalan Nibong Tmn Daya.

Esam ni telah berkahwin dengan cina, Nurul Ain namanya. Sepasang anaknya. Yang sulung, Eddy memang tak ada muka Esam. Anak cina la katakan.. Datang-datang je mereka bawakan kami kuih muih. Ini dah memang adat mereka. Kalau tak silap aku kaum cina selalu buat begitu kalau berkunjung ke rumah saudara mara & kawan-kawan. Tahun depan tak yah beli kuih raya banyak-banyak la nampaknya. Jimat-jimat... Hehe..

Lama mereka tak jumpa, banyaklah cerita-cerita yang dikongsikan. Yang wajib dibualkan ialah kartun Naruto la.. Apa lagi.. Ermm tak habis-habis.. Ain pun pening tengok suaminya.. CD lain, yang download lain, komik lain.. Semua jenis ada lah.. Itu baru satu kartun. Belum lagi masuk cerita kartun lain.. Hehehe..
_______________________________________________
Kepada kawan-kawan lain.. Jemputlah datang ke rumah ye.. Esp K.Yan-Kudin, K.Ninie-Ijam, Fadh-Syed2, Kafi n gang, Lina-Latip, NahamPhoto group, Julia..

3 comments:

  1. Tq sbb ingat gak team NahamPhoto...insya Allah kami dtg...

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya....best dapat buah tangan dari tetamu yek

    ReplyDelete
  3. tu la.. sekali sekala dapat.. tu yg rasa mcm best.. hehe..

    ReplyDelete