Tuesday, July 7, 2009

Kisah Si Kura-kura

Malam semalam rumahku dikunjungi pula oleh seekor kura-kura.. Siap masuk dalam pagar rumah lagi. Dari mana pulak la kura-kura ni datang?.. Agaknya kura-kura tu dah berjumpa dengan tempat atau habitatnya yang sesuai kot.. Maklum la, tanaman2 di tanah yang sekangkang kera rumahku itu subur2 belaka. Aku pun alih la ke tepi tembok rumah sebab aku nak kuarkan kereta. Aku pun kunci sliding door & grill. Belum sempat aku masuk dalam kereta, kura-kura tu dah sampai ke pagar balik.. Aik! Cepat betul.. Ni dah macam cerita Arnab dan Kura-kura yang semestinya menjadi bahan bacaan masa kita kanak-kanak dulu yang akhirnya Si Kura-kura yang menang. Sahlah kisah tu memang betul.. Hehe..

Jika nak diulas tentang cerita tu, banyak pengajaran yang boleh diambil. Antaranya jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian, tidak semestinya ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap.

Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya. Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal.

Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita padankan dengan kehidupan manusia sebenarnya. Ada manusia yang kita lihat kadang-kadang mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tak berjaya juga dalam hidup. Kenapa? Ini kerana sikap mereka. Mungkin mereka ada sikap buruk seperti arnab tadi. Mereka tidak konsisten, tiada harga diri, angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.
Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak seorang anak itu tidaklah mempunyai pemikiran yang tinggi. Kecerdikan ataupun IQ yang juga tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai disiplin diri dan sikapnya betul seperti menepati waktu, mempunyai matlamat, berjiwa besar dan sebagainya, maka dialah yang akan berjaya. Sekalipun anak itu tiada bakat atau kepandaian, tetapi dia tampil lebih berjaya daripada anak yang lain yang mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan diri, tidak komited dalam melakukan dan sebagainya. Kita boleh belajar dari kisah arnab dan kura-kura ini.

Banyak lagi pengajaran yang tersirat dalam kisah tersebut. Sila lawati amiroel.blogspot.com.

4 comments:

  1. anor, kumpul aje byk2 ape animal yg dtg, pastu akk takyah g zoo, g rmh anor aje, ahaks... jgn mare, gurau aje..

    kot2 umah anor tu ade penariks tak..

    ReplyDelete
  2. tu la.. ingat kene wat zoo jg la.. hrp2 lps ni jgn la haiwan2 yg bahaya dtg plak.. ish takut

    fyi kura2 dh letak kt kolam opis jp tu.. lege..

    ReplyDelete
  3. setuju ngan pendapat tu.banyak betulnyer.
    ida pon ada bela kura2

    ReplyDelete
  4. kalau tau ada bela kura2, anor kasi ida je..

    ReplyDelete