Tuesday, February 9, 2010

cabutan bertuah yang jadi kurang bertuah...

Baru-baru ni, tempat kerja Pahmi mengadakan sesi cabutan bertuah sempena Tahun Baru Cina. Alhamdulillah dah 3 tahun berturut-turut dapat. Tahun lepas dapat DVD player Phillips, tahun sebelumnya apa ek.. Lupa pulak. Ke tak dapat.. Hehe.. Seingat aku dua ke tiga tahun lalu dapat lampu study. Oklah tu.

Tahun ni plak.. Bila dicabut jer, cabutan tu merujuk kepada TV LCD Samsung 32". Wahh.. syoknya. Tapi malangnya cabutan tu ditarik balik. Isk isk.. Mereka suruh cabut semula hari berikutnya.. Pergh.. Baik punya ayat. Geramnye.. Menyirap betul.. Ni mesti ada orang yang dah 'aim' TV tu. Mmmm.. dah takde rezeki gaknya. Bila dicabut semula, dapatlah 'food steamer'. Tak tahulah apa brand. Pahmi Lom bawa balik lagi. Ok jugaklah kan.. Dapat barang yang kita takde. Setakat TV LCD tu aku pun dah ada. Kang jadi kedai TV plak rumah aku. Yang sedia ada pun dah dua unit.

Macammana pun bersyukur sebab dapat. Daripada tak dapat langsung. Nampak gayanya, aku kenalah belajar banyak lagi jenis masakan terutama yang melibatkan 'food steamer' tu. Hehe..

Ayat nak sedapkan hati : TV tu mesti jangka hayatnya tak panjang.. mesti cepat rosak.. padan muka sapa yang dapat.

5 comments:

  1. Lebih baik dapat daripada tak anor....tai konpius jugak...apsal bleh cabut semula??

    ReplyDelete
  2. mahukan tv pun ada wujud konspirasi agaknya

    ReplyDelete
  3. biasa la.. company en.cha.. guna kuasa veto la.. nak buat lagu mana.. kalo kecoh2 kang thn dpn x dpt plak.. hehe..

    ReplyDelete
  4. jabatan tmpt keje akak ni klu wat cabutan bertuah (esp family day), sume yg dtg mesti dpt, cuma tak tahu dpt ape la.. tu untung org yg dtg.. :)

    kdg2 tu, cabut aje kat situ, tp hadiah claim kat opis, kui3x.. alasan >> sbb nk bawak brg byk2 payah..

    ReplyDelete
  5. mengelatnya...ada lak kena cabut semula. kalau dapat tv lcd, rumah anor blh jadi kedai tv, pastu blh la bzns tv dgn kawan2. hehe

    ReplyDelete