Entri kali ni ekoran daripada entri k.ninie yang lepas bertajuk "byk yg saya tak faham.." . Lepas baca entri k.ninie tu, aku mengalami kemalangan dua hari lepas. Pada masa tu aku dilanggar dan melanggar pekerja Bangla yang berlari dari arah kiri menuju ke bas tanpa melihat kenderaan yang lalu lalang. Kejadian berlaku masa aku nak ambik Pahmi balik keje jam 7.00pm. Tu la rutin aku tiap hari.. Pahmi pula berada tak sampai 100 meter dari tempat kejadian. Nasib baik tak mampos!! Sori la agak kasar.. Kalau aku berlembut selalu aje ada orang yang suka ambik kesempatan. So, lepas kejadian tu aku lebih kasar dan terpaksa la me'laser' balik orang yang buat aku marah dan suka menyusahkan hidup orang. Yang aku tak faham tu:
1). Kenapa la berlari limpas jalan masa kereta dah hampir sangat. Memang tak boleh nak elaklah. Jadi.. salah siapa??? Tolonglah jangan bajet kenderaan yang kita nampak tu jauh lagi atau perlahan kalau memang tak pasti.
2). Bila dah tergolek tu.. Bole pulak semua orang kat situ berkerumun kat mat bangla tu. Pergilah angkat ke tepi jalan. Buat sesak jalan yang dah memang sesak aje..
3).Usia dah tua dan bukannya budak-budak tapi masih berperangai macam budak-budak. Budak sekolah pun reti nak beratur bila nak naik bas. Bukannya bas tu akan tinggalkan dia. Dah lama keje pun tak tau cara nak naik bas ke?.. Ni dialog Pahmi masa dalam kereta anto mat bangla tu ke klinik berdekatan.
4). Ada pulak MAKCIK yang sound aku kata kenapa bawak laju kat jalan tu... HEY MAKCIK! Kalau tak tau cerita cuba jangan memandai & me'laser' orang. Buat menyemak tempat kejadian aje. Bole jalan la!
5). Dalam kekalutan tu, aku nampak ada orang ambik no plat kereta lagi.. Apa lagi tujuannya.. Faham-faham jelah..
6). Kat jalan tu dah selalu berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian pun dah ramai.. Tapi masih lagi buat kesilapan yang sama. Langsung tak ambik peduli dan peringatan untuk diri sendiri. Pada hal sebelum kejadian tu, baru jer minah Indon kene langgar dengan motor. Sama la sebabnya. Limpas sesuka hati.
Geram aku masih ada lagi sampai hari ni.. Sampai aku berkata dalam hati, bawak laju ke perlahan ke sama je.. Tapi make sure hati-hati la waktu memandu tu.. Janganlah sibuk memandu, sibuk plak dengan handphone la, berangan...
Ni sebenarnya peringatan untuk kita supaya lebih berhati-hati. Dah berhati-hati pun kene lebih lagi berhati-hati. Biar betul-betul pasti barulah bertindak.. Haiiyyaaa.. my ESQ is down right now..
makcik tu mmg nak kena cili mulutnya...hehe
ReplyDeleteishh nsib tak ape2.. ni msti lalu jlan tebrau yg mmg berderet2 mat bangla tu.. ngeri dgn betapa ramainya umat bangla kat area situ.. nampak ijauuu aje, dah mcm pokok..
ReplyDeletemat bangla tu main ram rempos kot, smapi jalan pun jadik tmpt mainan.. ape daa drg nih..
abaikan aje makcik tu.. dia tak pnh bawak kete, sngla ckp mcm tu.. cuba kena kat dia, haaa terkebil2..
take care!
Bersabar...Semua yg berlaku sudah ditentukan...Dugaan bagi isnan yang disayangi olehNya..
ReplyDeletekaff: kalau jumpa makcik tu bukan setakat kene cili mulutnya.. dengan kete2 dia sekali kene cili.. hehe
ReplyDeletek.ninie: nak ikut jalan lain pun x de.. mcm mana pun tpaksa gak lalu.. hrp2 pahmi dpt keje tempat lain.. mudah2an, ameen..
a.bogus: bila dh lepas kejadian ni terfikir gak mungkin Dia nak tunjukkan/ingatkan kita untuk sesuatu.. Kita pun x tau.. Mudah2an petunjuk untuk kebaikan..
sy nak tumpang sekali rasa geram. rasa nak bagi pelempang pada bangla yg dah menyusahkan org. gitu la gamaknya kan. bl kt tak salah, org lain yg buat onar...akibatnya kt dipersalahkan.
ReplyDeletenamun bersabar la ea anor. ada hikmahnya atas apa yg berlaku.
tq cik pah.. yg penting semua selamat. anak anor pun tak terjaga masa kejadian.. bangla tu pun cuma luka2 sbb jatuh kat jalan.. hrp2 dia x buat lagi kalau nak idup lama..
ReplyDeleteikut rasa geram pulak masa baca n3 ni. Tu ler kadang tu kita dah berhati2 org lain tu x tau nak berhati2 pastu menyusahkan org lain...Nasib baik x der lah teruk mana...kalau x lagi ler menyusahkan org ..
ReplyDeletetul la ida.. nasib baik x mati.. jadik kes la plak.. dah tambah keje plak..
ReplyDeletetq so much kwn2..