Lama tak berusik blog ni. Tetiba je muncul dengan entri nak berhijrah. Tinggal seminggu lagi aku akan ke ibupejabat. Aku belum rasa sedih lagi. Mungkin aku mempunyai rasa akan kembali semula ke Cetak ni lagi.. Tapi hijrah kali ni bukan sebab aku tidak trampil atau mempunyai masalah. Tugasku selepas ini memperbetulkan dan memperbaharui web KPYPJ yang sekian lama terkubur dan juga sistem-sistem sedia ada yang aku rasa macam menyusahkan je. Walhal sistem ni sepatutnya memudahkan kerja dan meminimakan tugas. Bersedialah wahai technicians semua.. Hehe.. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar.
Itu hijrah aku. Hadif juga akan berhijrah minggu depan. Dia akan dijaga di nurseri pula. Memang niat aku nak dia belajar berkawan. Sabtu lepas aku berkesempatan menyinggah ke nurseri di taman aku tu. Bolehlah.. itulah pilihan terbaik setakat ni. Nanti bila Hadif dah bole berkawan, aku akan hantar ke tempat yang lebih baik. Nampaknya Hadif suka dengan budak-budak di situ. Harap dia dapat membiasakan diri dengan cepat dan yang paling penting tak mudah berjangkit penyakit dengan budak-budak lain.
10 Oktober 2010 pula Insya Allah Hadif akan menjadi Abang Long. Harap hadif akan bertambah gembira sebab dah dapat adik merangkap kawan la tu. Tolong ibu jaga adik Deep.. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar sepertimana Hadif dulu.
Lepas ni mungkin tugas harianku makin sibuk. Bila lagi agaknye blog ni akan berusik.. Harap ada masa yang boleh diselitkan untuk menulis entri seperti hari ini.
CONGRATS on pregnant news.. :)
ReplyDeletegud luck atas penghijrahan anor & hadif..
tak apa.sambil menyelam minum air.tapi jangan sampai lemas udah le...
ReplyDeletenak ucap apa ek...tahniah sesuai ker? annor suka or sebaliknya utk ke hq? apa2 pn...tahniah...krn bl ditanya, bertugas kat mana? jawapan: kat hq or ibupejabat....gempak bunyi ayat tu. hehe.
ReplyDeleteapapn...moga segera dapat menyesuaikan diri di tempat 'baru'. pasti ada yg bersedih dgn pemergian annor dari cetak nanti...
k.ninie: tq so much kak..
ReplyDeletea.bogus: x tau le lemas ke x..hehe
k.anee: x tau la kak suasananye camne.. yg pasti anor nk fokus keje je. yang sedih tu bkn sbb anor pergi. hehe.. tp beban keje anor yg dia kene tgg nanti.. mudah2an ada jln penyelesaian utk dia nanti..