Thursday, December 31, 2009

Manalah Che Mot pegi ni???

Dah masuk 3 hari kucingku Che Mot hilang sejak peristiwa dinihari kereta jiranku yang nyaris-nyaris dicuri. Pada hari tu memang aku & Pahmi bercuti untuk membuat K/P baru dan membuka akaun Public Bank. Kisahnya pagi-pagi seawal 6.30 pagi aku nampak ada kereta berhenti di belakang rumahku. Peliklah juga.. Apalah yang dia orang buat pagi-pagi buta kat belakang rumah orang. Ingat nak ambik sofa buruk sebelah rumah aku tu. Rupa-rupanya sekumpulan penyamun kereta nak mencuri kereta rumah jiran Cinaku. Jiranku tu memang banyak kereta yang diletak di luar rumah (rumah end lot la katakan.. senang nak parking sana sini..). Aku rasa orang tu memang dah aim lama la.. Dia orang rampas kunci kereta Cina tu masa dia nak start enjin kete.. Apa lagi.. menjerit la Cina tu.. Tapi dia tak mintak tolong.. Jerit macam orang bergaduh.. Kita orang jiran-jiran ni semua kuar tengoklah. semua ingat dia gaduh.. (Lain kali kene jerit mintak tolong.. tak kira la bahasa apa..). Kecut perut gak..sebab aku nampak orang tu masuk kete warna oren sebelum dan selepas Cina tu jerit. Rupanya jiran aku kata ada 3 kete kuar dari lorong-lorong di rumah jiran tu.

Agaknya masa dia jerit tu la kucing-kucing aku bertempiaran lari. Tak sangka plak aku kucing aku Che Mot tu lari jauh-jauh.. Sebelum jeritan tu memang aku dengar suara dia mengiau nak masuk dalam rumah. Aku niat memang nak masukkan kucing-kucing tu lepas aku siapkan makan dia. Tak sempat..

Dua hari aku sedih & Pahmi tenangkan aku. Dia kata takpelah, yang penting kita dah tunaikan tanggungjawab bela dia dari kecik.. Bila dia kata gitu lagi sedihlah aku..

Lepas balik keje je, aku & Hadif gi cari dia kat rumah-rumah dari blok deretan bawah sampai ke atas. Tak jumpa. Sedih gak.. Asik terngiang-ngiang suara Che Mot.

Alhamdulillah pagi-pagi tadi masa aku sibuk membilas baju Hadif, Che Mot balik.. Gembiranya aku.. Aku rasa bukan sebab jeritan Cina tu la.. Tapi sebab kene kejar dengan kucing jantan kat kawasan situ. Kucing-kucing jantan kat taman aku ni tengah miang semuanya.. Che Mot tu jantan la.. apasal lak nak &%&*)# dia. Iskkkk...

Walaupun Che Mot tu hanya kucing datang, tapi aku sayang kat dia. Dia selalu ada kat rumah & jaga rumah. Jaga dari dia kecik tu.. Tu yang sedih bila dia tak ada..

Apapun kami sekeluarga memang sayang kat kucing-kucing. Masa Hadif dalam perut lagi kucing dah tolong jaga dia.. Si Emo la tu sapa lagi.. Masa gi ambik Pahmi balik keje Emo pun ikut gak.. Tido kat perut aku yang semakin membesar kian bulan.. Apa taknya sejuk kene aircond. Lama-lama tak muat dah.. Dia dah kene tido kat kerusi kete.. Hehe..

Seekor lagi Si Ning (pernah cakau Kaff ni).. Sorry ye Kaff.. Si Ning jadi manja kat orang lepas adik dia Si Itam kene makan anjing masa baru-baru duduk taman dulu. Sian Si Itam.. Nyawanya tak panjang.

Itulah serba sedikit kisah kucing-kucingku.

Nota : Che Mot = Comot | Emo = Nemo | Si Ning = Kuning

Monday, December 21, 2009

Salam Hijrah Bersama Hadif

Tiga hari bercuti sempena Maal Hijrah 1431H ni pelbagai aktiviti yang dibuat di rumah termasuk buat keje opis.. Banyak betul keje opis yang tergendala gara-gara pc opis yang dah rosak papan induknye (motherboard la tu). Terpaksa guna laptop Mr Pahmi ni.. Macam-macam benda ada dalam ni.. Yang berat tu bukannya apa, fail-fail grafik dan gambar-gambar yang bersaiz besar.

Macam mana pun macam biasalah, kalau aku ada di rumah pasti Hadif tak senang duduk. Memang tak ingat nak tido. Main je keje nye. Hajat di hati nak buat keje masa dia tido.. Tapi sekejap je dia tido. Buat hilang penat bermain.. Terpaksalah aku bangun tengah-tengah malam untuk siapkan keje-keje yang melambak tu. Nasib baik tak gabak mata aku ni.. Apa pun aku gembira sebenarnya.. lihat Hadif dah pandai macam-macam. Yang tak diajar pun dah pandai. Termasuk nak makan sekali dengan kucing-kucing aku tu. Tu yang geram tu. Berjalan pun dah 5-6 langkah. Dalam seminggu dua ni pandai la jalan tu.. (Kena simpan la hiasan dekorasi aku tu dalam gobok buat sementara waktu).

Hari Ahad pulak, kami berkesempatan dalam beberapa minit je jalan-lalan kat Hutan Bandar JB ni. Gerak dari rumah pun dah jam 6 petang. Sekejap jelah kat situ. Tapi nampaknya Hadif gembira sangat. Mana taknya.. asik dok rumah je. Bosan la.. Kita yang tua ni pun bosan dok rumah lama-lama.


Apa yang hepi tu Deep??


Aik! abah pun buat tangan macam Hadif..


Eee... suka jolok mulut orang..


Gambo dengan ibu plak..


Pandang apa tu Deep?..
Tengah pikir ni.. apa lagi nak buat malam ni ye???


Haaa.. jangan usik laptop ibu tu..

adio amigos!

Monday, December 14, 2009

Lunch @ KKJB

Selasa lepas, aku & Kaff akhirnya berjaya menghadirkan diri ke kelas masakan anak-anak didik Shah (sijil Penyediaan Makanan - tahap 2). Dia orang selalu jemput tapi ada saja kerja-kerja yang menghalang kami untuk menjamu selera. Tema/konsep minggu lepas masakan melayu dihidang secara gerai gitu. Antara hidangan yang disediakan nasi ayam, popia basah, roti jala, bubur pulut hitam, cendol, abc 'baik punya', rojak buah dan air-air buah. Bayar cuma RM 5 jek.. tp makan macam kat hotel.. sampai buncit perutku ini. Sempat lak menapau popia basah. Segan lak kat Chef Shah..

 
Gerai ABC Baik Punya..Nyorok plak tukang buat ABC nih..


Gerai roti Jala & Bubur Pulut Hitam


Hah.. ada pun tukang buat ABC ni..


Ni dia chefnye (tengah2 tu), awek cun sblh kiri tu pun cikgu masak gak ..


Nasi ayam..


Ni cara nak buat popia basah..


Malu2 plak adik tukang buat popia nih..


Bahan2 ABC Baik Punya


Senyum2.. Baik2 dik oii..


Order2.. jgn tak order..


Nanti kalau buat jamuan bole la susun cam nih..

Next time bole datang lagi nih.. TQ very much Shah & Has.. and the students also..

Tuesday, December 8, 2009

ONE...

Hadif dah pun setahun pada 5 Disember lalu. Teringat saat melahirkan dia setahun yang lalu.. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Pada hari ulangtahun kelahiran Hadif aku tak buat apa-apa majlis pun.. Kebetulan memang banyak sangat kerja & jadual harian yang sangat padat. Bagaimanapun terima kasih la kepada yang mengingatinya dan beri hadiah terutamanya kawan Pahmi, Lee. Ibu & abah dia pun tak belikan lagi hadiah untuk Hadif. Tunggu bonus ye Deep.. Hehe.. Ada hadiah yang ibu dah aim lama nih.. Apa pun diharapkan dan aku berdoa agar Hadif jadi anak yang soleh, selalu sihat, sentiasa cepat belajar perkara-perkara baru, boleh berdikari, bijak dan macam-macam la. Kalau diikutkan banyak lagi harapan ibu dan abahnya. Doa pun kena ikut perkembangan semasa Hadif.. Gambar terkini Hadif dengan giginya yang nan sebatang..


Selamat Hari Lahir Hadif! Sayang bucuk-bucuk ibu.

Friday, November 20, 2009

kelas muffin & deco..

Bertempat di dapur Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru, seramai 15 orang staf KPYPJ telah mengkuti kelas membuat muffin yang telah ditunjuk ajar oleh Pn. Shasha yang kiut itu (tak termasuk aku) pada tengahri tadi. Aku tukang sebok2 amik gambo jek. Antara gambo-gambo yang dapat aku ambil:




Cikgu Shasha tengah beri penerangan


 Ni bahan-bahannye ye puan-puan..


Syikin (ITP) pantas menulis catatan: tak mahu satu step pun tertinggal. kang x jadi..


Ini dia chef Fazlin & Mama the vogue



Antara hasil-hasil muffin yang telah didekorasikan


 Aik.. apai pun ada.. sesat ke ni??


Baik-baik apai.. kang terpeleot.. caya la!

Jangan lupa mencubanya di rumah ye kawan-kawan!

Wednesday, November 11, 2009

Counting for the 1..

Pejam celik telah hampir setahun aku bergelar ibu. 5 Disember ni genaplah setahun.. Rasa macam baru semalam habis sekolah. Masih lagi rasa macam muda lagi. Macam tak percaya pun ada. Apa pun masa telah berlalu..
Semakin hari banyak perkara yang Hadif belajar. Perkembangannya juga amat baik.. Terutamanya perkembangan otaknya. Alhamdulillah sepanjang 1 tahun ni Hadif sihat walafiat. Mudah-mudahan sentiasa sihat. Yang teruk cuma masa kene chickenpox.. Tak la teruk menurut K.Aishah sahabat sekolej masa mengajar dulu. Anak dia lagi teruk.. Memang betul pun, bila dia mms gambar anak dia. Sian baby..
Mudah-mudahan Hadif menjadi anak yang soleh, beriman, bijak, sentiasa bersyukur, dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umurnya. Cepat-cepat berdikari ye deep.. Nanti bole tolong ibu jaga adik tau..
Sedikit gambar-gambar kenangan album "to be 1.." (in the making..):-
7 Dis '08
31 dis '08
28 Jan '09
28 Feb'09
2 Mac '09
11 Apr '09
29 Jun '09 (masa kene chicken pox)
6 Ogos '09
30 Ogos '09 (Yeh.. Birthday Abah!)
7 Nov '09 (masa sukaneka HQ Club KPYPJ)

Cukup la ni.. Muak lak nanti tengok gambo2 adeep yang banyak ni.. Sayang adeep selalu!

Wednesday, October 28, 2009

apa2 ntah..

lama tak update blog ni.. tak ada citer menarik pulak. sambil-sambil buat keje ni, tukar sikit la rupa blog yang dah agak tak bermaya ni.. bole la ni ekk.. nanti ada masa lagi banyak bole tukar lagik.. macam dah takde keje plak. jangan mare ye kawan-kawan terutama mr. kaff.. bagi la apa-apa job design.. jawi untuk kemas tu pun dah nak settle.. report semuanya dah nak siap..

Wednesday, October 21, 2009

Berakhir Syawal..Terima kasih kepada yang sudi datang!

Image: Credit to Kaff

Alhamdulillah.. Musim Aidilfitri sudah pun berakhir. Kini Aidiladha pula dinanti. Bagaimanapun Syawal lalu rasa seronok juga la. Aku menutup sesi raya tahun ini dengan menjamukan tetamuku Lee, A.Azhar dan keluarga dengan mi wantan (buat pertama kalinya aku memasak untuk tetamu.. Aku mana la pandai masak). Terima kasih buat Kafi yang sudi berbuka puasa kat rumah Anor, Chef Mizan yang sudi menunjuk ajar cara mencelur mi wantan tu.. Terima kasih yang amat sangat.. Buat Fadh yang bagi resepinya (chef ni bz la.. bagi separuh resepi je..). Terima kasih juga buat K.Halijah yang sudi meminjamkan set mangkuk-mangkuk tu. Ni Anor dah kene beli ni.. Best la K.Ija punya set ni.

Image: Credit to Kaff

Ada 3 resepi mi wantan ni yang aku ambil daripada sumber internet. Amat berguna.. Nasib baik menjadi.. Cuma pedas skit la.. Macam mana pun aku puas hati juga la bila melihat mereka berselera makan. Lee kata tak pernah seumur hidup dia pergi beraya rumah orang Melayu dijamukan mi wantan.. Hehe.. Ni semua idea Fadh tahun lepas.. Aku pun memang suka buat kelainan. Bila kene puji.. alahai.. kembang setaman la aku..

Antara gambar-gambar masa raya tahun ni:

Lee yang suka betul bergambar dengan Hadif. Ni kat rumah A.Azhar (kawan Pahmi)

Hadif di rumah jiran belakang rumah (jp perdana)

Jajan untuk anak-anak kecil selain angpow dari aku sekeluarga

Berjumpa lagi kita di tahun hadapan insya allah. Mudah-mudahan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Monday, October 12, 2009

Dinner@Tasek Merdeka..

Sabtu lepas bertempat di Tasek Merdeka aku dan suamiku Pahmi bersama-sama keluarga rakan-rakan sekerjanya telah mengadakan majlis makan-makan sempena hari raya. Kira bos belanja anak-anak buahnya la ni.. Selalunya dia orang belanja bos tak kira apa perayaan.. Semua raya dia orang belasah. Best gak.. Hadif pula kami terpaksa tinggalkan di rumah bapa & mak saudaranya di belakang rumah kami. Kang tak dapat makan lak kita orang.

Seronok juga sebab dapat jumpa & kenal famili kawan-kawan suami. Macam-macam kerenah.. Terutama mat-mat warga asing.. Makanannya pula ok la.. Yang bestnya cuma nasi arab je la.. Yang lain biasa-biasa saja. Juadah hari raya..
Jom tengok!

Sape nak bagi ucapan ni.. Lapo dah..

Nasi Arab..

Jemput makan..
Kiri: Kak Mina (Indonesia) & Lee (T-shirt Hijau)

Dia orang ni makan sikit.. Bergambo yang lebih.. Rugi-rugi..

Kita orang pun sempat bergambo gak.. Macam tengah honeymoon lak..

Ni je tinggal..

Sebelum balik ambil gambar lagi.. macam pro jek..

Semua bos & leaders

Harap tahun depan buat lagi yek.. Kat tempat lain pulak.. Asik kat Tasek Merdeka jek..