Tuesday, December 8, 2009

ONE...

Hadif dah pun setahun pada 5 Disember lalu. Teringat saat melahirkan dia setahun yang lalu.. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Pada hari ulangtahun kelahiran Hadif aku tak buat apa-apa majlis pun.. Kebetulan memang banyak sangat kerja & jadual harian yang sangat padat. Bagaimanapun terima kasih la kepada yang mengingatinya dan beri hadiah terutamanya kawan Pahmi, Lee. Ibu & abah dia pun tak belikan lagi hadiah untuk Hadif. Tunggu bonus ye Deep.. Hehe.. Ada hadiah yang ibu dah aim lama nih.. Apa pun diharapkan dan aku berdoa agar Hadif jadi anak yang soleh, selalu sihat, sentiasa cepat belajar perkara-perkara baru, boleh berdikari, bijak dan macam-macam la. Kalau diikutkan banyak lagi harapan ibu dan abahnya. Doa pun kena ikut perkembangan semasa Hadif.. Gambar terkini Hadif dengan giginya yang nan sebatang..


Selamat Hari Lahir Hadif! Sayang bucuk-bucuk ibu.

No comments:

Post a Comment