Thursday, December 31, 2009

Manalah Che Mot pegi ni???

Dah masuk 3 hari kucingku Che Mot hilang sejak peristiwa dinihari kereta jiranku yang nyaris-nyaris dicuri. Pada hari tu memang aku & Pahmi bercuti untuk membuat K/P baru dan membuka akaun Public Bank. Kisahnya pagi-pagi seawal 6.30 pagi aku nampak ada kereta berhenti di belakang rumahku. Peliklah juga.. Apalah yang dia orang buat pagi-pagi buta kat belakang rumah orang. Ingat nak ambik sofa buruk sebelah rumah aku tu. Rupa-rupanya sekumpulan penyamun kereta nak mencuri kereta rumah jiran Cinaku. Jiranku tu memang banyak kereta yang diletak di luar rumah (rumah end lot la katakan.. senang nak parking sana sini..). Aku rasa orang tu memang dah aim lama la.. Dia orang rampas kunci kereta Cina tu masa dia nak start enjin kete.. Apa lagi.. menjerit la Cina tu.. Tapi dia tak mintak tolong.. Jerit macam orang bergaduh.. Kita orang jiran-jiran ni semua kuar tengoklah. semua ingat dia gaduh.. (Lain kali kene jerit mintak tolong.. tak kira la bahasa apa..). Kecut perut gak..sebab aku nampak orang tu masuk kete warna oren sebelum dan selepas Cina tu jerit. Rupanya jiran aku kata ada 3 kete kuar dari lorong-lorong di rumah jiran tu.

Agaknya masa dia jerit tu la kucing-kucing aku bertempiaran lari. Tak sangka plak aku kucing aku Che Mot tu lari jauh-jauh.. Sebelum jeritan tu memang aku dengar suara dia mengiau nak masuk dalam rumah. Aku niat memang nak masukkan kucing-kucing tu lepas aku siapkan makan dia. Tak sempat..

Dua hari aku sedih & Pahmi tenangkan aku. Dia kata takpelah, yang penting kita dah tunaikan tanggungjawab bela dia dari kecik.. Bila dia kata gitu lagi sedihlah aku..

Lepas balik keje je, aku & Hadif gi cari dia kat rumah-rumah dari blok deretan bawah sampai ke atas. Tak jumpa. Sedih gak.. Asik terngiang-ngiang suara Che Mot.

Alhamdulillah pagi-pagi tadi masa aku sibuk membilas baju Hadif, Che Mot balik.. Gembiranya aku.. Aku rasa bukan sebab jeritan Cina tu la.. Tapi sebab kene kejar dengan kucing jantan kat kawasan situ. Kucing-kucing jantan kat taman aku ni tengah miang semuanya.. Che Mot tu jantan la.. apasal lak nak &%&*)# dia. Iskkkk...

Walaupun Che Mot tu hanya kucing datang, tapi aku sayang kat dia. Dia selalu ada kat rumah & jaga rumah. Jaga dari dia kecik tu.. Tu yang sedih bila dia tak ada..

Apapun kami sekeluarga memang sayang kat kucing-kucing. Masa Hadif dalam perut lagi kucing dah tolong jaga dia.. Si Emo la tu sapa lagi.. Masa gi ambik Pahmi balik keje Emo pun ikut gak.. Tido kat perut aku yang semakin membesar kian bulan.. Apa taknya sejuk kene aircond. Lama-lama tak muat dah.. Dia dah kene tido kat kerusi kete.. Hehe..

Seekor lagi Si Ning (pernah cakau Kaff ni).. Sorry ye Kaff.. Si Ning jadi manja kat orang lepas adik dia Si Itam kene makan anjing masa baru-baru duduk taman dulu. Sian Si Itam.. Nyawanya tak panjang.

Itulah serba sedikit kisah kucing-kucingku.

Nota : Che Mot = Comot | Emo = Nemo | Si Ning = Kuning

6 comments:

  1. bole dah komen k.ninie.. tersalah setting lak..

    ReplyDelete
  2. ala..siannye kak...x pe...nanti rin suply kucing yg sll ada kat restoran2...siannye diorg x de tmpat tinggal...

    ReplyDelete
  3. patutla takleh nak komen je sebelum ni...

    ReplyDelete
  4. rin: wat masa ni x offer lagi bela kucing2 terbiar.. nanti dah beli rumah bertanah besar skit bole la bela.. dh memang ada niat pun.. tq rin..

    kaff: ari tu nak tukar set komen tu letak kt bwh post.. apa ntah setting tu.. x betul..mengong tul la.. so set back to default setting la gamaknya

    ReplyDelete
  5. 2K aka a.bogus & k.tini: mudah2an.. dimurahkan rezeki..

    ReplyDelete