Tiga hari bercuti sempena Maal Hijrah 1431H ni pelbagai aktiviti yang dibuat di rumah termasuk buat keje opis.. Banyak betul keje opis yang tergendala gara-gara pc opis yang dah rosak papan induknye (motherboard la tu). Terpaksa guna laptop Mr Pahmi ni.. Macam-macam benda ada dalam ni.. Yang berat tu bukannya apa, fail-fail grafik dan gambar-gambar yang bersaiz besar.
Macam mana pun macam biasalah, kalau aku ada di rumah pasti Hadif tak senang duduk. Memang tak ingat nak tido. Main je keje nye. Hajat di hati nak buat keje masa dia tido.. Tapi sekejap je dia tido. Buat hilang penat bermain.. Terpaksalah aku bangun tengah-tengah malam untuk siapkan keje-keje yang melambak tu. Nasib baik tak gabak mata aku ni.. Apa pun aku gembira sebenarnya.. lihat Hadif dah pandai macam-macam. Yang tak diajar pun dah pandai. Termasuk nak makan sekali dengan kucing-kucing aku tu. Tu yang geram tu. Berjalan pun dah 5-6 langkah. Dalam seminggu dua ni pandai la jalan tu.. (Kena simpan la hiasan dekorasi aku tu dalam gobok buat sementara waktu).
Hari Ahad pulak, kami berkesempatan dalam beberapa minit je jalan-lalan kat Hutan Bandar JB ni. Gerak dari rumah pun dah jam 6 petang. Sekejap jelah kat situ. Tapi nampaknya Hadif gembira sangat. Mana taknya.. asik dok rumah je. Bosan la.. Kita yang tua ni pun bosan dok rumah lama-lama.
Apa yang hepi tu Deep??
Aik! abah pun buat tangan macam Hadif..
Eee... suka jolok mulut orang..
Gambo dengan ibu plak..
Pandang apa tu Deep?..
Tengah pikir ni.. apa lagi nak buat malam ni ye???
Haaa.. jangan usik laptop ibu tu..
adio amigos!
No comments:
Post a Comment