Pejam celik telah hampir setahun aku bergelar ibu. 5 Disember ni genaplah setahun.. Rasa macam baru semalam habis sekolah. Masih lagi rasa macam muda lagi. Macam tak percaya pun ada. Apa pun masa telah berlalu..
Semakin hari banyak perkara yang Hadif belajar. Perkembangannya juga amat baik.. Terutamanya perkembangan otaknya. Alhamdulillah sepanjang 1 tahun ni Hadif sihat walafiat. Mudah-mudahan sentiasa sihat. Yang teruk cuma masa kene chickenpox.. Tak la teruk menurut K.Aishah sahabat sekolej masa mengajar dulu. Anak dia lagi teruk.. Memang betul pun, bila dia mms gambar anak dia. Sian baby..
Mudah-mudahan Hadif menjadi anak yang soleh, beriman, bijak, sentiasa bersyukur, dimurahkan rezeki serta dipanjangkan umurnya. Cepat-cepat berdikari ye deep.. Nanti bole tolong ibu jaga adik tau..
Sedikit gambar-gambar kenangan album "to be 1.." (in the making..):-
No comments:
Post a Comment