Friday, June 17, 2011

Cerita Guangzhou Kali Ini

Alhamdulillah aku selamat kembali ke bumi Malaysia setelah berada di Guangzhou China selama 4 hari sejak 12 Jun lepas. Walaupun perancangan barang yang hendak dibeli lari, tetapi aku berpuas hati kerana semua kawan-kawan yang pergi dapat barang masing-masing. Pada trip kali ni juga aku pun akhirnya dapat naik Pearl River Cruise.


Pengalaman kali ini rasanya amat berharga. Macam-macam yang aku belajar. Almaklumlah trip tanpa agen. Semua perkara uruskan sendiri. Terima kasih kepada Ah Fong yang sanggup membantu kami sepanjang di GZ. Kepada Lim juga yang menguruskan barang-barang yang hendak dihantar ke Malaysia.


Betullah kata-kata "Belajarlah sampai Negeri China"... Seronok sangat.. dan banyak yang boleh kita pelajari dari China ini. Gaya hidup, cara kerja dan lain-lain. Sebab itu mereka sangat cepat membangun maju. Terima kasih juga banyak-banyak buat mummy Mardziah Hj Yahya di atas segala ilmu yang dicurahkan.


Kepada Dayat & Zalz, yang menhadapi dugaan di sana harap banyakkan sabar & redha di atas kehilangan handphone Blackberry & set pisau yang dirampas. Anggap Allah nak bagi rezki yang lebih besar selepas ini.


Kepada kawan-kawan di Malaysia harap maaf ye kalau ada yang tak berapa suka/berkenan dengan ole-ole yang diberi. Bajet pun ciput. Kene lebihkan dulu untuk bisnes. Harap dapat memahami. Mudah-mudahan ada rezki lebih di lain kali.


Alhamdulillah trip kali ini memang sangat berbaloi.


Antara gambar buat tatapan anda : (Lagi gambar di dalam Facebook | Norwati Malek.)


Aku & mummy Mardziah Yahya

Mummy & penjual perfume

Jurufoto kami

Suasana pagi sekitar Guangzhou

Naik Pearl River Cruise




Friday, June 10, 2011

Kembali Semula Ke Guangzhou, China



12-15 Jun ni aku akan kembali memborong buat kali ke-2 ke Guangzhou, China. Kali ini aku memborong secara bersendirian dengan geng-geng. Tidak guna agen. Kira sendirian berhad la. Tapi ada kawan di sana yang akan bantu kami. Harap-harap tiada masalah. Sasaran borong kali ini ialah baju-baju pula seperti blouse, jubah, baju kurung dll.

Oleh kerana jadual perjalanan aku yang susun, jadi antara tempat yang wajib kami pergi ialah Pearl River. Aku dan geng akan pergi naik cruise pada waktu malam kerana Pearl River memang terkenal dengan kecantikan lampu-lampu LED yang menghiasi seluruh kawasan tersebut. Cantik sangat. Aku akan paparkan gambar-gambar tu nanti Insya Allah.

Mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkanNya. Harap kawan-kawan dapat memaafkan segala dosa & kesalahanku. Halalkan makan dan minum. Takut apa-apa jadi. Doakan selamat pergi dan balik ye kawan-kawan.

Adios..

Wednesday, June 1, 2011

Siapa Sahabat Kita..

Saje entri kali ni aku tulis tajuk yang macam serius. Bukan apa.. Kadang-kadang ada terfikir begitu. Aku ni pun bukanlah semua orang suka. Yelah.. kita tak sesempurna mana kan.. Siap dah ada fan club 'Anti Anor' lagi. Kelass..

Berbalik cerita sahabat tadi, aku ni memang dah lama tak ada sahabat atau kawan rapatlah. Maksud aku sangat-sangat rapat yang boleh berkongsi apa saja cerita sedih, gembira, suka & duka. Dulu-dulu masa aku sekolah rendah memang aku ada kawan rapat. Tapi orang-orang yang aku rapat tu pasti akan di'rampas'. Maknanya orang-orang ni memang tak boleh tengok aku ni baik dengan sesiapa. Sejak tu aku memang dah tak ada sahabat atau kawan rapat ni. Aku lebih suka berkawan dengan semua orang. Tapi dalam masa yang sama akan memilih mana kawan yang memang boleh dibuat kawan. Buat masa ni klik pompuan aku adalah Zaidah, Erin, Shida, Adeq & Mami. Klik lelakinya Halim, Farhat & Napi (yang dah ke UniKL). Itu jelah yang serasi buat masa ini.

Masa aku di matrikulasi juga kes yang sama berlaku bila aku mula rapat dengan abang senior yang seorang ni (laki aku sekarang la.. hehe). Ada juga yang jeles kat aku ni. Tapi apekan daya. Akulah yang dapat.. Hehe.. Ayat berlagak a.k.a aku ngorat laki aku la senang cerita. Tapi nak malu apa. Kisah benar beb.. Hehe.. Kenangan dulu memanglah segar dalam ingatan ni. Seronok sangat masa tu.. Yelah.. zaman bercinta la katakan. Semuanya maniss belaka. Yang penting matlamat tercapai.

Masa bekerja pula, aku memang ada kawan baik ataupun dengan lebih tepat 'teman tapi mesra'. Seorang dah pun berhijrah ke tempat kerja lain, Fachak namanya. Kami kahwin pun tarikh yang selang seminggu sahaja. Masa bagi kad dulu ada yang ingat kami yang kahwin. Tapi pasangan yang berlainan. Kelakarlah. Kami ni masa dulu-dulu memang macam adik beradik. Jenis tak kisah punya orang.

Sekarang ni pun aku masih ada seorang lagi 'teman tapi mesra', Kaff namanya. Masa aku satu ofis dengan dia dulu kita orang ni memang selalu keluar sama. Masih ada juga orang ingat kita orang ni 'couple'. Tapi tak ada apa pun. Sekarang kami adalah bisnes partner jual shawl/tudung/aksesori muslimah di JUSCO. Mudah-mudahan persahabatan kami terus berkekalan.

Apa yang penting kat sini, kalau berkawan tu biarlah ikhlas. Kalau ada yang busuk hati, depan kata lain belakang kata lain tu buat-buatlah bertaubat. Tuhan tahu segalanya. Merugikan diri sendiri saja. Baik-baik muka lawa tapi jadi hodoh sebab berhati kotor. Renung-renungkan...


Thursday, May 19, 2011

Nak make over semua ni.. Part-1

Masa boring kat rumah minggu lepas, aku sempatlah ambil gambar-gambar di sekitar ruang tamu & ruang makan rumahku. Dok fikir macam mana nak buat ruang-ruang ni nampak lebih class.

Part-1 ni khas untuk ruang tamu & ruang makan. Rasanya aku patut beli satu pembahagi ruang (divider) untuk mengasingkan dua ruang ni. Perlu cari yang moden sedikit. Mungkin kene ke Cavenzi (situ je yang banyak skit design moden dengan kadar harga berpatutan).

Feature wall rasanya kekal (Kes malas nak mengecat)

Bunga ni beli gara-gara nak gayakan English kat dapur. Tak jadi sebab bukan jiwa aku.

Lampu diri kesayangan aku.

Langsir plak memang patut ditukar untuk
raya tahun ini. Nak cari 'night curtain' yang berbunga plak

Walaupun sifoo aku kata jangan letak langsir kat pintu-pintu bilik ni (khas untuk rumah yang tidak besar), tapi aku rasa nak juga letak langsir or srink curtain.

Ruang ni kekal rasanya.

Frame gambo Hadif tu akan ditukar kepada gambar Hadif-Nayli plak dengan saiz yang besar sedikit.

Lima frame ni juga akan ditukar kepada cermin besar.

Rak rotan ni tak tau nak letak mana. Lom ada tempat sesuai.

Ni rak kesayangan aku juga. (Beli kat bundle)

Bila dah tukar nanti, aku akan tunjukkan hasilnya.. Tunggu..


Monday, May 16, 2011

Hadif, Nayli & LEGO








Cuti minggu ini aku hanya menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah. Snap gambo dia orang dan sudut-sudut rumah yang akan di make-over untuk raya nanti.


Dua minggu kebelakangan ini amat memenatkan; dengan macam-macam kerja & tanpa rehat. Sekadar tidur di malam hari untuk merehatkan badan. Kepala otak bagaimanapun masih dalam kepenatan dengan dibebani macam-macam perkara.


Apapun harap segala cabaran & kekusutan akan reda tidak lama lagi.