Wednesday, June 1, 2011

Siapa Sahabat Kita..

Saje entri kali ni aku tulis tajuk yang macam serius. Bukan apa.. Kadang-kadang ada terfikir begitu. Aku ni pun bukanlah semua orang suka. Yelah.. kita tak sesempurna mana kan.. Siap dah ada fan club 'Anti Anor' lagi. Kelass..

Berbalik cerita sahabat tadi, aku ni memang dah lama tak ada sahabat atau kawan rapatlah. Maksud aku sangat-sangat rapat yang boleh berkongsi apa saja cerita sedih, gembira, suka & duka. Dulu-dulu masa aku sekolah rendah memang aku ada kawan rapat. Tapi orang-orang yang aku rapat tu pasti akan di'rampas'. Maknanya orang-orang ni memang tak boleh tengok aku ni baik dengan sesiapa. Sejak tu aku memang dah tak ada sahabat atau kawan rapat ni. Aku lebih suka berkawan dengan semua orang. Tapi dalam masa yang sama akan memilih mana kawan yang memang boleh dibuat kawan. Buat masa ni klik pompuan aku adalah Zaidah, Erin, Shida, Adeq & Mami. Klik lelakinya Halim, Farhat & Napi (yang dah ke UniKL). Itu jelah yang serasi buat masa ini.

Masa aku di matrikulasi juga kes yang sama berlaku bila aku mula rapat dengan abang senior yang seorang ni (laki aku sekarang la.. hehe). Ada juga yang jeles kat aku ni. Tapi apekan daya. Akulah yang dapat.. Hehe.. Ayat berlagak a.k.a aku ngorat laki aku la senang cerita. Tapi nak malu apa. Kisah benar beb.. Hehe.. Kenangan dulu memanglah segar dalam ingatan ni. Seronok sangat masa tu.. Yelah.. zaman bercinta la katakan. Semuanya maniss belaka. Yang penting matlamat tercapai.

Masa bekerja pula, aku memang ada kawan baik ataupun dengan lebih tepat 'teman tapi mesra'. Seorang dah pun berhijrah ke tempat kerja lain, Fachak namanya. Kami kahwin pun tarikh yang selang seminggu sahaja. Masa bagi kad dulu ada yang ingat kami yang kahwin. Tapi pasangan yang berlainan. Kelakarlah. Kami ni masa dulu-dulu memang macam adik beradik. Jenis tak kisah punya orang.

Sekarang ni pun aku masih ada seorang lagi 'teman tapi mesra', Kaff namanya. Masa aku satu ofis dengan dia dulu kita orang ni memang selalu keluar sama. Masih ada juga orang ingat kita orang ni 'couple'. Tapi tak ada apa pun. Sekarang kami adalah bisnes partner jual shawl/tudung/aksesori muslimah di JUSCO. Mudah-mudahan persahabatan kami terus berkekalan.

Apa yang penting kat sini, kalau berkawan tu biarlah ikhlas. Kalau ada yang busuk hati, depan kata lain belakang kata lain tu buat-buatlah bertaubat. Tuhan tahu segalanya. Merugikan diri sendiri saja. Baik-baik muka lawa tapi jadi hodoh sebab berhati kotor. Renung-renungkan...


4 comments:

  1. Sebab tu best giler dapat kerja kat cetak kan. Jauh dari watak2 yang mengecewakan. Walaupun sunyi tapi kerja produktif & dpt contact yang berkualiti :)

    ReplyDelete
  2. tp hari ni anor happy coz corporate dah kuar dr ptd.. smgt buat keje walaupun byknye keje nk buat..

    ReplyDelete
  3. wawawa!!!menci lah orang yg hipokrik dan talam 2 muka kan... depan kite lain, blkang kite lain...

    ReplyDelete
  4. sokongan ngan erin....sekarang nie diorang nie suka tikam dari belakang...depan baik tapi baik ade makna tu ngan kita....huhuhu

    ReplyDelete