12-15 Jun ni aku akan kembali memborong buat kali ke-2 ke Guangzhou, China. Kali ini aku memborong secara bersendirian dengan geng-geng. Tidak guna agen. Kira sendirian berhad la. Tapi ada kawan di sana yang akan bantu kami. Harap-harap tiada masalah. Sasaran borong kali ini ialah baju-baju pula seperti blouse, jubah, baju kurung dll.
Oleh kerana jadual perjalanan aku yang susun, jadi antara tempat yang wajib kami pergi ialah Pearl River. Aku dan geng akan pergi naik cruise pada waktu malam kerana Pearl River memang terkenal dengan kecantikan lampu-lampu LED yang menghiasi seluruh kawasan tersebut. Cantik sangat. Aku akan paparkan gambar-gambar tu nanti Insya Allah.
Mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkanNya. Harap kawan-kawan dapat memaafkan segala dosa & kesalahanku. Halalkan makan dan minum. Takut apa-apa jadi. Doakan selamat pergi dan balik ye kawan-kawan.
Adios..
semoga selamat pergi dan selamat kembali
ReplyDeletecool
ReplyDeleteits a nice place