Thursday, September 29, 2011

Momentum Berterusan

Syawal telah berlalu.. Alhamdulillah segala perancangan telah berjalan dengan baik. Rezeki juga tidak putus-putus sehingga hari ini. Syukur sangat.

Selepas ini, projek seterusnya ialah meninjau-ninjau peluang bisnes di Bandung, Indonesia pula. Tak sabar untuk lihat apa yang ada di sana yang boleh diniagakan di Malaysia ini.

Tahun depan pula, insya alllah jika tiada aral melintang & panjang umur aku akan ke China lagi dan juga ingin bersama-sama keluarga menunaikan umrah. Mudah-mudahan tercapailah hajat.

Apapun, aku kena sentiasa berada dalam kesederhanaan. Rezeki yang tidak seberapa tu sudah pasti akan dikongsikan kepada yang memerlukannya. Mudah-mudahan aku sekeluraga sentiasa mendapat rahmatNya. Ameen. Begitu juga untuk anda semua. Sama-sama kita berusaha menjadikan hari-hari kita adalah yang terbaik. Insya allah kita di dalam golongan orang-orang yang berjaya.

Teruskan usaha anda!

Wednesday, August 17, 2011

Persiapan Aidilfitri

Diam tak diam dah setengah bulan kita berpuasa (aku je yg x cukup.. dh cuti dh..). Bila dah masuk minggu ke 3 puasa ni, pastinya masing-masing dah sibuk dengan persiapan raya. Tahun ni aku tidak dapat menyiapkan persiapan raya sebelum Ramadhan. Perlu lagi perancangan lebih rapi untuk tahun depan.. insya allah jika panjang umur.

Baju-baju raya semua dah selesai. Tinggal baju yang ditempah siap je. (ni tak tahulah kalo terbeli baju-baju yang berkenan nanti). Shopping memanjang je aku ni.. Hikhik..

Tinggal 2 weekend je lagi ni. Dinding rumah aku belum cat lagi. Nak buat 'feature wall' baru. Nampaknya minggu ni la aku kene kerjakan dinding rumah aku tu. Baru ada style.. Cewah!

Tikar pun aku lom gantikan lagi. Ingat nak cari karpet. Lom jumpa yang berkenan. Hari tu gi KL sampai tawaf 10 kali tapi aku tak singgah beli pun.. Hmmm.. Murah tu. Karpet yang sama jenis kalau di JB ni harganya RM300-400 la. Kat KL baru RM200-300 je. Jumpa nanti yang berkenan aku belilah. Kalau tak, tikar lama akan kujadikan baru. Wahh, ada projek baik ni.

Raya, raya.. Orang perempuan ni memang macam-macam nak beli. Bagi duit bape banyak pun boleh habis. Hehe..

Belanja-belanja jugak. Tapi kenelah beringat. Kenelah berjimat jugak. Menyimpan tu wajib. Akan datang tak tau apa akan jadi. Sediakan payung sebelum hujan.

Apapun, aku jemputlah semua kawan-kawan dan saudara mara datang ke rumah. Macam biasa.. rumah terbuka setiap masa. Bukan hari raya pun dijemput datang ke rumah.

Selamat menjalani ibadah puasa & selamat menyambut Hari Raya!

Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan Kali Ini

Alhamdulillah dapat lagi aku menempuh bulan Ramadhan yang dinanti pada tahun ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini semangat untuk beramal & beribadah sangat tinggi. Bagaimanapun aku rasa ia masih lagi berada pada tahap paling rendah. Tetapi bershukur juga bila dapat jumpa semula Ramadhan ni. Mula semula untuk mengingatiNya lebih kerap lagi. Mudah-mudahan ia menjadi momentum untuk peningkatan ibadah & amalan untuk bulan-bulan mendatang. Ameen..

Tahun lepas aku berpuasa bersama suami dan berbuka bersama-sama si Abang Long, Najmi Hadif. Tahun ini pula, aku dapat berbuka dengan 2 orang anak dah. Meriahlah sikit bila dah ada si Adik, Najma Nayli. Tidak lama lagi jika dipanjangkan umur mereka pula sudah boleh berpuasa dan berbuka besama-sama kami. Cepat masa berlalu.

Setakat hari ini, aku masih lagi belum mengunjungi mana-mana bazar Ramadhan pun. Alhamdulillah.. Rasa rajin pula nak masak hari-hari walaupun menunya tidaklah hebat macam di restoran atau hotel. Biasanya aku tidak mempunyai masalah untuk memikirkan apa nak masak kerana kawan-kawan di pejabat dari pagi dah pening dengan memikirkan apa nak masak. Bila petang mereka semua dah membuat keputusan untuk masak apa. Aku cuma ambil sahaja menu mereka (yang mana bahan-bahan masaknya ada di dapurku itu la). Hehe.. Beres..

Tahun ini, bertambah 1 lagi tapak bisnes aku bukak iaitu menjual baju kanak-kanak berjenama di Larkin Sentral (Terminal Bas Larkin). Bagaimanapun rakan kongsi aku yang banyak menguruskannya. Aku hanya tolong sikit-sikit aje. Terima kasih ye sahabat.. Jangan marah tau.
Mudah-mudahan bisnes yang baru diceburi ini dapat berkembang cepat.

Bercerita tentang Larkin Sentral ni, sudah bertahun aku tidak datang ke situ. Dah bertambah cantik rupanya. Banyak dah berubah & lain dah suasananya. Syabaslah untuk pihak yang menguruskan terminal bas ni. Semoga lebih ramai pengunjung ke situ.

Buat kawan-kawan semua, kalau pening nak mencari baju anak-anak untuk raya ini jemputlah datang ke kedai kami (berhadapan dengan Cosway - tingkat 1). Selamat bershopping..


Friday, July 29, 2011

Bacaan Untuk Amalan

Sudah sekian lama aku tidak membeli bahan-bahan bacaan untuk menambah pengetahuan. Semalam aku berkesempatan untuk ke kedai buku yang pasti menjadi kunjunganku apabila ke Plaza Angsana. Pastinya En. Pahmi akan membeli komik. Kalau masa kami bercinta dulu pastinya akan ada satu buku ilmiah sekurang-kurangnya akan dibeli. Buku mungkin berkisar tentang agama, motivasi, bisnes, pelaburan & teknologi.

Semalam aku dapat membeli buku berkaitan kamera DSLR dan En. Pahmi membeli komik dan juga 1 buku yang aku sangat menarik perhatian aku. Buku itu berkisar tentang Ayat Seribu Dinar. Kandungannnya berkisar tentang sejarah mendapat nama 'Ayat Seribu Dinar" & kelebihan amalannya (tak habis baca lagi ni..). Terdapat juga doa-doa lain untuk murah rezki.

Buku-buku agama di rumah tu pun aku dah letakkan di rak kitab-kitab dalam bilik solat kami. Mudahlah untuk dibaca nanti selepas habis solat.

Cuma ada 1 lagi buku yang aku cari iaitu buku berkenaan amalan untuk Umrah nanti. Masih belum jumpa buku yang betul-betul menarik aku untuk membacanya. Pastinya 1 buku dari sahabat merangkap rakan kongsiku akan ku pinjam nanti. Tak sabar untuk ke sana bersama keluarga tahun depan Insya Allah.

Mudah-mudahan aku lebih kuat untuk beribadah & mendekatkan diri denganNya.





Friday, July 15, 2011

Tak Beli Rugi, Beli Pun Rugi

Ni gara-gara kes tertengok MPV kat S'MART JB 3 hari lepas. Hampeh betul cina jual kereta ni. Baek punya ayat.. Nasiblah kuat iman lagi. MPV yang dimaksudkan ialah Chery Easter. Ala.. kereta buatan China tu. Kereta ni pada dasarnya memanglah berbaloi kalau dibeli. Apa taknya.. Harga baru RM80K. Tetapi dengan speks yang semacam kereta RM100K, ia sangatlah murah. Kualiti tak payah ceritalah. Setanding kereta-kereta import yang lain seperti keluaran Toyota & Honda yang biasanya orang-orang di Malaysia suka. Mentaliti kita terhadap barang China tak bagus memang harus disangkal.

Kalau ikut pengalaman aku yang dah ke China, aku boleh melabelkan China ni kuasa besar dalam ekonomi dunia & pakar dalam bab tiru meniru. Kualiti yang biasa orang kita labelkan 'barang murah' tu memang ada. Tapi kena ingat juga terdapat banyak barang berkualiti tinggi yang memang dibuat di sana. Senang cerita kualiti 0 hingga 100% original la.

Balik semula kepada cerita Chery tu, spesifikasi yang buat aku dan suami terpikat tu ialah ia mempunyai sunroof, 2000cc, gear auto & manual, auto cruise, airbag, mode gear reverse yang boleh mengukur jarak belakang kereta dengan objek terdekat, luas walaupun mempunyai 7 tempat duduk, aircond di setiap baris tempat duduk dan yang memang cina ni buat kami hampir terbeli ialah dia bagi kami full aksesori termasuk lcd screen, tinted, petrol & full loan lagi.. Ishh.. memang mampu nak belilah.

Tapi apakan daya, memandangkan hajat kami sekuluarga ingin menunaikan umrah tahun depan dan kami lebih mementingkan simpanan duit dan juga yang penting dapat beli silver/gold setiap bulan, makanya terpaksalah nafsu kami tu diketepikan dulu. Dahulukan yang afdal.

Tak apalah rezeki sentiasa ada. Yang penting aku nak mempertingkatkan amalan dan ibadah yang dah tak seberapa aku buat. Niat yang baik pasti akan dibalas olehNya. Ameen..

Macam mana pun sasaran tetap ada, Estima pasti akan ku beli setelah selesai hajat kami menunaikan umrah. (Kalau dah nak beli estima tu, kenalah menambah anak.. hehe.. waduh..)


Harap kawan-kawan juga mendapat apa yang dihajati & sentiasa dirahmati serta dilindungi Allah.