Friday, July 15, 2011

Tak Beli Rugi, Beli Pun Rugi

Ni gara-gara kes tertengok MPV kat S'MART JB 3 hari lepas. Hampeh betul cina jual kereta ni. Baek punya ayat.. Nasiblah kuat iman lagi. MPV yang dimaksudkan ialah Chery Easter. Ala.. kereta buatan China tu. Kereta ni pada dasarnya memanglah berbaloi kalau dibeli. Apa taknya.. Harga baru RM80K. Tetapi dengan speks yang semacam kereta RM100K, ia sangatlah murah. Kualiti tak payah ceritalah. Setanding kereta-kereta import yang lain seperti keluaran Toyota & Honda yang biasanya orang-orang di Malaysia suka. Mentaliti kita terhadap barang China tak bagus memang harus disangkal.

Kalau ikut pengalaman aku yang dah ke China, aku boleh melabelkan China ni kuasa besar dalam ekonomi dunia & pakar dalam bab tiru meniru. Kualiti yang biasa orang kita labelkan 'barang murah' tu memang ada. Tapi kena ingat juga terdapat banyak barang berkualiti tinggi yang memang dibuat di sana. Senang cerita kualiti 0 hingga 100% original la.

Balik semula kepada cerita Chery tu, spesifikasi yang buat aku dan suami terpikat tu ialah ia mempunyai sunroof, 2000cc, gear auto & manual, auto cruise, airbag, mode gear reverse yang boleh mengukur jarak belakang kereta dengan objek terdekat, luas walaupun mempunyai 7 tempat duduk, aircond di setiap baris tempat duduk dan yang memang cina ni buat kami hampir terbeli ialah dia bagi kami full aksesori termasuk lcd screen, tinted, petrol & full loan lagi.. Ishh.. memang mampu nak belilah.

Tapi apakan daya, memandangkan hajat kami sekuluarga ingin menunaikan umrah tahun depan dan kami lebih mementingkan simpanan duit dan juga yang penting dapat beli silver/gold setiap bulan, makanya terpaksalah nafsu kami tu diketepikan dulu. Dahulukan yang afdal.

Tak apalah rezeki sentiasa ada. Yang penting aku nak mempertingkatkan amalan dan ibadah yang dah tak seberapa aku buat. Niat yang baik pasti akan dibalas olehNya. Ameen..

Macam mana pun sasaran tetap ada, Estima pasti akan ku beli setelah selesai hajat kami menunaikan umrah. (Kalau dah nak beli estima tu, kenalah menambah anak.. hehe.. waduh..)


Harap kawan-kawan juga mendapat apa yang dihajati & sentiasa dirahmati serta dilindungi Allah.


No comments:

Post a Comment