Friday, July 29, 2011

Bacaan Untuk Amalan

Sudah sekian lama aku tidak membeli bahan-bahan bacaan untuk menambah pengetahuan. Semalam aku berkesempatan untuk ke kedai buku yang pasti menjadi kunjunganku apabila ke Plaza Angsana. Pastinya En. Pahmi akan membeli komik. Kalau masa kami bercinta dulu pastinya akan ada satu buku ilmiah sekurang-kurangnya akan dibeli. Buku mungkin berkisar tentang agama, motivasi, bisnes, pelaburan & teknologi.

Semalam aku dapat membeli buku berkaitan kamera DSLR dan En. Pahmi membeli komik dan juga 1 buku yang aku sangat menarik perhatian aku. Buku itu berkisar tentang Ayat Seribu Dinar. Kandungannnya berkisar tentang sejarah mendapat nama 'Ayat Seribu Dinar" & kelebihan amalannya (tak habis baca lagi ni..). Terdapat juga doa-doa lain untuk murah rezki.

Buku-buku agama di rumah tu pun aku dah letakkan di rak kitab-kitab dalam bilik solat kami. Mudahlah untuk dibaca nanti selepas habis solat.

Cuma ada 1 lagi buku yang aku cari iaitu buku berkenaan amalan untuk Umrah nanti. Masih belum jumpa buku yang betul-betul menarik aku untuk membacanya. Pastinya 1 buku dari sahabat merangkap rakan kongsiku akan ku pinjam nanti. Tak sabar untuk ke sana bersama keluarga tahun depan Insya Allah.

Mudah-mudahan aku lebih kuat untuk beribadah & mendekatkan diri denganNya.





No comments:

Post a Comment