Monday, January 24, 2011

Entri Lama-lama

Dah lama aku nak masukkan dua entri ni.. Tapi disebabkan kerja-kerja harian yang sangat padat ia bertangguh hingga ke saat ini.

Entri 1: Sunat Najma Nayli

Jenuh mencari manalah klinik yang boleh sunatkan Nayli ni. Akhirnya jumpa juga di Klinik Penawar Taman Daya. Setelah ditentukan tarikh, Alhamdulillah dapat sunatkan Nayli pada 10 Zulhajjah 1431H | 16 Disember  2010 yang lalu. Mula-mula rasa cuak juga, maklumlah pertama kali. Tapi takde apa pun sebenarnya. Sikit je doktor "potong". Tidaklah potong, cuma dicalitkan dengan pisau je. Sempena sunat tu aku bagilah sedikit bubur merah putih untuk jiran-jiran & kawan-kawan.

Bubur merah putih

Nayli sebelum pergi Klinik Penawar

 Sian Nayli.. Masuk kereta je nangis.

Bedung dengan kain pelekat baba dia yang turun menurun dari atuk Pahmi.

Entri 2 : Jalan-jalan ke Zoo Johor

Hujung 2 minggu lepas, aku sekeluarga berkesempatanlah jalan-jalan melawat haiwan-haiwan di Zoo Johor. Ni kali ke-2 aku ke situ. Sebelum ni aku pergi dengan suami masa bujang-bujang beberapa tahun dulu. Banyak perubahan dah. Semakin baik. Kali ni kami dapat menyaksikan pertunjukan haiwan (enggang, nuri & arnab). Seronok jugalah. Cuma si abang Hadif ni takut-takut. Nak berdukung je la. Mana tak babanya tak larat. Tak habis melawat semua haiwan kat sana gara-gara tak larat nak dukung anak-anak. Lepas ni tunggu budak-budak ni besar sikitlah.

Hadif yang gembira sakan masa nak pergi.

 Nengok apalah si Hadif ni..

Si nuri.. apa ntah namanya.. lupa dah..

Si enggang yang bijak.. siap nak amik aiskrim yang budak tengah makan lagi.. Sian budak tu.. Nangis nak balik..

Antara gambar-gambar haiwan yang dah lama kami tak lihat :











4 comments:

  1. haha, kiutnya singa & tiger tu terbongkang.. betul2 lepak tuh.. :p

    tu bkn parrot ke = burung kakak tua?

    dah pnh g zoo saling?

    akk pi zoo melaka pun hr tu, sume dok pakat lepak.. haiwan pun tahu hujan2 sdp tidoooo... hehe

    ReplyDelete
  2. geram tgk nayli...comel bangt...pinjam kak....hehehe..

    kak, masuk zoo negara berapa harga tiket...dah lama tul x gi...mcm dh bnyk perubahan je...

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat tgk binatang..rasa nak pergi zoo besok jugak

    ReplyDelete
  4. k.ninie: lupa la burung pe.. tp yg pasti nama ujungnye memang bercinta. zoo saling lom gi lg. tp dia org kata lg best.

    erinz: nayli dh debab skang.. tiket murah je. aritu kene rm8 je kalo x silap utk 2 dewasa & 2 kanak2. tmasuk pertunjukkan haiwan.

    kaff: buat outdoor shooting kt zoo pun best gak ni..

    ReplyDelete