Alhamdulillah.. Syukur yang amat kerana banyak perkara atau apa yang aku nak dalam hidup ni dapat satu persatu walaupun kadangkala aku tak fikir aku boleh dapatkannya dan walaupun hidup aku tidaklah bermula dengan kehidupan yang benar-benar hebat tapi apa yang diinginkan tu datang juga walaupun lambat. Ini juga yang aku takut kerana segala kesenangan dan rezeki demi rezeki yang diberi olehNya adalah ujian besar buatku. Aku tidak mahu lalai daripada mengingatiNya. Mudah-mudahan aku dapat melalui dan menerimanya dengan rasa kesyukuran dan dapat menyeimbangkan hal-hal dunia & akhirat.
Kadangkala Dia bagi nikmat kesenangan kepada kita tapi dalam masa yang sama juga Dia beri ujian kesusahan pula kepada ahli keluarga kita yang lain. "Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah..."
Sama-sama kita meneruskan kehidupan di dunia ini dan yang penting seimbang dunia & akhirat.
No comments:
Post a Comment