Alhamdulillah tahun 2010 ditutup dengan cemerlang. Tahun 2011 juga sudah hari ketiga dan dibuka juga dengan baik sekali.
Aku & suami juga menutup tahun 2010 dengan menjadi agen Public Gold. Satu lagi cabang pelaburan telah kami ceburi. Mulanya 2011 ini juga bermakna mulanya 'counting' untuk aku membebaskan diri dari 'makan gaji'. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.
Anak-anak juga semakin membesar dengan pelbagai karenah yang menjadikan ia kenangan & pengalaman aku sebagai seorang ibu. Seronok sangat walaupun kadang-kadang tu angin juga kalau dia orang ni buat perangai.
Ni Abang Hadif masa gi closing kat Jusco..
Nayli masa sebelum bawa gi sunat.
Siap bedung dengan kain pelekat baba dia.. Turun temurun kain ni.
Ni selepas Nayli sunat.. Sian dia..
Semoga anda semua juga sama-sama hebat dalam apa jua bidang yang diceburi. Selamat!
No comments:
Post a Comment