Friday, August 21, 2009

Takutnya..!

Negara dan dunia sekarang ni dilanda virus influenza A H1N1.. Hari demi hari ada saja kematian. Hari ni saja dah 257 kes baru di Malaysia. Menakutkan!

Untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan ni, kenelah memakai topeng muka untuk menutup mulut dan hidung bila keluar ke mana terutama tempat-tempat yang ramai pengunjung. Mujurlah aku dan keluarga jarang keluar kecuali untuk membeli barang-barang dapur. Tapi kadang-kadang aku tak pakai juga.. sebab topeng tu yang jenis sangkut kat telinga.. Susah sikit untuk yang bertudung ni.. Tapi itu bukan alasan. Bahaya sekarang ni. Makanan tambahan semestinya wajib diambil pada masa-masa sekarang ni. Air masak juga mesti diminum seperti yang disyorkan setiap hari. Kita ni kalau ikut perkara-perkara asas dalam hidup.. Insya allah selamat..

Sebenarnya baru hari ini aku bersembang dengan kawan sekelasku, K.Ninie masa di UMS dulu mengenai H1N1 ni. Sebelum ni cuma mendengar berita saja.. Aku ada mencadangkan beliau dan keluarga untuk mengambil makanan tambahan. Seeloknya pilihlah makanan tambahan yang benar-benar bagus dan ia terdapat dalam senarai MIMS Online (pharmaceutical product information). Bukan apa, sekarang ni macam-macam produk ada. Satu kilang keluarkan satu produk yang sama untuk banyak jenama dah terlalu banyak.. Masing-masing pun cakap mereka punya yang terbaik.. Tapi tak tunjuk bukti. Tak rugi aku fotostat buku-buku yang berkaitan produk kesihatan tu dulu (buku senarai makanan tambahan terbaik & buku MIMS). Bole rujuk produk mana yang patut diambil.

Kawan-kawan semua, sama-sama kita jaga diri anda dan keluarga. Amalkan kebersihan.. Kita tak nak orang-orang tersayang meninggalkan kita. Kepada orang-orang yang masih tak ambil kisah dengan H1Ni ni.. Hantukkanlah kepada anda di dinding tu!

Salam sayang.. Hati-hati di Bazaar Ramadhan.. Selamat Berpuasa!

5 comments:

  1. Terima kasih dgn nasihat yg diberi melalui entry ini. Betul la, kt kena kurangkan berada di luar yg ramai org. Secara peribadinya sy amat ngeri dgn situasi serius wabak ini. Pada siapa yg tak sedar lagi, sila la ikut saranan annor, g hantuk kepala kat dinding sekarang, serius ni, buat sekarang!

    Pada

    ReplyDelete
  2. tahap H1N1 berada dalam keadaan kritikal..tapi rasanya orang kita buat macam takde apa yang berlaku..

    ReplyDelete
  3. seriously, sy sgt bimbang smpi ke tahap stress rsnya! nk g keje pun, hati teringat ank2 terutamanya.. sama2la kite berdoa pd Allah, moga kuarga kite dijauhi wabak tsb.. amiinnn...

    ReplyDelete
  4. k.aneepah & kaff: kaff jumpa sendiri dgn org x kisah tu kn.. apa la org tu.. x kisah pd perkara yg bole buat maut

    k.ninie: ada doa kat bloggertiam.com.. sama2 kita hafal & amalkan.. insya allah..

    ReplyDelete
  5. k.ninie: update la blog.. lama x dengo story akak..

    ReplyDelete