Aku baru terbaca satu post dalam blog Dr Azwan bertajuk seperti tajuk entri ku kali ini. Aku sebenarnya sedikit sebanyak suka sesetengah cara & amalan orang-orang bukan Melayu terutamanya Cina ni (maaf jika ada yang tidak suka..). Tapi aku mengambil dari sudut positif je lah. Dalam Islam pun tidak melarang kita untuk mengambil kebaikan daripada orang-orang bukan Islam. Maaf kalau tersalah kenyataan..
Jom kita lihat Feng Shui dari sudut yang positif. Tapi kali ini aku cerita panduan kalau nak beli hartanah la.. Menurut Dr Azwan, antara saranan-saranan di dalam feng shui ketika memilih rumah:
1. Pilih hartanah yang terang dan berangin di ruang tamu, ruang utama, bilik tidur dan dapur. Jangan pilih ruam yang suram dan gelap. Memang logik pun. Di sinilah kita banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Cuba bayang kalau kita duduk sorang2 kat rumah dan belum masuk maghrib lagi, rumah dah gelap dan suram semacam sahaja... waa..
2. Beli rumah mengadap Utara atau Selatan. Puas saya fikir apasal lah yang hebat sangat kalau beli rumah mengadap utara atau selatan. Saya fikir ini cuma satu tahyul di dalam feng shui. Sehinggalah saya diberitahu oleh seorang ejen berketurunan cina. Rupa-rupanya kalau kita beli rumah mengadap timur atau barat, kita akan menghadap samada matahari naik atau matahari jatuh. Jadi rumah anda akan menjadi panas ketika matahari naik atau matahari jatuh. Tentu anda tak mahu pulang ke rumah dalam keadaan penat ditambah pula dengan keadaan rumah yang panas. Kan sekarang anda dah tahu...
3. Jalan raya dan jalan masuk ke rumah mestilah rata. Elakkan jalan masuk ke rumah yang curam. Logiknya dilihat dari sudut keselamatan. Sekiranya jalan mencuram ke ke rumah, pastikan brek kereta anda berada di dalam keadaan yang baik. Kisah benar, seorang wanita ingin membuka pagar rumah tetapi terlupa menarik brek tangan. Kereta itu bergerak dan melanggarnya. Dia mati tersepit di antara kereta dan pagar. Sebab lain ialah kemungkinan juga anak kita sedang bermain di pintu masuk, dan tiba-tiba brek kereta rosak atau anda hilang kawalan ketika menuruni jalan masuk yang curam menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku.
4. Elakkan rumah mengadap T-junction. Ini juga dipandang dari sudut keselamatan. Anda tidak mahu suatu hari, ada orang yang mabuk atau gila lalu melalui jalan depan rumah anda yang lurus dan terlupa menekan brek. Anda juga akan dapati, pemandangan halaman rumah anda pebuh dengan debu dan anda akan berada di dalam ketakutan setiap kali anda duduk di ruang tamu.
5. Elakkan hartanah dekat dengan tempat yang hingar bingar seperti pasar. Anda mungkin akan mengalami masalah sekiranya rumah yang dibeli begitu hampir dengan kedai yang akhirnya menjadi pusat karaoke. Anda juga tidak mahu kawasan halaman anda menjadi medan letak kereta percuma.
6. Kesan air @ water effect atau kesan hijau @ green effect. Rumah yang mengadap tasik, kolam, sungai dan punca air yang lain akan mendatangkan ketenangan fikiran. Pemandangan yang tidak terhalang dengan bangunan, gunung-ganang, padang dan pokok-pokok juga boleh mendatangkan ketenangan fikiran. Anda akan dapati rumah yang mengadap taman permainan dijual mahal RM 10,000 - RM 20,000 daripada rumah yang mengadap rumah.
Jadi... inilah di antara perkara-perkara di dalam feng shui yang boleh membantu kita di dalam memilih rumah yang baik. Walaupun begitu ia adalah sekadar satu panduan. Anda akan dapati, tidak perlu belajar feng shui untuk mengetahu rumah anda adalah baik sekiranya rumah anda cerah dan berangin, mengadap sungai atau padang permainan, tidak terkena bahang matahari petang dan jauh dari kebisingan. Ia merupakan satu suasana yang memotivasikan hidup anda, kerana ia adalah lumrah alam untuk mencari ketenangan di dalam kehidupan.
Alhamdulillah.. rumah aku sekarang berada pada posisi yang baik. Untuk rumah yang akan datang boleh la beli rumah pada kedudukan yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment