Monday, August 31, 2009

Kisah budak ini la... Merdeka!

Sabtu lepas aku & Hadif "terpaksa" ke Jusco Tebrau City untuk menempah satu barang elektronik. Terpaksa sebab tak ada orang nak tolong jagakan. "Merdeka" jap Hadif.. Memang tak pernah bawa Hadif ke mana-mana kompleks membeli belah. Belum masa yang sesuai. Sampai je Jusco, seperti yang dijangka.. Bunyi-bunyian yang tak sesuai untuk anak-anak kecil.. Aku terus je ke Sen-Q. Bila selesai aku pun terus je balik. Tak dapat la nak merayap.. Lagi pun risau gak dengan virus H1N1 ni. Kang tak pasal-pasal kene lak.. Ishh.. Selisih!

Sian si budak Hadif.. Penat dia menunggu aku. Masa dalam perjalanan balik dia tertidur. Nyenyak lak tu.. Tapi tak sampai 10 minit, dah sampai rumah. Terjaga lak dia..

Sebelum gi.. Hensem nya budak ni..

Jangan kacau.. Penat ni..

Mimpi apa la tu..
Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia!

Friday, August 21, 2009

Takutnya..!

Negara dan dunia sekarang ni dilanda virus influenza A H1N1.. Hari demi hari ada saja kematian. Hari ni saja dah 257 kes baru di Malaysia. Menakutkan!

Untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan ni, kenelah memakai topeng muka untuk menutup mulut dan hidung bila keluar ke mana terutama tempat-tempat yang ramai pengunjung. Mujurlah aku dan keluarga jarang keluar kecuali untuk membeli barang-barang dapur. Tapi kadang-kadang aku tak pakai juga.. sebab topeng tu yang jenis sangkut kat telinga.. Susah sikit untuk yang bertudung ni.. Tapi itu bukan alasan. Bahaya sekarang ni. Makanan tambahan semestinya wajib diambil pada masa-masa sekarang ni. Air masak juga mesti diminum seperti yang disyorkan setiap hari. Kita ni kalau ikut perkara-perkara asas dalam hidup.. Insya allah selamat..

Sebenarnya baru hari ini aku bersembang dengan kawan sekelasku, K.Ninie masa di UMS dulu mengenai H1N1 ni. Sebelum ni cuma mendengar berita saja.. Aku ada mencadangkan beliau dan keluarga untuk mengambil makanan tambahan. Seeloknya pilihlah makanan tambahan yang benar-benar bagus dan ia terdapat dalam senarai MIMS Online (pharmaceutical product information). Bukan apa, sekarang ni macam-macam produk ada. Satu kilang keluarkan satu produk yang sama untuk banyak jenama dah terlalu banyak.. Masing-masing pun cakap mereka punya yang terbaik.. Tapi tak tunjuk bukti. Tak rugi aku fotostat buku-buku yang berkaitan produk kesihatan tu dulu (buku senarai makanan tambahan terbaik & buku MIMS). Bole rujuk produk mana yang patut diambil.

Kawan-kawan semua, sama-sama kita jaga diri anda dan keluarga. Amalkan kebersihan.. Kita tak nak orang-orang tersayang meninggalkan kita. Kepada orang-orang yang masih tak ambil kisah dengan H1Ni ni.. Hantukkanlah kepada anda di dinding tu!

Salam sayang.. Hati-hati di Bazaar Ramadhan.. Selamat Berpuasa!

Friday, August 14, 2009

Persiapan...??? S1080-Y40R..???

Belum lagi sampai bulan puasa.. Orang pompuan kebanyakkannya dah sibuk buat itu ini.. untuk raya la apa lagi.. Termasuklah aku.. hehe.. Baju-baju semua dah dihantar 2 bulan lepas.. Tinggal tunggu siap je. Kalau lambat nanti jadi macam tahun lepas pulak.. Dah tak ada orang nak jahitkan. Nasib baik adik ipar dah booking kan awal-awal kat tukang jahit di kampung tu. Lega rasa..
Untuk rumah pulak tak banyak yang nak diubah. Nak pasang kitchen kabinet, tapi ongkosnya lom cukup sebab nak kena besarkan dapur dulu.. Sabo le dulu yek..
Untuk nampak ada perubahan, aku cuma beli cat untuk dinding-dinding tertentu terutama 'feature wall'. Seiring dengan teknologi komputer, warna-warna cat yang pelik-pelik pun dah bole didapati dengan cepat dan mudah. Apa saja warna bole dapat. Ni cerita bab cat Nippon Paint la pulak.. Aku pilih cat ni setelah mendapat nasihat daripada A. Sharil Cat yang dah bertahun-tahun berpengalaman mengecat rumah. Terima kasih banyak2..
Kagum juga aku bila dapat tengok tauke cina tu buat warna yang aku nak.. dan jadikan cat tu 'satin glo'.
Ni la kaler yang aku nak tu.. X de la pelik.. Cuma nak pilih ton yang mana satu jek

Tauke berusaha membancuh kaler + satin glo kan nya..

Klik2 je kat komputer.. terus dapat

Ni la hasilnya.. 1kg jek.. Cukup ke ni?

Barang-barang lain yang aku beli + cat kilat yg murah..

Apa lagi persiapan nak raya... Kalau tahun lepas dapat buat 3 jenis.. Tahun ni ketua chef, Fadh & assistant dah x de.. Nampaknya order saje..

Apapun diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan & Aidilfitri untuk semua rakan2, saudara mare dan semua umat Islam.. Mudah-mudahan segala amalan kit diterima olehNya.. Ameen..

Tuesday, August 11, 2009

Feng Shui: Suatu Pandangan

Aku baru terbaca satu post dalam blog Dr Azwan bertajuk seperti tajuk entri ku kali ini. Aku sebenarnya sedikit sebanyak suka sesetengah cara & amalan orang-orang bukan Melayu terutamanya Cina ni (maaf jika ada yang tidak suka..). Tapi aku mengambil dari sudut positif je lah. Dalam Islam pun tidak melarang kita untuk mengambil kebaikan daripada orang-orang bukan Islam. Maaf kalau tersalah kenyataan..
Jom kita lihat Feng Shui dari sudut yang positif. Tapi kali ini aku cerita panduan kalau nak beli hartanah la.. Menurut Dr Azwan, antara saranan-saranan di dalam feng shui ketika memilih rumah:

1. Pilih hartanah yang terang dan berangin di ruang tamu, ruang utama, bilik tidur dan dapur. Jangan pilih ruam yang suram dan gelap. Memang logik pun. Di sinilah kita banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Cuba bayang kalau kita duduk sorang2 kat rumah dan belum masuk maghrib lagi, rumah dah gelap dan suram semacam sahaja... waa..

2. Beli rumah mengadap Utara atau Selatan. Puas saya fikir apasal lah yang hebat sangat kalau beli rumah mengadap utara atau selatan. Saya fikir ini cuma satu tahyul di dalam feng shui. Sehinggalah saya diberitahu oleh seorang ejen berketurunan cina. Rupa-rupanya kalau kita beli rumah mengadap timur atau barat, kita akan menghadap samada matahari naik atau matahari jatuh. Jadi rumah anda akan menjadi panas ketika matahari naik atau matahari jatuh. Tentu anda tak mahu pulang ke rumah dalam keadaan penat ditambah pula dengan keadaan rumah yang panas. Kan sekarang anda dah tahu...

3. Jalan raya dan jalan masuk ke rumah mestilah rata. Elakkan jalan masuk ke rumah yang curam. Logiknya dilihat dari sudut keselamatan. Sekiranya jalan mencuram ke ke rumah, pastikan brek kereta anda berada di dalam keadaan yang baik. Kisah benar, seorang wanita ingin membuka pagar rumah tetapi terlupa menarik brek tangan. Kereta itu bergerak dan melanggarnya. Dia mati tersepit di antara kereta dan pagar. Sebab lain ialah kemungkinan juga anak kita sedang bermain di pintu masuk, dan tiba-tiba brek kereta rosak atau anda hilang kawalan ketika menuruni jalan masuk yang curam menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku.

4. Elakkan rumah mengadap T-junction. Ini juga dipandang dari sudut keselamatan. Anda tidak mahu suatu hari, ada orang yang mabuk atau gila lalu melalui jalan depan rumah anda yang lurus dan terlupa menekan brek. Anda juga akan dapati, pemandangan halaman rumah anda pebuh dengan debu dan anda akan berada di dalam ketakutan setiap kali anda duduk di ruang tamu.

5. Elakkan hartanah dekat dengan tempat yang hingar bingar seperti pasar. Anda mungkin akan mengalami masalah sekiranya rumah yang dibeli begitu hampir dengan kedai yang akhirnya menjadi pusat karaoke. Anda juga tidak mahu kawasan halaman anda menjadi medan letak kereta percuma.

6. Kesan air @ water effect atau kesan hijau @ green effect. Rumah yang mengadap tasik, kolam, sungai dan punca air yang lain akan mendatangkan ketenangan fikiran. Pemandangan yang tidak terhalang dengan bangunan, gunung-ganang, padang dan pokok-pokok juga boleh mendatangkan ketenangan fikiran. Anda akan dapati rumah yang mengadap taman permainan dijual mahal RM 10,000 - RM 20,000 daripada rumah yang mengadap rumah.

Jadi... inilah di antara perkara-perkara di dalam feng shui yang boleh membantu kita di dalam memilih rumah yang baik. Walaupun begitu ia adalah sekadar satu panduan. Anda akan dapati, tidak perlu belajar feng shui untuk mengetahu rumah anda adalah baik sekiranya rumah anda cerah dan berangin, mengadap sungai atau padang permainan, tidak terkena bahang matahari petang dan jauh dari kebisingan. Ia merupakan satu suasana yang memotivasikan hidup anda, kerana ia adalah lumrah alam untuk mencari ketenangan di dalam kehidupan.
Alhamdulillah.. rumah aku sekarang berada pada posisi yang baik. Untuk rumah yang akan datang boleh la beli rumah pada kedudukan yang lebih baik.

Thursday, August 6, 2009

Kisah Hadif, Eusoff & Imran

Semalam aku & Hadif balik Muar jap atas urusan keluarga. Balik hari la kiranya.. Pergi seawal pagi sesaing dengan orang keje dan balik ke JB pun sesaing orang balik keje. Sampai JB je aku terus ke rumah mentor bisnes ku, K.Yan sebelum aku ambil Pahmi balik keje. Berumah kejap kat umah K.Yan di Damansara Aliff tu. Sebenarnya nak ambil stok baju2 baby untuk dijual kat tempat keje aku. Lepas Hadif mandi, aku melayan la si Hadif & anak2 K.Yan. Seronok gak berkumpul macam ni.. Tengok anak2 berkawan.. sambil borak2 dan bincang pasal bisnes sikit2..

Hadif

Imran

Imran ni stone je muka dia.. buat lawak cam mane pun x ketawa
Hadif ni memang pantang kalau nak ambik gambo dia.. ketawa bukan main..

Hadif & Eusoff

Eusoff pulak pandai posing.. tapi belum abis kira 1,2,3 dia dah gerak2

Berebut.. Imran ni lom pandai duduk lagi w/pun tua seminggu dpd Hadif