Thursday, May 19, 2011

Nak make over semua ni.. Part-1

Masa boring kat rumah minggu lepas, aku sempatlah ambil gambar-gambar di sekitar ruang tamu & ruang makan rumahku. Dok fikir macam mana nak buat ruang-ruang ni nampak lebih class.

Part-1 ni khas untuk ruang tamu & ruang makan. Rasanya aku patut beli satu pembahagi ruang (divider) untuk mengasingkan dua ruang ni. Perlu cari yang moden sedikit. Mungkin kene ke Cavenzi (situ je yang banyak skit design moden dengan kadar harga berpatutan).

Feature wall rasanya kekal (Kes malas nak mengecat)

Bunga ni beli gara-gara nak gayakan English kat dapur. Tak jadi sebab bukan jiwa aku.

Lampu diri kesayangan aku.

Langsir plak memang patut ditukar untuk
raya tahun ini. Nak cari 'night curtain' yang berbunga plak

Walaupun sifoo aku kata jangan letak langsir kat pintu-pintu bilik ni (khas untuk rumah yang tidak besar), tapi aku rasa nak juga letak langsir or srink curtain.

Ruang ni kekal rasanya.

Frame gambo Hadif tu akan ditukar kepada gambar Hadif-Nayli plak dengan saiz yang besar sedikit.

Lima frame ni juga akan ditukar kepada cermin besar.

Rak rotan ni tak tau nak letak mana. Lom ada tempat sesuai.

Ni rak kesayangan aku juga. (Beli kat bundle)

Bila dah tukar nanti, aku akan tunjukkan hasilnya.. Tunggu..


Monday, May 16, 2011

Hadif, Nayli & LEGO








Cuti minggu ini aku hanya menghabiskan masa bersama anak-anak di rumah. Snap gambo dia orang dan sudut-sudut rumah yang akan di make-over untuk raya nanti.


Dua minggu kebelakangan ini amat memenatkan; dengan macam-macam kerja & tanpa rehat. Sekadar tidur di malam hari untuk merehatkan badan. Kepala otak bagaimanapun masih dalam kepenatan dengan dibebani macam-macam perkara.


Apapun harap segala cabaran & kekusutan akan reda tidak lama lagi.

Tuesday, April 19, 2011

JB - Putrajaya - KL - JB

Wahh... lama sungguh tak kemaskini blog. Macam biasalah kalau dah lama tak masukkan entri baru tu antara sebab-sebab dan alasan yang paling 'hot' ialah 'sibuk'. Macam-macamlah sibuknya. Rutin harian memang sangat padat dari celik mata seawal 5.30 pagi hinggalah ke malam jam 11 lebih. Dapat rehat di rumah pun selepas jam 12 malam. Takpelah.. Nilah pengorbanan selagi masih bernyawa dan masih mampu untuk melaksanakan tanggungjawab. Yang penting tak 'stress'.

Minggu ni aku berkesempatan menyinggah ke Kuala Lumpur untuk menambah stok kiosk terutamanya pin-pin dan rantai tudung yang sudah 'kering'. Sejak balik dari China dua bulan lepas, aku dan rakan kongsi memang tak pernah turun ke KL. Di kesempatan mengikut ex-boss ke Putrajaya, aku dan Kaff mengambil peluang berbelanja stok.

Walaupun bertolak dari Johor Bahru agak lewat; jam 9.30 pagi, kami dapat juga menyempurnakan misi tersebut dalam jangka masa yang amat singkat. Kene keluar KL sebelum jam 5. Macam mana pun kami terperangkap juga dengan jam di KL sekitar jam 4.30 petang. Apa pun Alhamdulillah semuanya selamat & lancar.

Perjalanan pulang kami juga sangat bermakna kerana ex-boss berkongsi cara bagaimana menguruskan kewangan. Memang aku tabik pada boss la. Terima kasih banyak-banyak boss kerana mengingatkan aku semula. Kesimpulannya, tak perlulah aku nak buat kabinet dapur untuk dapur rumahku itu. Lagi pun aku bukan nak duduk lama di situ. Selagi bole memasak di dapur yang tak berapa nak lawo, 'ok la tu' (ala-ala saida).

Wednesday, March 2, 2011

Thursday, February 17, 2011

Rezki, Ujian & Keinsafan

Alhamdulillah.. Syukur yang amat kerana banyak perkara atau apa yang aku nak dalam hidup ni dapat satu persatu walaupun kadangkala aku tak fikir aku boleh dapatkannya dan walaupun hidup aku tidaklah bermula dengan kehidupan yang benar-benar hebat tapi apa yang diinginkan tu datang juga walaupun lambat. Ini juga yang aku takut kerana segala kesenangan dan rezeki demi rezeki yang diberi olehNya adalah ujian besar buatku. Aku tidak mahu lalai daripada mengingatiNya. Mudah-mudahan aku dapat melalui dan menerimanya dengan rasa kesyukuran dan dapat menyeimbangkan hal-hal dunia & akhirat.

Kadangkala Dia bagi nikmat kesenangan kepada kita tapi dalam masa yang sama juga Dia beri ujian kesusahan pula kepada ahli keluarga kita yang lain. "Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah..."

Sama-sama kita meneruskan kehidupan di dunia ini dan yang penting seimbang dunia & akhirat.