Tuesday, July 7, 2009

Kisah Si Kura-kura

Malam semalam rumahku dikunjungi pula oleh seekor kura-kura.. Siap masuk dalam pagar rumah lagi. Dari mana pulak la kura-kura ni datang?.. Agaknya kura-kura tu dah berjumpa dengan tempat atau habitatnya yang sesuai kot.. Maklum la, tanaman2 di tanah yang sekangkang kera rumahku itu subur2 belaka. Aku pun alih la ke tepi tembok rumah sebab aku nak kuarkan kereta. Aku pun kunci sliding door & grill. Belum sempat aku masuk dalam kereta, kura-kura tu dah sampai ke pagar balik.. Aik! Cepat betul.. Ni dah macam cerita Arnab dan Kura-kura yang semestinya menjadi bahan bacaan masa kita kanak-kanak dulu yang akhirnya Si Kura-kura yang menang. Sahlah kisah tu memang betul.. Hehe..

Jika nak diulas tentang cerita tu, banyak pengajaran yang boleh diambil. Antaranya jika hendak berjaya, bukanlah semestinya ada kepandaian, tidak semestinya ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap.

Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97% lagi ditentukan oleh sikapnya. Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia gagal.

Perbandingan cerita arnab dan kura-kura ini boleh kita padankan dengan kehidupan manusia sebenarnya. Ada manusia yang kita lihat kadang-kadang mempunyai kecerdikan dan kekayaan yang pada zahirnya boleh menyebabkan mereka berjaya, tetapi tak berjaya juga dalam hidup. Kenapa? Ini kerana sikap mereka. Mungkin mereka ada sikap buruk seperti arnab tadi. Mereka tidak konsisten, tiada harga diri, angkuh, berubah matlamat, terlalu yakin dan sebagainya.
Dalam pendidikan anak-anak, misalnya kita nampak seorang anak itu tidaklah mempunyai pemikiran yang tinggi. Kecerdikan ataupun IQ yang juga tidak tinggi tetapi jika dia mempunyai disiplin diri dan sikapnya betul seperti menepati waktu, mempunyai matlamat, berjiwa besar dan sebagainya, maka dialah yang akan berjaya. Sekalipun anak itu tiada bakat atau kepandaian, tetapi dia tampil lebih berjaya daripada anak yang lain yang mungkin lebih pandai tetapi malas, tiada keyakinan diri, tidak komited dalam melakukan dan sebagainya. Kita boleh belajar dari kisah arnab dan kura-kura ini.

Banyak lagi pengajaran yang tersirat dalam kisah tersebut. Sila lawati amiroel.blogspot.com.

Tuesday, June 30, 2009

Baru naik keje ni..

Lama juga tidak berkongsi apa-apa cerita menarik.. Last 2 weeks Pahmi kene chicken pox. Jangkitan dari tempat kejenya. Seminggu dapat MC. Malang sungguh sebab berjangkit kat aku. Aku pulak cuti seminggu lebih. Minggu lepas kene pulak kat Hadif. Siannya anak ibu..

JHV789 pulak baru dihantar ke Toyota Service untuk tukar bearing tayar. RM RM..

Macam-macam dugaan bulan ni. Takpelah.. Mudah-mudahan ni dugaan nak dapat rezeki lebih baik nanti.

Terima juga kat kawan2 yang mendoakan cepat sembuh dan tak lupa kepada jiran2 ku: kakakku K. Pah yang sudi bagi roti sosej yang sgt sedap, kat K. Tie & jiran belakang umah (lupa lak namanya) yang bagi bubur kacang hijau.. Ada kesempatan nanti Anor balas ye..

K. Pah ni memang terror la bab2 masak-memasak ni..

Wednesday, June 10, 2009

macam-macam ragam manusia...

Kali ni aku nak berkongsi + meluahkan rasa hati.. Cewah! Macam 'berat' je isu kali ni.

Sebenarnya semalam aku geram dengan orang yang membuang anak-anak kucing di rumah aku.. Kalau ye pun nak buang, bagilah notis ke atau pun datang sendiri jumpa kita. Bukannya susah.. Ni main letak je kat rumah kita.

Untuk pengetahuan, aku lom lagi membuka pusat jagaan kucing k.. Kalau ada rezeki next year la.. Buat masa sekarang ni lom ada komitmen yang tinggi untuk menambah kucing. Cukuplah dengan 3 ekor kucing jantan di rumah tu. Itu pun kucing yang tua, si Nemo dah marah pagi tadi.. Dia 'cekau' tangan suamiku. Dia ingat kita ambil kucing lain la tu. Sian, sian.. Kucing pun mempunyai perasaan. Apa lagi yang kena buang tu.

Aku pula yang rasa bersalah kerana terpaksa membuang semula ke tempat lain. So far, aku bercadang membelanya dulu di opis sampai dia besar sikit sebab belum pandai makan. Then baru aku lepaskan ke tempat-tempat yang agak baik untuk mereka meneruskan hidup . Kalau ada sesiapa yang nak ambil sebagai anak angkat pun bole.. Hehehe..

Ragam manusia: ada yang suka kucing tapi marah-marah bila kucing-kucing melepas merata-rata; ada pula yang nak bela kucing tapi kalau beranak pinak, anak-anak kucing tu dibuang (macam kes di atas la ni); ada pula yang bela kucing tapi tak terjaga (ni macam aku la ni.. nak hantar gi klinik pun tak ter pegi-pegi sampai sekarang).. Emmm.. macam-macam ada!

(Comotnya.. Belum dimandikan lagi ni)


Friday, June 5, 2009

promosi cuti sekolah!

ada sesiapa yang nak tempah cup cake, kek dsb untuk majlis-majlis istimewa, bole la tempah dengan kakakku ini. special tau! yummy!

jom klik blog beliau.. kaklong69

nak belajar buat kek dsb dengan beliau pun bole..

Tuesday, June 2, 2009

Wat pe tu!


"hadif yang comel, hadif yang manja, alaa bucuk-bucuk anak ibu ye.."