Kali ni aku nak berkongsi + meluahkan rasa hati.. Cewah! Macam 'berat' je isu kali ni.
Sebenarnya semalam aku geram dengan orang yang membuang anak-anak kucing di rumah aku.. Kalau ye pun nak buang, bagilah notis ke atau pun datang sendiri jumpa kita. Bukannya susah.. Ni main letak je kat rumah kita.
Untuk pengetahuan, aku lom lagi membuka pusat jagaan kucing k.. Kalau ada rezeki next year la.. Buat masa sekarang ni lom ada komitmen yang tinggi untuk menambah kucing. Cukuplah dengan 3 ekor kucing jantan di rumah tu. Itu pun kucing yang tua, si Nemo dah marah pagi tadi.. Dia 'cekau' tangan suamiku. Dia ingat kita ambil kucing lain la tu. Sian, sian.. Kucing pun mempunyai perasaan. Apa lagi yang kena buang tu.
Aku pula yang rasa bersalah kerana terpaksa membuang semula ke tempat lain. So far, aku bercadang membelanya dulu di opis sampai dia besar sikit sebab belum pandai makan. Then baru aku lepaskan ke tempat-tempat yang agak baik untuk mereka meneruskan hidup . Kalau ada sesiapa yang nak ambil sebagai anak angkat pun bole.. Hehehe..
Ragam manusia: ada yang suka kucing tapi marah-marah bila kucing-kucing melepas merata-rata; ada pula yang nak bela kucing tapi kalau beranak pinak, anak-anak kucing tu dibuang (macam kes di atas la ni); ada pula yang bela kucing tapi tak terjaga (ni macam aku la ni.. nak hantar gi klinik pun tak ter pegi-pegi sampai sekarang).. Emmm.. macam-macam ada!

dah pun diambil oleh mak mah.. tima kasih banyak2.. hari ni dia kata kucing2 tu dh besar. pantang nampak tuannya.. bising jer.. kene kurung sebab ada biawak kat situ katanya..
ReplyDelete