Monday, January 24, 2011

Entri Lama-lama

Dah lama aku nak masukkan dua entri ni.. Tapi disebabkan kerja-kerja harian yang sangat padat ia bertangguh hingga ke saat ini.

Entri 1: Sunat Najma Nayli

Jenuh mencari manalah klinik yang boleh sunatkan Nayli ni. Akhirnya jumpa juga di Klinik Penawar Taman Daya. Setelah ditentukan tarikh, Alhamdulillah dapat sunatkan Nayli pada 10 Zulhajjah 1431H | 16 Disember  2010 yang lalu. Mula-mula rasa cuak juga, maklumlah pertama kali. Tapi takde apa pun sebenarnya. Sikit je doktor "potong". Tidaklah potong, cuma dicalitkan dengan pisau je. Sempena sunat tu aku bagilah sedikit bubur merah putih untuk jiran-jiran & kawan-kawan.

Bubur merah putih

Nayli sebelum pergi Klinik Penawar

 Sian Nayli.. Masuk kereta je nangis.

Bedung dengan kain pelekat baba dia yang turun menurun dari atuk Pahmi.

Entri 2 : Jalan-jalan ke Zoo Johor

Hujung 2 minggu lepas, aku sekeluarga berkesempatanlah jalan-jalan melawat haiwan-haiwan di Zoo Johor. Ni kali ke-2 aku ke situ. Sebelum ni aku pergi dengan suami masa bujang-bujang beberapa tahun dulu. Banyak perubahan dah. Semakin baik. Kali ni kami dapat menyaksikan pertunjukan haiwan (enggang, nuri & arnab). Seronok jugalah. Cuma si abang Hadif ni takut-takut. Nak berdukung je la. Mana tak babanya tak larat. Tak habis melawat semua haiwan kat sana gara-gara tak larat nak dukung anak-anak. Lepas ni tunggu budak-budak ni besar sikitlah.

Hadif yang gembira sakan masa nak pergi.

 Nengok apalah si Hadif ni..

Si nuri.. apa ntah namanya.. lupa dah..

Si enggang yang bijak.. siap nak amik aiskrim yang budak tengah makan lagi.. Sian budak tu.. Nangis nak balik..

Antara gambar-gambar haiwan yang dah lama kami tak lihat :











Wednesday, January 19, 2011

Yang Asli.. Origins

Sudah lama aku tidak membeli set penjagaan kulit yang agak bagus. Sepanjang tahun lepas, aku hanya menggunakan produk susu kambing. Ok juga set tu. Cuma pada permulaannya aku mengalami krisis pemulihan. Keluar la jerawat-jerawat sehingga meninggalkan sedikit kesan parut. Sedih juga.. Ye la muka kan. Mesti la nak nampak bersih dan cantik. Bila dah ada kesan tu. Nampaklah sedikit cacat. Tahun ni pula aku membeli satu set penjagaan kulit untuk anti penuaan. Produk bernama Origins. Hehe.. kes tak nak nampak tua la ni. Muka pun aset juga tau.


Sudah beberapa hari aku menggunakannya, nampaknya mukaku lebih bersih dan segar. Alhamdulillah.. Sampaikan polis tak jadi saman masa dalam perjalanan pergi ke KL ahad lepas. Hehe.. Perasan la pulak. Berbaloi la membeli walaupun mahal sedikit.

Lepas ni nak beli pula M.A.C. Siapkan je la duitnya. JUSCO oh JUSCO.. banyaknya barang yang menjadi pilihan.


Monday, January 3, 2011

Welcome 2011.. and start counting now..

Alhamdulillah tahun 2010 ditutup dengan cemerlang. Tahun 2011 juga sudah hari ketiga dan dibuka juga dengan baik sekali.

Aku & suami juga menutup tahun 2010 dengan menjadi agen Public Gold. Satu lagi cabang pelaburan telah kami ceburi. Mulanya 2011 ini juga bermakna mulanya 'counting' untuk aku membebaskan diri dari 'makan gaji'.  Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

Anak-anak juga semakin membesar dengan pelbagai karenah yang menjadikan ia kenangan & pengalaman aku sebagai seorang ibu. Seronok sangat walaupun kadang-kadang tu angin juga kalau dia orang ni buat perangai.

Ni Abang Hadif masa gi closing kat Jusco..

 Nayli masa sebelum bawa gi sunat.
Siap bedung dengan kain pelekat baba dia.. Turun temurun kain ni.

 Ni selepas Nayli sunat.. Sian dia..

Semoga anda semua juga sama-sama hebat dalam apa jua bidang yang diceburi. Selamat!