Wednesday, September 2, 2009

Raya Dulu Dan Sekarang..

... "Kad dihulur pengganti diri"... Itu antara ayat-ayat dalam kad hari raya versi fizikal yang selalu kita dapat masa zaman dulu-dulu.. Wahh.. macam rasa dah tua lak. Masa sekolah dulu masing-masing kumpul kad raya. Masing-masing berlawan-lawan siapa punya yang paling banyak. Seronok betul! Bila tiba hari raya, masing-masing akan baca kad-kad yang digantung kat dinding rumah kawan-kawan (termasuklah baca kad yang sendiri bagi.. Hehe..).
Kini.. masa telah berlalu, zaman telah berubah. Tapi masih ada lagi kad-kad yang dihantar. Aku sendiri pun masih lagi hantar kad walaupun tak banyak. Kawan-kawan rapat pasti akan dapat. Maaflah kalau ada yang terlupa nak bagi ye..
Seiring dengan masa yang telah berlalu ni, kawan-kawan juga semakin ramai. Kalau nak hantar kad kepada semua kawan.. Alamat kayap la sekejap.. Kang tak dapat nak bagi angpou untuk anak-anak kecil. Mungkin faktor inilah yang menyebabkan kad-kad raya fizikal semakin dilupakan selain daripada kewujudan sms, mms, e-mel dan sebagainya yang lebih murah..
Apapun tepuk dada tanya selera.. Salam Aidilfitri buat semua rakan-rakan, saudara mara. Ampun maaf dipinta.. Halalkan segalanya.. Mudah-mudahan kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi di dalam suasana lebaran yang pastinya meriah.

1 comment: