Friday, July 23, 2010

Kembali Kuat Untuk Bertugas..

Lama tidak mengemaskini blog ini. Selain daripada sedikit sibuk, minggu lepas aku telah berehat seketika di hospital a.k.a masuk wad selama 3 hari disebabkan ada rasa nak bersalin (kontraksi) pada masa yang tidak sepatutnya (kandungan baru berusia 27 minggu). Paling lama duduk kat hospital.. Memang bosan betul rasanya. Tambahan pula sakitnya cuma sekejap tetapi pemantauannya amat lama & memerlukan perhatian pakar pula. Bagaimanapun ia pengalaman yang mengerikan jugalah. Pengalaman masa mengandung & melahirkan anak pertama pun tidak setakut ini.

Kronologi kejadian pada Rabu, 14 Julai 2010:

6.30 petang:
Teman Hadif main di taman permainan di kawasan rumah (masa balik dukung dia masuk ke kereta).

7.00 malam:
Jemput suami pulang dari tempat kerja (telah mula rasa sakit tetapi boleh tahan)

8.00 malam:
Ke JUSCO jaga kiosk sebab pekerja cuti (sakit semakin kuat tetapi terpaksa tahan)

11.00 malam:
Sampai juga rumah walau dalam keadaan yang sakit (menahan sakit).

12.00 malam:
Sedia untuk tidur & mula baring (dah sakit sangat sampai tak boleh bangun)

1.00 pagi:
Ku gagahi juga untuk bangun sebab tak nak ambulan datang (sakitnya Ya Allah.. sampai tak boleh bergerak langsung).

1.30 pagi:
Hubungi sepupu suami untuk ambil Hadif (minta tolong dia jagakan Hadif).

2.00 pagi:
Masuk bilik bersalin (lama juga doktor nak mengenalpasti sakit apa yang aku rasa). Tanda-tanda seperti darah & air juga tiada. Tu yang doktor pun pening sakit apa yang aku alami. Akhirnya sah tu ialah kontraksi..

4.00 pagi:
Akhirnya sakit tu hilang setelah diberi suntikan untuk hilangkan rasa sakit & tahan baby daripada keluar (sebab baby pun tak sampai 2 kg). Tiada bukaan/jalan. Lega rasa..

1.30 tghari:
Baru dipindahkan ke wad biasa (itu pun wad untuk ibu-ibu yang bakal melahirkan anak). Jenuh juga nak menjawab soalan mereka. Mana taknya.. aku masuk wad tu tapi tak bersalin pun.

Dari hari Khamis hingga Sabtu tu memang rasa bosan sebab orang yang masuk wad tu silih berganti. Jumaat petang & Sabtu pagi memang aku sorang je dalam wad tu. Dah macam wad kelas satu pula walaupun duduk dalam wad kelas 2 (Hosp. Sultan Ismail, JB). Akhirnya selepas pakar buat pemeriksaan pagi Sabtu tu, aku dibenarkan keluar wad tengahari tu. Syukurnya Ya Allah.. Rindunya aku dengan Hadif. Tak sabar nak jumpa dia.

Sekarang ni aku dah mula kuat sedikit untuk menjalankan tanggungjawab & rutin harian. Mudah-mudahan segala urusanku dipermudahkanNya. Harapanku yang paling utama diberikan kekuatan fizikal & mental. Doaku agar baby keluar pada tarikh yang sepatutnya (10.10.2010).

Terima kasih buat kawan-kawan yang sudi melawatku dan yang sentiasa mendoakanku. Sokongan kalian amatlah berharga buatku. Moga Allah membalasnya.. Ameen..

Friday, July 2, 2010

Alhamdulillah.. Akhirnya..

Minggu lepas aku sibuk dengan setup kiosk kat JUSCO Tebrau City. Very short notice from JUSCO.. Banyak jugak dugaannya walaupun hanya nak buka kiosk kecil je. Macam-macam emosi ada. Tapi akhirnya aku tabahkan juga untuk mengharunginya. Alhamdulillah ia dapat dibuka pada 24 Jun yang lepas, tapi pekerja lom dapat lagi. Macam mana pun jualan boleh tahan setakat seminggu ni. Terima kasih banyak-banyak buat kawan-kawan yang bagi sokongan. Yang paling penting restu suamiku. Buat Yan & Kudin yang banyak mengajar & menyedarkan aku terhadap cabaran yang mungkin kecil bagi mereka tetapi cabaran besar buatku untuk melawan & mengharunginya.

Jemputlah datang shopping ke JUSCO Tebrau City ye.. Singgah-singgah ke kioskku kat Level 1 (depan butik Ti:zed & dekat-dekat butik Ladylike & Primevera).

Gambar-gambar di bawah ni diambil semasa hari pertama. Sekarang barang dah penuh dah kat kiosk tu.





Baba & Adeep pun teman Bubu..

Jom la singgah sini ye..

Friday, June 18, 2010

Award to the blogger..

Tahniah kepada Kaff. Juga kepada K.Ninie, Fadh & Reds. Anda adalah antara pengkomen terbanyak blog cheekongsejuk setakat hari ini 18 Jun 2010. Walaupun blog ini ala kadar sahaja tetapi bila anda membaca apa yang kutulis di blog ini, ia menunjukkan anda memberi sokongan & sentiasa keep in touch dengan penulis blog ini (aku la tu). Terima kasih tak terhingga juga kepada kawan-kawan yang lain yang sudi mengkomen & membaca entri-entri blog cheekongsejuk ni sejak dicipta 3 tahun lalu. Mudah-mudahan hubungan kita tidak putus. Itu yang penting.
Walaupun blog ni tak sekuat facebook, namun ia juga mempunyai penulis yang ramai. Dari dunia blog ni juga kita dapat ramai kawan-kawan baru. Dapat berkongsi macam-macam cerita dan banyak juga faedah-faedah lain jika kita gunakannya dengan betul.

Ok, berceloteh lagi kita di lain segmen.. Adios..


Thursday, June 17, 2010

CD oh CD..

CD apa la yang aku nak cari ni? ... Sebenarnya sekarang ni aku tengah sibuk cari cloth diaper (CD) atau dalam bahasa melayunya lampin kain moden untuk anak-anakku. Niat nak menggantikan penggunaan lampin pakai buang.

Walaupun agak mahal harga 1 set tetapi jika dibuat pengiraan (bajet) untuk jangka masa panjang, ianya jauh lebih menjimatkan. Cuma mula-mula nak keluarkan duit sekelepuk banyaknya tu memang la agak berat. Ada pelbagai jenis & harga. Nak beli kene ikut bajet sendirilah. Bagi sesiapa yang tak pernah dengar mengenai cloth diaper ni bolehlah tengok web-web di bawah ni (atau cari saje kat web) :-


Antara sebab kenapa aku nak gunakan CD ni untuk anak-anakku :-


Sesape yang ada pengalaman gunakan CD ni bolehlah share k..
Sekarang ni aku lom beli lagi. Tengah survey harga..

Wednesday, June 9, 2010

Adeep dah beso...

Lama dah tak update blog ni.. Sibuk la kononnye.. Diam tak diam dah besar dah anak bujangku ni. Dah 1 setengah tahun usia dia. Tak lama lagi dah ada adik ye.. Insya Allah. Macam-macam dah dia belajar. Dah bole suruh dah. Cuma lom pandai cakap je lagi.. Hehe.. Kejap je masa berlalu. Alhamdulillah dia tak banyak ragam masa aku mengandung ni. Cuma lasak je.. Budak lelaki la katakan. Sejak dia di jaga di taska ni, macam-macam dah dia belajar. Pandai letak botol dalam singki kalau dah abis minum. Pinggan mangkuk semua dia akan letak dalam singki kalau dah abis makan atau minum. Kadang-kadang ketawa sendiri aku bila dengar bunyi apa-apa barang yang dia masukkan dalam singki tu.

Kalau petang-petang tu aku rajin la siram pokok-pokok aku kat rumah tu. Sekarang ni tugas aku tu dia dah ambil alih. Pintu pagar pun aku dah tak payah tutup. Dia pandai dah tutup kalau aku suruh. Baba dia kata aku suka buli dia.. Hehe.. Tak la buli.. Cuma nak ajar dia berdikari dan jangan susahkan orang lain bila besar nanti. Kalau bole buat sendiri.. buatlah sendiri selagi terdaya. Jangan bergantung sangat dengan orang lain. Itu jugalah yang aku buat sepanjang hidup aku ni.

Mudah-mudahan Adeep jadi anak yang berguna dan berjasa bila besar nanti. Insya Allah..

Ni la Adeep sekarang..

Dah pandai panjat tangga ye.. baik2..

Main gelongsor dengan awek tu..

Kadang-kadang tolong baba dia basuh kete a.k.a main air la tu

Ni masa duduk kat luar sebab karen takde.. panas beb

Dah panas tu.. main la air jawabnye..

Ok.. bersambung lagi dalam entri akan datang.