Monday, March 2, 2009

Aktiviti Hari Sabtuku

Pada Jumaat yang lepas, aku sempat ke Nagoya (Pusat Kain) di Giant Plentong. Agenda utamaku ialah membeli kain untuk dijadikan sarung bantal Hadif. Dah beberapa hari aku mencari sarung bantal siap, malangnya tiada. Jadi aku membeli sedikit kain (3 meter) yang agak berwarna-warni (corak Otomen – ultraman daa…) untuk membuat sarung bantal dan langsir bilik anakku. Takkan nak beli kain yang kecil je… Buat malu saja. Hehehe… Taklah mahal sangat, jumlah semua RM10.15 je termasuk bahan-bahan untuk langsir.


Inilah hasilnya…
Bahagian hadapan sarung bantal

Bahagian belakang sarung bantal

Alas rak baju Hadif

Langsir (tingkap 1 panel)

Masa untuk mengemas..

Mesin jahit yang banyak berjasa (terima kasih Kak Lin sebab pinjamkan.. bilalah nak pulang. Macam dah buat rete lak..)

“Lambatnya ibu jahit.. boring lah…”

3 comments: