Tuesday, March 31, 2009
Monday, March 30, 2009
Pokok Puding Yang Pelik
Minggu ni aku & keluarga balik kampung (Bkt Easter). Hadif seronok sebab acik2 Hadif melayan sakan dia. Dah lama juga x jumpa.. Rasa ada dalam 2 bulan tak balik sana.
Sebenarnya dah lama aku perasan kepelikan pokok ni. Baru semalam berkesempatan ambil gambar. Pelik dan membuat aku terfikir macam mana kejadian awal pokok ni dalam lubang pada papan kayu yang dah usang tu. Kalau batang pokok tu tak berdaun2 mungkin tak pelik. Mungkin ada sesiapa yang memasukkannya batang pokok tu. Tapi.. Sama-samalah kita lihat & fikir2kan.
Tuesday, March 24, 2009
A blogger's resignation letter...
This is a sample resignation letter from a blogger to his boss... check it out :P
Monday, March 23, 2009
berbudi kepada tanah...
Minggu lepas aku sempat la bercucuk tanam sayur di rumah walaupun tanah yang ada amatlah terhad. Antara tanaman yang ditanam ialah serai, pandan, lengkuas, cili padi (tumbuh sendiri) dan bendi. Seronok juga bila pagi-pagi dapat lihat hasil tanaman depan rumah. Menyengarkan mata & minda yang sedia serabut bila kat pejabat. Lebih gembira bila dapat menuai hasilnya nanti.
Pokok cili yang hidup sendiri (dapat baja dari kucing-kucingku)
Benih bendi yang telah beberapa hari hidup
Kalau ada tanah yang luas pasti banyak lagi yang boleh ditanam...
Friday, March 20, 2009
Hadif Golek-golek
Hujung minggu lepas, seperti minggu-minggu lalu banyak aktiviti yang aku buat di rumah. Buat taman mini untuk halaman rumah (dah siap nanti baru bole upload k), kemas-kemas rumah dan yang paling best melayan Hadif. Usianya baru 3 bulan tapi dah pandai meniarap sendiri (dah 2 hari pandai).
Thursday, March 12, 2009
woweee..
hahh... banyak kerja perlu diselesaikan pada minggu ini. job pun banyak nak diuruskan. apapun semua dalam kawalan. opis pun dah mula disusun atur dengan agak baik (sesuai la dengan bajet yang 'ciput'). lega sikit rasanya. sibuk2 macam mana pun sempat juga aku menulis blog.. hehe.. curi tulang la tu.
Ibu rindulah pada anak ibu Najmi Hadif..
Tuesday, March 10, 2009
Majlis Perpisahan Kecik Utk Rafee
Tajuk "Majlis Perpisahan Kecik" kerana Rafee masih lagi dalam KPYPJ. Emm.. Teringat pula masa Anor mula-mula nak masuk Cetak ni (lari dari IH). Hehehe... Rafee la yang banyak membantu (+Kafi). Terhutang budi pula pada korang berdua.
Pada Khamis yang lepas, satu majlis ringkas untuk Pengurus Cetak, Mohammad Rafee A Rashid telah diadakan di KKJB. Anak-anak buah Shah yang masak. Sedap nyer.
Pada Khamis yang lepas, satu majlis ringkas untuk Pengurus Cetak, Mohammad Rafee A Rashid telah diadakan di KKJB. Anak-anak buah Shah yang masak. Sedap nyer.
Thursday, March 5, 2009
Monday, March 2, 2009
Aktiviti Hari Sabtuku
Pada Jumaat yang lepas, aku sempat ke Nagoya (Pusat Kain) di Giant Plentong. Agenda utamaku ialah membeli kain untuk dijadikan sarung bantal Hadif. Dah beberapa hari aku mencari sarung bantal siap, malangnya tiada. Jadi aku membeli sedikit kain (3 meter) yang agak berwarna-warni (corak Otomen – ultraman daa…) untuk membuat sarung bantal dan langsir bilik anakku. Takkan nak beli kain yang kecil je… Buat malu saja. Hehehe… Taklah mahal sangat, jumlah semua RM10.15 je termasuk bahan-bahan untuk langsir.
Subscribe to:
Posts (Atom)