Friday, February 20, 2009

Majlis Ringkas Untukmu K. Ana (Hjh Rohana Yusof)

Tengahari tadi aku menghadiri satu majlis ringkas sempena tamatnya perkhidmatan Hjh Rohana di KPYPJ bertempat di Kolej Islam Johor. Terlalu banyak nostalgia bersama beliau terutamanya ketika berada di Kolej Islam Johor. Sepanjang perkenalan kami sejak tahun 2001 lagi, dia merupakan seorang ketua yang amat berdedikasi. Beliau amat memahami tiap bidang tugas anak-anak buahnya. Aku amat berterima kasih di atas sokongan dan tunjuk ajar beliau. Beliau juga seorang yang tidak kisah berkawan dengan sesiapa dan seorang yang amat selesa untuk didekati. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil:

Ucapan sepatah dua kata & tips untuk meningkatkan motivasi kerja.


Khusyuk mendengar ucapan Hjh. Rohana.

Kek (Secret Recipe) untuk K. Ana sempena ulang tahun kelahirannya yang ke...


Hjh. Rohana memotong kek sambil diperhatikan oleh Ustz. Siti Zubaidah & K. Nor Hamni (ex-staf KPYPJ)


K. Fazlin Uteh bersama makanan kegemarannya.

Amik, amik, amik... Makan, makan, makan... Ishh, macam Upin & Ipin pulak.


4 comments:

  1. dia benti sebab pencen ke apa anor? sedihnya... baru jugak aku kenal kat ana nih... orangnye sangat friendly kan!

    ReplyDelete