Monday, December 13, 2010

Kiosk oh kiosk.. Sale!

Sempena menjelangnya tahun 2011, aku ada buat promosi jualan akhir tahun & lelong di Kiosk Serlah Bintang @ JUSCO Tebrau City. Banyak tudung-tudung awning & juga syria yang boleh didapati hanya RM15 sahaja dan juga selendang yang berharga RM7. Banyak yang lawa-lawa tau..

Dapatkan juga diskaun 10% bila-bila masa dengan menjadi ahli, PERCUMA sahaja. Dapat lagi diskaun pada hari-hari JCard. Diskaun 50% pada Sabtu minggu ke-2 dan ke-4 jam 12-1 tengahari untuk 5 pelanggan pertama. Singgahlah..






Sunday, December 5, 2010

Si Abang Yang Jeles

Hari ni genap umur anak bujangku, Najmi Hadif 2 tahun. Dan sudah baru 2 bulan juga jadi abang long kepada Najma Nayli. Pejam celik cepat betul masa berlalu.

Si abang ni walaupun dah macam-macam dia pandai tapi sikap cemburunya kepada adik dia masih belum hilang. Sekarang ni dah malas nak cakap kalau nak mintak apa-apa. Dia cakap nak.. tapi tak bagi tau atau bagi isyarat nak apa.. Itu yang buat aku angin & geram kadang-kadang. Tapi kalau tengok dia tengah tidur kesian pulak bila teringat aku marahkan dia. Hadif, hadif..

Mudah-mudahan cepatlah hilang jelesnya tu. Tapi dalam masa yang sama sayang gak adik dia. Kadang dia nak tolong pegangkan botol susu adik dia. Kadang-kadang cium, usap kepala adik dia.. Semalam dia dah cakap-cakap dengan adik dia. Adik pulak macam faham jek.. Boleh dia sengeh.. Hehe..

Wahai anak-anakku.. cepatlah besar ye..

 Sampai tertidur dalam stroller adik dia.. cian..

Tinggi dah tu deep..

Saturday, November 27, 2010

Cuti dah habis..

Alhamdulillah.. Selamat dah 1 lagi urusan atau tugas seorang ibu (lahirkan seorang lagi permata hati). Sudah hampir 2 bulan tidak menulis di dalam blog ni. Sikit hari agi bersawanglah blog ni..

Subuh jam 5.50 pagi pada 2 Oktober lalu aku selamat melahirkan seorang lagi zuriat yang dinanti-nanti kami sekeluarga. Anak perempuan, Najma Nayli. Dah sepasang dah anak-anakku. Semuanya berjalan lancar & tidak ada sebarang masalah. Syukur Alhamdulillah..

Bagaimanapun kami juga berasa sedih di atas pemergian ibu mertua (tiri) yang telah kembali ke Rahmatullah pada 14 Oktober lalu. Agak mengejut pemergiannya selepas 2 bulan arwah bapanya pergi.

Bagaimanapun kami yang tinggal ni perlu meneruskan hidup. Sentiasa berdoa & insaf selalu..

1 Disember pula aku akan mula bertugas semula. Rutin harian sudah kembali.. Mudah-mudahan segala urusanku dipermudahkanNya. Tahun 2010 juga akan meninggalkan kita tidak lama lagi. Teruskan usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan awal tahun lalu. Jadikan hari mendatang lebih baik dari hari ini.

Semoga kita semua akan berjaya di dunia & juga untuk akhirat kelak.  Sama-sama kita berusaha.

Friday, October 1, 2010

01.10.01 - 01.10.10

Wahh.. bukan main angka 0 & 1 ni. Dah macam kod binari pulak. Almaklumlah orang komputer. Sebenarnya angka 01.10.01 - 01.10.10 ni merujuk kepada genapnya 9 tahun aku berkhidmat di Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ), tempat aku bekerja makan gaji sekarang. Ringkasnya institusi/syarikat ni dipanggil KP. Jika dibuat kronologi, banyak pengalaman kerja yang aku dapat daripada syarikat di bawah kerajaan Negeri Johor ni. Alhamdulillah bersyukur juga dapat berkhidmat di KP ni walaupun syarikat ni takdelah besar sangat. Ni secara ringkas kronologi jawatan aku sepanjang perkhidmatan di KP ni :

Okt. 2001 - Dis. 2006 = Pensyarah, Kolej Islam Johor
Jan. 2007 - Mac 2007 = Pegawai Pemasaran, Institut Hospitaliti YPJ
Apr. 2007 - Apr. 2010 = Pegawai Pentadbiran & Kewangan, Bhgn. Penerbitan & Percetakan KPYPJ
Mei 2010 - kini = Pegawai IT, Bhgn. Pentadbiran & Korporat KPYPJ

Syoknya di KP ni selain dapat pengalaman kerja yang macam-macam, masa kerja yang amat fleksibel. Fleksibel tu bukanlah sesuka hati masuk kerja & balik kerja sesuka hati tapi kita boleh menyelesaikan urusan-urusan peribadi bila-bila masa selagi tidak mengabaikan tugas-tugas hakiki. Dari segi hubungan kengkawan juga sangat ok. Tapi ada juga yang tak geng. Biasalah.. Mana-mana pun sama.

Banyak-banyak jawatan yang telah aku pegang, aku lebih suka berkhidmat di Bhgn. Penerbitan & Percetakan (CETAK). Walaupun banyak kerja & kadang-kadang stress tapi aku rasa gembira je di sana. Mungkin disebabkan aku juga boleh membuat kerja-kerja rekabentuk grafik yang memanglah aku suka. Almaklumlah.. Aku ni memang suka kepada kerja-kerja seni ni.

Terima kasih buat kawan-kawan yang banyak membantu aku jika aku memerlukan. Kawan-kawan  & senior masa mengajar dulu, kengkawan di CETAK terutamanya dan tak lupa juga kengkawan di ibu pejabat. Ehh.. macam ucapan nak berhenti kerja pula. Bagaimanapun insya allah aku masih lagi terdaya berkhidmat di KPYPJ ni. Sampai masanya nanti aku akan bawa pengalaman kerja yang aku dapat di KP ni ke syarikat aku sendiri insya allah.

Moga KPYPJ akan bertambah baik, maju & mencapai satu tahap yang boleh dibanggakan. Mudah-mudahan lebih ramai pelajar yang akan menyambung pelajaran di mana-mana institusi di bawah KPYPJ ni. Sama-samalah kita (utk. rakan sekerja KP) membantu memajukan anak bangsa kita sendiri. Itu yang penting. Kerjalah dengan seberapa ikhlas yang boleh. Moga rezeki yang kita dapat tu diberkati walaupan tak banyak yang kita dapat.


Monday, September 20, 2010

Bukak Kedai..

Salam Lebaran buat semua... Tahun ni famili aku menyambut raya dengan kondisi yang amat sibuk sekali. Malam raya kedai masih dibuka. Itupun tengah sibuk-sibuk kemas masih lagi ada pelanggan.. Macam mana pun Alhamdulillah.. Kedai tutup 2 hari je. Raya ke-3 dah bukak balik. Aku & famili balik kampung pun pagi-pagi sebelum subuh. Raya ke-4 balik JB dah. Gembira jugalah raya tahun ni. Gembira sebab anak dah besar sikit. Yelah.. biasanya budak-budaklah yang gembira sebab jumpa dengan ramai sedare mara, sepupu, dapat duit raya, main bunga api, mercun dll.

Bz nampaknye tokey kedai nih..

Bukan main lagi ye..

Aku pulak tengah sarat ni. Dah pun masuk minggu 37. Tapi masih larat lagi menguruskan itu ini. Harap-harap bersalinlah pada tarikhnya. Persiapan pun dah 98%. Lagi 2% tu cuma lom beli barang kecil je. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkanNya..

Buat kawan-kawan semua, jemputlah datang ke rumah ye bila senang. Untuk raya famili aku tak buat open house pun. Datang jelah bila-bila.. Tak masa raya pun boleh datang. Yang penting dapat jumpa & mengeratkan sillaturrahim.