Aku & Guangzhou

Gambar : Pearl River, Guangzhou

Tahun 2011 bermulanya kerja-kerja pemborongan secara terus dari bumi China, Guangzhou. Trip pertamaku pada 20-23 Februari lalu dengan pemborongan 3 kategori barang iaitu shawl, baju kanak-kanak berjenama dan barang-barang hiasan ala Inggeris.

Trip kedua pula pada 12 - 15 Jun 2011 lalu dengan memborong untuk jualan di Bazar Ramadhan (di Larkin Sentral) iaitu baju kanak-kanak berjenama dan juga beberapa jenis shawl berjenama.

Jom tengok antara gambar-gambar semasa memborong di sana pada Jun lalu di album gambar  Norwati Malek  (Facebook). Sila klik pautan ini.

Macam-macam pengalaman lain yang akan diceritakan dalam ruangan ini. Bersambung..

Sambungan 1 | Pengalaman Pertama Ke Luar Negara

Tak pernah ku sangsa dapat pergi ke luar negara. Jalan-jalan di dalam Malaysia pun tak habis lagi & selalu tidak mempunyai kesempatan. Inikan ke negara orang. Tapi siapa tau kan.. Rezeki tidak disangka-sangka. Dah tertulis.. Bagaimana aku boleh tetiba je ke China ni? Mmm.. Ceritanya bermula dengan aku bersama rakan kongsiku ingin membuka satu lagi kedai yang tak pasti lagi dapat atau tidak. Tapi kami rasakan pasti kami dapat. Rakan kongsi aku pun hubungi satu agensi yang memang selalu membawa rombongan memborong ke China. Kira call tu dan terus jadilah. Macam tak percaya pula dengan keputusan yang tak sampai seminggu sebelum berangkat ke China tu. Kelam kabut dengan semua benda (passport, visa dll) diuruskan saat-saat akhir. Bila lagi dua hari nak pergi kami pun call semula untuk pastikan kedai yang kami mohon tu dapat atau tidak. Jawapan mereka kepada kami adalah negatif. Tapi nasiblah kami ni tak negatif kerana dapat pula satu tawaran lain daripada satu pusat membeli belah yang lain. Ameen. Tapi ini semua sudah takdir & mungkin inilah satu jalan permulaan kepada kami untuk lebih maju. Terbuktilah sekarang.. Memang ia satu keputusan yang tepat. Kalau difikirkan memanglah kami telah mengeluarkan modal yang sangat banyak untuk ke China tu. Tapi kami fikirkan ianya adalah pelaburan. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan olehNya.