Minggu ni aku berkesempatan menyinggah ke Kuala Lumpur untuk menambah stok kiosk terutamanya pin-pin dan rantai tudung yang sudah 'kering'. Sejak balik dari China dua bulan lepas, aku dan rakan kongsi memang tak pernah turun ke KL. Di kesempatan mengikut ex-boss ke Putrajaya, aku dan Kaff mengambil peluang berbelanja stok.
Walaupun bertolak dari Johor Bahru agak lewat; jam 9.30 pagi, kami dapat juga menyempurnakan misi tersebut dalam jangka masa yang amat singkat. Kene keluar KL sebelum jam 5. Macam mana pun kami terperangkap juga dengan jam di KL sekitar jam 4.30 petang. Apa pun Alhamdulillah semuanya selamat & lancar.
Perjalanan pulang kami juga sangat bermakna kerana ex-boss berkongsi cara bagaimana menguruskan kewangan. Memang aku tabik pada boss la. Terima kasih banyak-banyak boss kerana mengingatkan aku semula. Kesimpulannya, tak perlulah aku nak buat kabinet dapur untuk dapur rumahku itu. Lagi pun aku bukan nak duduk lama di situ. Selagi bole memasak di dapur yang tak berapa nak lawo, 'ok la tu' (ala-ala saida).