Salam Aidilfitri..
Alhamdulillah. Masih berada di bulan kemenangan. Hari ni sempat nak menulis sedikit rasa emosi yang bercampur-campur. Ada rasa gembira, teruja, pelik & geram pun ada. Tapi tak semua rasa yang ada tu saya nak kongsikan. Sebut gembira ni sebab tahun ni saya dah ada jiran baru sebelah rumah yang rasanya akan tinggal lama di sini. Begitu juga di hadapan rumah. Jiran ni sebenarnya amatlah penting. Dalam Islam pun jiran ni antara orang yang mesti kita dahulukan. Saya tak faham jiran yang tak mahu tegur atau buat sombong. Kalau susah nanti bukan jiran yang ada tu ke yang akan tolong. Tapi tak tau lah.. zaman dah berubah. Mungkin dia sanggup tunggu orang lain tolong dari jiran dia sendiri. Berbalik pada jiran sebelah rumah saya ni.. tahun ini saya suka untuk bagi dia ole-ole kueh raya. Walaupun dia cina tapi dia selalu bagi anak saya makanan (yang saya pastikan halal). Kadangkala bagi buah-buahan jika balik dari kampung. Kita pula yang segan jadinya. Ni saya ada sediakan sedikit kueh raya untuk mereka memandangkan mereka tak datang masa saya jemput untuk makan makan hari itu. Mungkin mereka juga segan nak datang.
Petang ni pula nak beraya di beberapa buah rumah jiran yang masih tak sempat nak ziarah mereka. Terutama jiran yang paling kami sayang.. Kak Halipah, ni lah sedare yang paling dekat. Apa2 masalah dia selalu ada untuk tolong. Lagi-lagi masa anak pertama & kedua masih kecil dulu. Kalau nak buat makan makan pun order je dengan dia. Senang.. Anak tengah kecik2 ni tak usahlah sibuk2 nak masak. Kesian asik kene marah je nanti kalo dia orang nak macam2 masa kita tengah sibuk.
Ok lah.. Itu saja coretan untuk hari ini. Mudah-mudahan mendapat iktibar dari apa yang berlaku. Perbaiki diri untuk diri yang lebih baik dan sentiasa disenangi.