Tuesday, October 25, 2011

Kembali Ke Trek

Lama rasanya tidak mengemaskini blog ni. Kali ini aku nak berkongsi tentang laluan kerjaya aku sebenarnya. Aku bermula di KPYPJ ni sejak 2001 lagi sebagai pensyarah. Selepas 3 tahun aku mengajar, aku teringin pula untuk mencuba tugas-tugas lain pula. Aku memohon untuk jawatan pegawai grafik. Memang bos aku pada masa itu, Hjh. Rohana tidak melepaskan aku lagi disebabkan loading mengajar yang masih tinggi. Selepas 5 tahun barulah aku dapat keluar dari bidang mengajar ni. Itupun disebabkan kolej tempat aku mengajar tersebut terpaksa berpindah lokasi. Jadi aku juga dapat bertukar kolej dan juga bidang tugas. Kali ini tugas pegawai aku bermula di bidang pemasaran kolej. Aduhhh.. bukan bidangku.

Dipendekkan cerita akhirnya aku dapat juga jawatan sebagai pegawai grafik merangkap pegawai pentadbiran & kewangan bahagian percetakan KPYPJ (cetak) ni. Peh.. banyak betul jawatan aku ni. Keje pun banyak beb. Tapi cool je di sini. Aku dapat berkhidmat di situ selama lebih kurang 4 tahun je. Dalam masa 4 tahun tu aku ni selalu dipohon oleh beberapa bahagian lain. Tapi bos aku di cetak, En. Azizan memang tidak boleh melepaskan aku sehinggalah cetak ni boleh diuruskan tanpa aku. Macam bagus sangat le aku ni bunyinya. Takdelah sehebat mana, cuma yang penting tangunggjawab mesti diselesaikan walau macam mana cara sekalipun. Apa yang penting semua beres. Lepas 4 tahun tu, barulah bos aku terpaksa juga lepaskan aku kerana memikirkan prospek kerjaya aku di bidang IT. Aku nak buat apa selain terima sahaja dengan hati terbuka. Syukran kerana ada bos memikirkan kerjaya dan masa depan aku. (Tapi aku bukan gila pangkat ye..)

Bila sampai di tempat baru ni iaitu ibupejabat, aku di tempat yang betul cuma ada 2 bos iaitu pentadbiran & korporat. Pening yek ada dua bos ni. Pendekkan lagi cerita, akhirnya jadi 1 bos semula. Tapi dalam bidang  korporat & PR pula. Memang lari dari bidang akulah. Tak sampai setahun aku dilamar pula oleh bahagian akademik & penyelidikan. Syukurlah kerana aku kembali ke bidang yang sepatutnya iaitu sebagai webmaster. Terima kasih kepada pihak pengurusan kerana bawa saya ke jalan yang benar. Hehe.. macam ada buat jahat pula bunyinya. 

Apapun aku akan melaksanakan kerja-kerja yang sudah dipertanggungjawabkan dengan sebaiknya. Harap tempat baru ni beri semangat baru. Sedikit sebanyak rasa tercabar juga kerana dah lama aku meninggalkan ilmu-ilmu berkaitan teknologi IT ni. Banyak yang perlu aku belajar & banyak juga kerja aku selepas ini kerana nak memperbaiki apa yang dirasakan kurang elok.