Saturday, December 24, 2011

Sayang Anda Semua!

Sehingga hari ini aku seolah-olah tidak tahu apa yang aku mahu dalam hidup. Mungkin hubungan aku dengan Dia sudah semakin jauh. Ya Allah ampunkan dosa-dosaku. Bantulah hambaMu ini mencari keredhaanMu..

Rakan-rakan sekerja yang rapat di sekilingku juga sudah semakin jauh dari segi geografi dan secara tidak langsung hubungan persahabatan juga menjadi longgar. Ketika ini aku sangat rindu pada rakan-rakan masa di Kolej Islam dulu. Hafizs, Julia, Zai, kakak-kakak kesayanganku Rozlina, Nuryakizah, Sis Enie, Sis Aishah, Sis Shima, Sis Norhamni, Sis Zahariah, Sis Linda, Cik Nur, Hjh Rohana, Sis Anne, Sis Fazlin dan lain-lain. Kesibukan kerja juga adalah salah satu faktor menjauhkan lagi hubungan itu. Sekarang ni aku bertuah kerana dapat bekerja semula dengan Sis Mama. Kadang kala kami sama-sama mengembalikan dan berkongsi kenangan itu. Tapi sebenarnya aku masih ada seorang kawan yang sangat aku rindui. Tak tertulis untuk menerangkan siapa orangnya. Biarlah ia tertanam dalam hati ini. Mudahan Allah sentiasa membahagiakannya. Aku juga sangat rindu kepada ibu angkatku. Tak sabar nak berjumpa dengannya. Banyak sangat yang aku nak kongsikan dengan dia.

Sekarang ni aku rasa aku mudah emosi terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekelilingku, keluarga dan juga rakan-rakan. Aku juga rasa aku ni bukanlah seorang yang menyenangkan orang. Walaubagaimanapun aku cuba setakat mana daya aku untuk menyenangkan mereka. Tapi mungkin juga masih ada sikap-sikap aku yang tidak menyenangkan. Maaf banyak-banyak kepada sesiapa yang mempunyai rasa tidak puas hati terhadap aku. Kadang kala saya tersepit di tengah-tengah. Jadi 1 keputusan perlu saya buat. Mungkin pada 1 pihak memberikan kegembiraan, manakala 1 pihak lagi mendapat kesedihan. Maaf banyak-banyak.

Buat masa ini juga aku masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan lokasi bertugas yang baru. Aku masih lagi bersikap positif dalam apa juga keadaan. Aku cuba menghindarkan diri dari khabar-khabar negatif orang terhadap rakan-rakan sekerjaku. Apa yang penting aku dapat melaksanakan kerja dengan cemerlang dan sedaya upaya menunjukkan kemampuan aku yang sebenar. Bagaimanapun aku gembira kerana aku 'bertugas' semula setelah hampir setahun macam tak bekerja. Keputusan aku sangat tepat dan aku telah berada di landasan yang betul sekarang. Terima kasih kepada bos-bos aku yang amat memikirkan prospek kerjaya aku dan percaya kepada kebolehan aku. Alhamdulillah, bos-bos mempunyai tanggapan yang baik terhadapku. Mudahan mereka senang bekerja dengan aku dan sama-sama membantu aku bagi meningkatkat lagi prestasi kerja. Ameen..

0 ulasan:

Post a Comment